
Seperti kebanyakkan rumah yang lain, sudah tentunya kita mahukan yang terbaik buat kediaman sendiri. Tidak kira lah rumah sendiri ataupun rumah sewa. Apabila tiba waktunya, setiap rumah perlu di’servis’ dari segi keselamatan, dekorasi dan lain-lain.
Antara ruang yang paling kerap memerlukan upgrade ialah tandas atau bilik air kerana kawasannya lembab menggalakkan pertumbuhan lumut dan pelbagai benda kotor. Tetapi tidak semua orang sanggup atau mampu nak lakukan renovasi setiap tahun. Jangan risau, anda juga boleh melakukan touch up sendiri tanpa berbelanja dengan banyak.
Seperti perkongsian dari Encik Auzaie Mahamud di laman FB, beliau hanya DIY menggunakan bahan-bahan bajet untuk memberi tandas di rumahnya nafas baru.
Ini langkah-langkahnya:
1) Cuci tandas sehingga bersih terlebih dahulu. Gunakan acid untuk hilangkan kotoran dnegan lebih berkesan.
2) Cat Hycote Nippon Pain (coating)
3) Pilihan warna:
-EA4 Nippon Paint (putih) untuk bahagian atas
-EA4 Nippon Paint (hitam) untuk bahagian bawah
4) Lekatkan pelekat jubin dengan corak menarik.
SIAP!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pembantu Dapur Junior? BAHAYA!

Mempunyai pembantu dapur sudah tentu memudahkan kerja bukan. Bagaimana pula jika pembantu dapur anda adalah si cilik yang baru mahu belajar masak.
Keletah anak-anak di dapur boleh mengundang senyum. Teruja mahu membantu ibu di dapur, mengaduk dan kacau masakan diatas api adalah perkara paling dinantikan mereka. Apa kan lagi kalau di ajak mem buat biskut atau kek di dapur, pastinya riuh rendah dengan si kecil.
Jangan halang mereka untuk menjadi pembantu dapur junior anda, kerana ini mampu menghapuskan rasa minat mereka untuk membantu anda pada masa akan datang. Ketahui langkah menyediakan persekitaran dapur selamat kepada anak supaya ia menjadi saat manis untuk kenangan mereka di ruang dapur.
Dress Code!
- Pakaikan anak dengan apron yang bersih, jika tiada apron untuk kanak-kanak baju lama juga boleh digantikan sebagai apron. Yang penting, pakaian perlulah bersih dan tidak terlalu longgar, ini kerana mengelakkan agar baju yang longgar akan memudahkan tersambar dengan api di dapur dan sebaginya.
- Ikat rambut anak anda jika panjang dan boleh mengganggu penglihatan dan mengelak kebarangkalian terkena api.
Peralatan Tajam
- Jika anda membenarkan mereka untuk mengendalikan peralatan tajam di dapur seperti pisau, ajar mereka untuk jauhkan mata pisau dari diri sendiri. Jaga jarak mata pisau dalam keadaan yang selamat sewaktu kerja-kerja memotong. Ingatkan mereka untuk fokus sewaktu memgunakan pisau.
Elakkan Cedera Dari Terbakar
- Sediakan potholders atau sarung tangan ketuhar kepada anak-anak untuk mengendalikan periuk, kuali, atau dulang panas. Posisikan pemegang periuk ke arah dalam supaya anak tidak terlanggar dan menyebabkan kemalangan yang tidak dingini berlaku.
- Jangan minta anak kecil nyalakan api pada dapur gas.
- Matikan soket sebelum plug off kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Kerja Mencuci
- Jika anak membantu aktiviti mencuci pinggan mangkuk, ingatkan mereka supaya tidak mencurah airke dalam bekas yang mengandungi minyak yang masih panas, ini boleh menyebabkan terpercik dan melecur.
- Pastikan tiada peralatan tajam berada di dalam sinki yang dipenuhi air.
Lantai Bersih Dan Ruang Kemas
- Mop lantai serta merta jika ada tumpahan bagi mengelakkan anak jatuh tergelincir.
- Pastikan laluan kemas dari sebarang objek supaya anak tidak terlanggar dan jatuh.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
15 Tip Hias Dapur Praktikal Dan Selesa

Bukan hanya sekadar ruang untuk memasak dan makan, dapur juga adalah tempat di mana kita berkumpul bersama ahli keluarga dan para tetamu sambil mengeratkan silaturahim. Jadi, sama ada anda memilih untuk membuat perubahan total, ataupun hanya renovasi kecil dengan mengemas kini ruangan ini, pertimbangkanlah segala hal sebelum memulakan proses tersebut. Dapatkan inspirasi dan arah yang jelas agar dapur anda lebih praktikal tetapi tetap menarik dan selesa.
- Hal yang paling mencabar apabila bercakap tentang renovasi dapur ialah tentang ruang penyimpanan barangan. Rancang dengan bijak dan fikir secara kreatif agar anda dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sejajar dengan aktiviti.
- Bina laluan yang luas dan lebar. Laluan di dapur yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya 36 inci lebar. Tetapi laluan dalam zon memasak seharusnya 42 inci lebar untuk satu dapur dan 48 inci lebar untuk konfigurasi dua dapur.
- Dapur yang mesra kanak-kanak adalah impian para ibu. Untuk itu, letakkan dapur gas jauh daripada capaian mereka. Ini adalah untuk memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan ruang dapur.
- Pastikan peti sejuk mudah diakses oleh kedua-dua orang yang lalu lalang dan orang yang sedang menyediakan atau memasak makanan. Bukaan pintu peti sejuk juga perlu diambil kira, jadi ukur dahulu ruang meletak peti sejuk sebelum membeli.
- Untuk kabinet yang berfungsi dengan baik dan sepenuhnya, rancang ruang bukaan setiap pintunya. Kita tidak mahu pintu kabinet berlanggar antara satu sama yang lain jika ada keperluan untuk dibuka pada waktu yang sama.
- Tentukan fungsi kaunter pulau anda. Reka bentuk kaunter pulau yang baik adalah yang mempunyai keluasan permukaan yang mencukupi. Jika anda mahu letakkan dapur memasak di kaunter pulau, pastikan ia terpisah dengan ruangan untuk menyimpan dan makan.
- Apabila merancang reka bentuk dapur, pastikan anda mempunyai ruang permukaan kaunter sekurang-kurangnya sepanjang 15 inci pada setiap sisi peti sejuk, dapur memasak serta di sebelah ketuhar gelombang mikro.
- Pertimbangkan keluasan, material dan ketinggian permukaan kaunter. Bergantung pada kesesuaian penggunaan anda, keluasan permukaan kaunter seorang chef yang suka memasak mungkin berbeza dengan orang yang kurang memasak.
- Material permukaan kaunter juga perlu dipilih dengan cermat. Jangan terlalu tergesa-gesa memilih sebelum anda tentukan cara penggunaan dan konsep dapur masing-masing.
- Kaunter yang ergonomik dibina bagi menjanjikan persekitaran dapur yang lebih produktif, efisien dan selesa. Dengan menggabungkan reka bentuk yang ergonomik dengan perancangan yang berhati-hati, pekerjaan di dapur akan terlihat mudah dan menyeronokkan.
- Pasang beberapa plug elektrik di sepanjang backsplash dan di kaunter pulau agar mudah untuk anda gunakannya jika diperlukan.
- Cari atau wujudkan satu titik tumpuan dalam dapur anda supaya ruang kelihatan lebih menarik dan segar. Pasangkan jubin bercorak ataupun gunakan backsplash dengan warna yang menonjol.
- Sediakan satu sudut untuk meninggalkan pesanan atau menulis senarai barangan untuk dibeli. Gantungkan papan putih kecil atau pegboard pada dinding kosong. Untuk langkah yang lebih dramatik, cat kan dinding dengan cat papan hitam. Pasti menarik!
- Amalkan konsep 3R ; Reduce, Reuse, Recycle. Di samping dapat membantu alam sekitar, amalan ini juga dapat membantu dapur anda untuk sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.
- Gunakan setiap inci ruang yang ada dengan bijak dan cermat. Pastikan kesemua kabinet mempunyai ruang penstoran yang banyak agar mudah anda menyimpan periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan teratur dan rapi.
Untuk tip dan idea dekorasi yang lebih banyak dan lengkap jangan lupa dapatkan majalah IMPIANA EDISI OKT/DIS 2018 DI PASARAN SEKARANG.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Petua Wajib Buat Untuk Pastikan Ikan Bilis Digoreng Rangup Dan Tidak Liat

Ikan bilis jika dimakan rangup memang sedap. Tapi sekejap saja ikan bilis yang baru digoreng tadi boleh jadi lemau dan liat. Kadang-kadang jadi keras sampaikan nak kunyah pun susah. Memang frust dan boleh terbantut selera kalau jadi begini.
Apa yang kita tak tahu adalah, terdapat petua atau teknik untuk pastikan ikan bilis rangup dan sedap dimakan.
6 TEKNIK MASAK IKAN BILIS RANGUP
1.Tos Selepas Dibasuh
Petua paling penting adalah, selepas mencuci bersih ikan bilis, pastikan ianya ditos sehingga kering. Jika ingin cepat, boleh sangai (goreng tanpa minya) ikan bilis yang telah dibasuh terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak seperti biasa.
2. Perap Dengan Cuka
Selepas selesai ikan bilis dibasuh dan ditos, boleh renjis sedikit cuka masakan hingga rata sebelum digoreng. Atau rendam ikan bilis kedalam cuka masakan lebih kurang lima minit sebelum digoreng, hasilnya pasti rangup dan crispy.
3. Goreng Bersama Asam Keping
Jika didapur anda tidak ada cuka, boleh cuba gunakan asam keping juga. Letakkan 2-3 keping asam kedalam kuali ketika menggoreng ikan bilis. Pasti menjadi!
4. Gaul Tepung
Seperti yang semua tahu, tepung mampu menjadikan gorengan lebih rangup. Termasuklah ikan bilis.
Selepas ikan bilis dicuci, gaulkan bersama tepung beras atau tepung jagung. Kemudian boleh goreng seperti biasa dan hasilnya ikan bilis akan kekal garing.
5.Simpan Dalam Peti Sejuk
Terdapat juga petua yang mengatakan untuk simpan ikan bilisyang telah dibasuh kedalam peti sejuk semalaman sebelum digoreng. Ini bagi mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup kerana air daripada ikan bilis tadi telah tersejat.
6. Tunggu Hingga Minyak Tidak Berbuih
Sebaiknya, goreng ikan bilis dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum memasukkan ikan bilis.
Dan cara untuk tahu ikan bilis sudah garing ataupun tidak ialah apabila minyak sudah berhenti berbuih. Angkat ikan bilis dan tos kan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
TIP TAMBAHAN
– Pilih ikan bilis yang berkualiti, bersih dan cantik.Cari ikan bilis yang mempunyai garis putih. Walaupun harganya lebih mahal berbanding yang bergaris hitam,tetapi rasanya dijamin lebih sedap dan boleh tahan rangup dalam jangka masa yang lama.
– Simpan ikan bilis yang telah digoreng didalam bekas kedap udara ataupun tin. Kerangupan akan kekal dan lebih sedap dan mudah untuk dimakan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI