Sebagai wanita kita sememangnya tidak dapat lari daripada menguruskan rumahtangga . Mencuci, kemas rumah, handle anak yang meragam, yang nak makan, yang menangis dalam satu masa memang memerlukan ketahanan emosi yang tinggi. Kadang-kadang dek kerana terlalu banyak kerja yang kena buat dalam satu masa sehinggakan terlupa atau tidak sedar makanan yang dimasak hangit di atas dapur.
Nak dibuang sayang periuk masih baru dan elok. Kualitinya pun memamng terbaik. Sebenarnya tidak perlu buang pun periuk tersebut sebab ada cara mudah untuk bersihkan. Dalam masa 10 minit dah boleh setel semuanya.
Ads
Cara-cara
Ads
Letakkan periuk hangit di atas dapur. Buka api.
Kemudian masukkan air sehingga tenggelam kawasan yang telah hangit tersebut.
Masukkan sabun pencuci pinggan ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
Setelah mendidih perlahankan api. Lebihan air yang tersejat boleh lah dibuang.
Kemudian menggunakan sudu atau sudip buangkan bendasing hangit tersebut sehingga bersih.
Setelah siap, cuci periuk tersebut seperti biasa. Gunakan pencuci dan sental dengan gosok periuk.
Ruang makan merupakan salah satu tempat berkumpul anggota keluarga selain ruang keluarga. Karakter ruang makan lebih personal, sebab ruang inilah keluarga berkumpul, bercengkerama, dan saling bercerita sambil menikmati juadah makanan. Selain itu, ruang makan juga bisa menjadi tempat menjamu tetamu (formal dine entertaining).
Oleh itu, pemilihan meja makan yang tepat perlu jadi perhatian jika Anda merancang untuk membelinya dalam waktu terdekat ini. Menentukan meja makan tidaklah terlalu sukar, hanya terdapat beberapa perkara yang harus anda ketahui.
Material
Jika ingin meja makan yang diperbuat dari material jenis kayu, pilihlah material kayu keras murni (hardwood) seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Jangan yang bersifat komposit atau gabungan, misalnya MDF (Medium Density Fiberboard).
MDF merupakan material dari campuran kayu keras dan halus yang dikompres menjadi bentuk papan. Meskipun tahan lama, tapi tak sekuat dan sekokoh jenis hardwood. Mungkin harganya akan sedikit lebih mahal, namun jika yang Anda cari adalah meja makan yang tahan lama hingga berpuluh-puluh tahun, lebih baik memilih hardwood. Sementara bagi Anda yang kurang suka meja kayu, pilihlah dari bahan metal atau marmer.
Saiz Ruang
Sangat penting untuk mengukur apakah meja makan sesuai mengikut keluasan ruang anda, terutama jika ruang makan berukuran kecil. Jangan sampai meja terlalu besar untuk ruangan sempit, atau terlalu kecil untuk ruangan luas. Meja berbentuk persegi panjang yang ditempatkan di ruang sempit akan dengan cepat memakan ruangan dan membuatnya terlihat sempit. Satu hal yang penting, anda harus mudah untuk berjalan dan bergerak di antara meja dan kursi.
Bentuk Meja
Ada beberapa aturan dalam menentukan bentuk meja makan yang sesuai dengan ruangan tertentu. Untuk ruangan kecil, pilihlah meja berbentuk oval agar tersedia ruang kosong dan tidak membuat ruangan tampak terlalu ‘ramai’. Meja bentuk bujur sangkar lebih sesuai untuk ruangan sempit, sementara persegi panjang sebaiknya ditempatkan pada ruangan yang luas. Meja bundar sebenarnya bisa ditempatkan di ruang berukuran apapun, tapi sebaiknya tidak pada tempat yang sempit kerana akan membatasi ruang untuk bergerak.
Dimensi Meja
Kebanyakan meja makan memiliki ketinggian standar antara 28 – 30 inci. Tinggi meja yang paling sesuai mampu memberi ruang yang cukup di atas lutut dan sejajar dengan siku tangan ketika anda duduk. Sementara lebarnya, sebaiknya berbentuk oval, bujur sangkar, bundar atau persegi panjang memiliki standar lebar 36 inci ke atas, tergantung jumlah orang. Sebagai contoh, meja oval dengan panjang 84 inci, boleh memuatkan sehingga 10 orang.
Demikian tips memilih meja makan untuk ruang makan Anda. Semoga informasi ini boleh membantu anda untuk memilih meja makan yang sesuai untuk kediaman anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Meja konsol sememangnya menjadi satu perabot pelengkap gaya di kediaman. Lokasinya selalu terletak di pinggir pintu masuk utama, di penghujung koridor atau terletak di anrara ruang makan dan ruang tamu anda. Namun adakah kita perlu perabot yang cantik menawan ini?
Persoalannya apakah yang perlu kita letak dan hias di meja konsol seumpama ini? Pereka selalunya memilih reka bentuk yang selari dengan konsep ruang. Daripada klasik, ke vintaj, ke urban dan beberapa konsep popular yang lain. Meja konsol bertindak untuk menjadi tempat anda menempatkan gambar-gambar keluarga, pewangi rumah yang menyambut kita sewaktu memasuki ruang atau sekadar menempatkan bekas untuk meletak kunci kereta atau kunci rumah terutama kepada anda yang pelupa.
Selalunya set konsep disempurnakan dengan sepasang kerusi di kiri kanan konsol. Awas kerusinya pun perlu selari konsep dengan meja konsol agar tidak nampak janggal. Ramai juga yang menambah cermin muka pada dinding di atas meja konsol. Dapat juga dijadikan tempat last touch up anda sebelum keluar rumah bukan! Diapit oleh lampu meja dan dihias dengan pelbagai aksesori.
Ada juga seperti kawan kita yang menempatkan pelbagai keperluan asas kediaman di dalam meja konsep termasuk bill elektirk , air dan sebagainya. Ruang yang ada juga dijadikan tempat meletak gebar dan pelbagai barangan keperluan harian di kediaman. Dari permukaan sempurna, ke karakter rustik, meja konsol sememangnya banyak manfaat pada anda. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kesibukan urusan kerja harian, pemilik mahu menikmati keselesaan menghuni kediaman semaksimum mungkin. Limpahan pemandangan hijau di luar berganti pula dengan limpahan kemewahan nuansa champagne dan kuning keemasan di ruang kediaman. Pilihan skema warna utama ini tidak dapat lari dari dikaitkan dengan warna bertuah atau feng-shui pemilik kediaman.
Garapan baik bertunjangkan nostalgia silam dan gaya hidup moden hari ini maka terhasil lah konsep kediaman Transitional Colonial atau Transisi Kolonial menurut pandangan pereka.
Keseluruhan skema ruang dalam kediaman ini tidak lari dari warna mewah kuning kekemasan dan champagne. Dua warna yang menggambarkan cita rasa mewah pemilik tetapi diluahkan dalam keadaan terkawal. Memang menggetarkan jiwa tatkala melihat kebijaksanaan pereka dan juga gabungan idea pemilik mengadunkan warna sokongan lain seperti biasan warna kuning jingga (amber), gangsa, tembaga dan putih berserta perincian warna-warna gelap yang mana semua ini mengizinkan setiap item yang dihias menyerlah dengan cara tersendiri.
Nostalgia Silam Inspirasi Sofistikated
Menurut pereka, konsep yang dibawakan ini adalah adunan era lama penuh nostalgia dan inspirasi gaya sofistikated semasa pada item dekorasi lain seperi perabot dan aksesori.
Ruang dalam kediaman yang agak luas membolehkan Francis melakukan eksplorasi idea dengan lebih mudah. Keterbatasan ruang bukan lah halangan yang perlu ditempuhi. Berpegang kepada sentimen era nostalgia silam, gambaran kemewahan dizahirkan di ruang tamu menerusi fabrik langsir sutera keemasan sehinggalah ke hamparan karpet parsi berwarna lembut. Menyempurnakan visual pula, beberapa perabot reka bentuk klasik seperti meja, kerusi tub dengan fabrik bermotif maze dan bangku lounge Cleopatra. Apa yang pasti , tetamu yang berada di sini akan berasa sangat selesa.
“Apa yang dapat kita lihat ini adalah juga gambaran personaliti pemilik yang suka mengembara ke serata dunia dan gemarkan gaya hidup mewah,” terang Francis
Ruang-ruang hebat
Menjelajah ke ruang yang lain, kediaman ini dilengkapi dengan lima buah bilik tidur dan setiap bilik pula mempunyai bilik air sebagai kemudahan terbaik buat penghuni mahu pun tetamu. Setiap bilik mendapat sentuhan eksklusif dan Francis berjaya mengangkat visual setiap bilik tidur ini dengan gaya bilik tidur hotel lima bintang! Pilihan perabot utama seperti katil bersaiz dempak di bilik tiudr utama begitu mengujakan. Apa tidaknya kepala katilnya sahaja direka tinggi menggunakan fabrik berspan padat yang turut menjadi titik fokal ruang ini. menambah keterujaan apabil bilik air utamanya cukup selesa dan dilatari cermin muka besar berbingkai emas. Rekaan mewah diteruskan kepada ruang mandi yang boleh memuatkan dua orang serta lengkap dengan tub mandian. Dengana garapan seperti ini, pemilik tidak lagi perlu untuk ke hotel semata-mata ingin menikmati lena yang selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.