Warna hitam dapat mewujudkan titik tumpuan serta menjadikan ruang nampak sofistikated dan elegan. Aksesori seperti lampu, cat atau perabot yang berwarna hitam pula, dengan mudah mencuri tumpuan dan dapat membantu untuk menzahirkan konsep yang ingin diketangahkan dengan lebih jelas lagi. Hitam dengan sendirinya pun sudah menarik, tetapi untuk mendapatkan efek yang lebih menakjubkan dan dramatik, padankan hitam dengan putih. Kombinasi ini juga akan menerapkan suasana bersih yang segar dan elegan pada kediaman selain sesuai digayakan denga pelbagai konsep seperti moden dan kontemporari.
Cara Menggunakan Hitam dan Putih Pada Kediaman Anda Dengan Efektif.
Jika warna hitam dan putih yang anda gunakan kelihatan terlalu menonjol, tone down kan ia dengan menggunakan warna sekunder yang lain seperti penggunaan warna merah , kuning atau keemasan.
Ads
Dinding yang dicat putih atau krim lembut sesuai untuk berfungsi sebagai latar belakang yang sempurna buat bingkai gambar atau karya seni. Pilih kayu gelap atau cat bingkai dengan warna hitam supaya ia dapat menjadi titik fokus didalam ruang yang terpilih.
Sebuah bilik mandi yang kecil kelihatan elegan dengan countertop dan lantai marmar, kabinet hitam serta dipadankan dengan kemasan hitam pada paip, lampu, bingkai cermin dan sebagainya. Tandas akan kelihatan lebih rapi dan kemas dengan pemilihan warna ini. Sesuai juga buat mereka yang bersifat misterius dan elegan.
Ads
Lapik tilam atau cadar putih bersih dipadankan dengan sarung bantal belang membuatkan bilik tidur nampak klasik dan elegan. Gunakan trim hitam untuk dinding putih atau pada katil. Anda perlu bijak menggabung dan memadankan kedua dua warna ini pada setiap penjuru bilik. Contohnya, letakkan rak buku hitam dihadapan dinding putih atau tempatkan lampu lantai hitam pada sisi katil yang putih dan sebagainya.
Ads
Gunakan aksesori besi hitam sebagai pelengkap pada ruang yang dicat putih polos serta dipadankan dengan sofa kelabu. Ruang akan nampak lebih cosy dan selesa apabila warna hitam dan putih bergabung dengan lantai kayu, selain warna hijau dari pokok yang mendatangkan suasana segar pada ruang tamu anda.
Gunakan hitam dan putih sahaja atau dengan warna accent yang lain untuk mewujudkan gaya klasik yang santai. Untuk menambah kesan dramatik dan seni hias yang menakjubkan, letakkan satu titik fokus seperti cermin besar dengan bingkai keemasan pada ruang yang kecil supaya kelihatan luas ditambah pula dengan lampu meja yang penuh karakter.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila cakap pasal bersihkan tilam semua akan rasa satu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bukan mudah nak bersihkan tilam, pelbagai perkara akan bermain di kepala. Macam mana nak angkat tilam dan bersihkan ia? Macam mana nak sidai tilam? Tilam berat dan mungkin tak cukup tempat nak sidai bawah matahari. Tak payah sakit kepala. Jom ikut 7 cara IMPIANA.
PENTING Bersih Tilam!
Apa yang penting sangat nak kena bersih tilam ini? Ya! memang penting, anda perasan atau tidak kadang kala bila anda sedang sedap bersantai di atas katil dengan novel atau majalah kegemaran anda sebelum tidur, ada terasa seperti hama atau benda halus merayap di kaki, di tangan, belakang badan dan sebagainya. Tetapi bila lihat tidak nampak apa-apa.
Agak-agaknya apa YA? Sudah tentulah hama sebenarnya yang sedang indah merayam di setiap inci tubuh badan anda. Kadang kala kalau anda ni sejenis yang kulit sensitif akan mula tumbuhnya jerawat dan bintik merah pada kulit muka mahu pun badan. Siapa selalu jadi macam ni?
Tukar cadar seminggu sekali kalau rajin lagi tiga hari sekali akan bertukar. Tapi masalah ini semua masih ada lagi. Pelik kan! tapi inilah yang berlaku pada kita sekeluarga. Tambahan pula, kalau ada anak-anak yang asma dan yang mempunyai masalah sinus. Bersin dan kurang sihat dengan alahan setiap hari akan berlaku pada diri mereka.
Anda di luar sana pasti pernah mengalami gatal-gatal badan atau tilam anda terasa berhabuk bila anda baring di atasnya. Jika ya, itu bermakna tilam anda sudah patut diservis atau dalam erti kata lain dibersihkan. Tilam yang jarang diservis akan menyebabkan anda mengalami gatal-gatal mata, asma, alergik dan macam-macam lagi.
Apa yang lagi merisaukan apabila anak anda mengadu badan mereka gatal akibat terkena jangkitan hama dan bakteria. Jadi untuk mengelakkan anda mengalami ke semua gejala itu, anda perlulah servis tilam anda. Sebaiknya anda perlu servis tilam anda setiap 4 bulan sekali. Namun, proses bersihkan tilam ini tidak sama dengan mencuci kain. IMPIANA tertarik dengan teknologi ini, iaitu teknologi daripada COWAY ada cara yang tersendiri untuk membersihkan tilam. Jadi IMPIANA ingin kongsikan dengan anda Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway yang dilaksanakan oleh Juruteknik Penjagaan Rumah (Homecare Technicians).
Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway
1. Mengukur Tahap Kontaminasi
Sebelum juruteknik melakukan proses servis atau membersih, tahap habuk yang terdapat pada tilam tersebut akan diukur dahulu dengan menggunakan kertas penapis dan mikroskop. Ia untuk memudahkan juruteknik mengenal pasti tahap habuk atau kekotoran yang terdapat pada tilam tersebut.
2. Membersihkan Rangka Katil
Selepas mengukur tahap habuk, juruteknik akan mengeluarkan tilam dari rangka katil dan mulakan proses pembersihan dengan vakum habuk yang terdapat di rangka katil dengan menggunakan berus vakum khas. Ia bertujuan untuk mengelakkan tilam yang telah di servis dari terkena habuk dan hama yang terdapat pada rangka katil.
3. Mengelap Rangka Katil
Seterusnya, juruteknik akan mula mengelap di sekeliling bingkai katil dengan menggunakan kain atau tisu yang basah. Ia supaya tidak ada lagi kesan-kesan habuk atau hama yang tertinggal di sekeliling rangka katil.
4. Membersihkan Bahagian Sisi Tilam
Selepas selesai mengelap bingkai katil, kini tiba masanya untuk membersihkan tilam pula. Ia dimulakan dengan memvakum segala habuk serta hama yang terdapat di sekeliling sisi tilam dengan menggunakan berus sisi.
5. Melakukan Proses Pembersihan Tilam
Proses yang seterusnya ialah dengan membersihkan seluruh permukaan tilam di bahagian depan dan belakang dari habuk dan segala kotoran dengan menggunakan kuasa sedutan vakum yang kuat dan dilengkapi dengan penapis HEPA yang terdapat pada vakum tersebut.
6. Melakukan Semburan Penghapus Hama Habuk
Setelah melakukan segala proses vakum, proses semburan penghapus hama habuk pula dilakukan. Kebiasaannya semburan ini kami akan lakukan di permukaan depan serta permukaan belakang tilam. Ia bertujuan supaya habuk serta hama tidak dapat membiak di tilam anda supaya anda dapat berbaring di tilam anda dalam keadaan yang selesa.
7. Melakukan Proses Pensterilan UV
Setelah ke semua proses di atas dilakukan, kini tiba masa untuk melakukan proses yang terakhir iaitu proses pensterilan UV. Untuk menghalang lagi pertumbuhan bakteria di tilam anda, juruteknik akan mensterilankan tilam anda dengan menggunakan lampu UV khas. Ia untuk memastikan tilam anda tidak terdapat sebarang kuman dan memastikan tilam anda dalam keadaan bersih.
Dengan kepakaran para juruteknik penjagaan rumah Coway berserta peralatan canggih yang digunakan, anda tidak perlu risaukan lagi tentang tilam anda. Kini anda sudah boleh menggunakan tilam anda dengan selesa tanpa bimbang lagi tentang sebarang penyakit dan yang paling menyeronokkan ialah tilam anda kelihatan seperti baru dibeli walaupun sudah setahun anda menggunakannya. Demi untuk memastikan keselesaan anda sekeluarga, anda perlu sentiasa memastikan tilam anda diservis terutamanya oleh mereka yang pakar seperti Coway.
Jika anda ingin lihat bagaimana cara pembersihan tilam dari jenama COWAY ini boleh la KLIK di Link ini Testimonial Editor IMPIANA. Pengalaman daripada Editor IMPIANA sendiri untuk anda semua.
Mulakan pembersihan tilam anda sekarang. Kongsikan pengalaman anda bersama IMPIANA. Editor IMPIANA sendiri telah berkongsi pengalamannya sendiri dengan pembersihan tilam COWAY di rumahnya.
IMPIANA memang memilih COWAY sebagai jenama terbaik untuk teknologi pembersihan tilam kali ini.
Tunggu apa lagi hubungi pihak COWAY segera kalau nak kekal sihat dan nikmati tidur dengan nyenyak tanpa masalah tilam berhama dan bakteria atau dapatkan pelbagai info yang lebih banyak dan menarik. KLIK di link yang di sediakan ini
Menariknya kali ini COWAY menawarkan diskaun untuk perkhidmatan pembersihan tilam. WOW! Dapatkan diskaun 40% untuk Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway sekarang! (Tertakluk pada Terma dan Syarat)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kita menghias kediaman sempena hari raya, benar kita perlu lebih peka terhadap kehendak semasa. Tetapi bukanlah tiket untuk kita berhabisan dan berbelanja besar untuk mejadikan ruang kediaman umpama set drama bersiri.
Masih ada jalan lain yang boleh kita usahakan dengan sentuhan yang minima tetapi impaknya maksima. Suai padan yang terancang bukan hanya datang dari benda yang baharu, tetapi perancangan bijak. Barulah betul-betul hias…
Senaraikan Apa Yang Perlu Ditukar.
Adakala kita rambang mata dibuatnya dengan segala tawaran yang ada di pasaran. Jangan kerana ini, kita merosakan bajet yang telah di rencanakan. Jadi tulis senarai apa yang boleh ditukar, atau diganti baru.Mungkin dalam sebuah ruang kita bataskan hanya 2 barang baru dibeli baru. Misal kata langsir dan alas meja.
Hormati Bajet Anda
Benar adakala kita ghairah menghias kediaman untuk menerima kehadiran orang ramai. Begitu ghairah sehingga kita terlupa bajet yang telah ditetapkan. Jadi hormati bajet anda dan cuba cari alternatif yang lebih menguntungkan. Tahukah anda kini banyak kedai harga jimat yang menawarkan produk yang sungguh menarik dan cantik. Malah sesuai untuk anda gunakan sempena musim perayaan dan digunakan oleh pengunjung ramai.
Kuasa Warna
Mahu ruang kediaman tampil berbeza di hari raya? Hanya tukar feature wall anda kepada warna berbeza. Misal kata tahun lalu ruang kediaman anda menggunakan warna hangat atau terang. Tahun ini tukar kepada warna dingin. Ia bukan sahaja memberi impak berbeza malah mood raya pun dapat dirasakan. Cuba buka FB IMPIANA dan lihat video BUAT SENDIRILAH yang banyak membantu.
BIG N BOLD
Adakala kita tidak perlu tukar banyak. Cukup sebuah dua barangan yang agak menonjol dan menarik. Misal kata hiasan dinding seperti cermin atau jam yang agak besar. Atau anda boleh menukar kedudukan hiasan dinding dan digantikan dengan lukisan abstrak dari koleksi gambar keluarga.Ia agak mudah kerana dinding merupakan elemen menegak yang menjadi sasaran utama pandangan mata. Tidak perlu banyak, kita tukar kepada sesuatu yang besar dan menonjol.
Kuasa Cahaya
Satu lagi aspek mudah dan ringkas. Anda nak tukar mood cahaya sahaja pun tidak mengapa. Jika dahulu menggunakan lampu kalimatang, kini nak menjadikan ruang kediaman lebih dramatik pun ok. Malah lebih menarik sempena hari raya. Panggunaan lampu meja, lampu lantai dan down light yang warm sememangnya memberi mood yang cantik dan elegan pada ruang. Manakala yang lain, tidak perlu ditukar. Cukup dengan bermain dengan cahaya.
Elemen Semula jadi
Hiasan kediaman yang cantik bukan hanya terletak pada perabot yang mahal. Kita selalu terlupa, elemen hidup memainkan peranan yang sangat penting. Ia bukan sahaja mencantikkan ruang tetapi memberi satu elemen yang luar biasa pada ruang kediaman. Serikan ruang kediaman anda dengan pokok hiasan semula jadi dan pastikan ia bukan dari jenis beracun. Kini terdapat pelbagai teknik mengabadikan elemen hijau di dalam kediaman yang boleh anda terapkan khas sebagai hiasan sempena hari raya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Permukaan Perabot Kayu Nampak Kusam, Kilatkan Semula Guna Lemon & Minyak Kelapa! Perabot memang mudah melekat habuk nak-nak yang dah lama tak di bersihkan. Silap-silap, habuk tu terus melekat dan menyebabkan permukaan perabot menjadi kusam dan kedam. Perkara ini biasanya berlaku kepada perabot kayu. Permukaan yang licin dan berkilat pon boleh jadi kusam disebabkan oleh habuk yang melekat lama.
Kebiasaan untuk mengilatkan semula perabot kayu adalah dengan menggunakan polish atau sapukan lagi sekali kemasan cat kilat. Sebeanrnya, ada cara lebih mudah, cepat dan jimat iaitu dengan menggunakan 2 bahan dapur sahaja
Bahan-bahan:
1.5 cawan minyak kelapa (sebagai pilihan anda boleh guna minyak zaitun)
1 cawan perahan jus lemon
Cara-cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata
2. Celupkan kain atau tuala bersih kedalam campuran. Tak perlu terlalu basah tapi anda perlu pastikan minyak dan jus lemon dicelup sama rata kerana minyak dan jus tidak akan sebati.
3. Lap kain yang telah dibasahkan tadi pada permukaan perabot.
4. Jika terdapat kotoran degil, lakukan sentalan lembut untuk elak permukaan kayu tercalar
5. Gunakan kain atau tuala kering dan bersih untuk lap keseluruhan perabot selepas di sapu sebatian lemon dan minyak tadi
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.