Meja konsol sememangnya menjadi satu perabot pelengkap gaya di kediaman. Lokasinya selalu terletak di pinggir pintu masuk utama, di penghujung koridor atau terletak di anrara ruang makan dan ruang tamu anda. Namun adakah kita perlu perabot yang cantik menawan ini?
Persoalannya apakah yang perlu kita letak dan hias di meja konsol seumpama ini? Pereka selalunya memilih reka bentuk yang selari dengan konsep ruang. Daripada klasik, ke vintaj, ke urban dan beberapa konsep popular yang lain. Meja konsol bertindak untuk menjadi tempat anda menempatkan gambar-gambar keluarga, pewangi rumah yang menyambut kita sewaktu memasuki ruang atau sekadar menempatkan bekas untuk meletak kunci kereta atau kunci rumah terutama kepada anda yang pelupa.
Ads
Selalunya set konsep disempurnakan dengan sepasang kerusi di kiri kanan konsol. Awas kerusinya pun perlu selari konsep dengan meja konsol agar tidak nampak janggal. Ramai juga yang menambah cermin muka pada dinding di atas meja konsol. Dapat juga dijadikan tempat last touch up anda sebelum keluar rumah bukan! Diapit oleh lampu meja dan dihias dengan pelbagai aksesori.
Ads
Ada juga seperti kawan kita yang menempatkan pelbagai keperluan asas kediaman di dalam meja konsep termasuk bill elektirk , air dan sebagainya. Ruang yang ada juga dijadikan tempat meletak gebar dan pelbagai barangan keperluan harian di kediaman. Dari permukaan sempurna, ke karakter rustik, meja konsol sememangnya banyak manfaat pada anda. Simple-simple je di IMPIANA.
Boleh dikatakan ramai yang memilih material kayu sebagai kitchen cabinet. Permukaan cantik, kukuh, mampu milik dan tahan bertahun-tahun antara faktor ia menjadi pilihan.
Jom ikut teknik mudah ini bagaimana ingin membuat maintenance pada cabinet dapur anda. Kosnya tidak mahal Cuma perlukan kerajinan ibu ibu sekalian. Suami yang nak tolong para isteri pun boleh.
Bahan
Campurkan satu cawan cuka ke dalam sebaldi air. Kacau sehingga kedua-dua campuran ini sebati. Kemudian gunakan kain dan lap ke keseluruhan permukaan kayu cabinet dapur. Sental kuat sedikit pada bahagian yang nampak kotor dan kehitam-hitaman.
Setelah selesai biarkan seketika ia mengering. Kemudian gunakan sehelai kain kering, letakkan minyak zaitun pada kain dan lap sekali lagi kabinet dapur. Ulang proses ini sehingga selesai. Hasilnya permukaan kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Lakukan rutin ini 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana di rumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni, pasti ramai yang tercari-cari tip sejukkan rumah panas supaya lebih selesa.
Untuk menyejukkan rumah atau bilik, boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada bajet lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah.
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Anda disarankan untuk menggunakan fluorescent bulb. Lampu jenis ini menawarkan jumlah cahaya yang sama seperti incandescent bulbs tetapi mengeluarkan sedikit haba. Selain itu, lampu ini juga kurang menggunakan tenaga elektrik, menjadikannya pilihan terbaik untuk rumah panas di Malaysia.
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp., Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Inilah salah satu cara sejukkan rumah panas yang paling semula jadi dan menjimatkan.
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya dan haba. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar sesuai dengan konsep rumah sejuk tanpa aircond.
Pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Jadi, pemasangan jaring yang halus seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk tanpa mengganggu aliran udara malam yang sejuk.
Siling jenis fiber cement board lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang tersilap dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda lebih sejuk dan selesa.
Salah satu punca utama rumah menjadi panas ialah dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning bagi mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari secara langsung.
Selalunya awning dipasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika ada bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah. Anda juga boleh tanam pokok rendang di sekeliling rumah supaya kawasan rumah lebih redup dan tidak terkena bahang matahari secara terus.
Dengan mengamalkan semua tip sejukkan rumah panas ini, anda bukan sahaja dapat menikmati suasana rumah yang lebih selesa, tetapi juga menjimatkan tenaga dan kos elektrik dalam jangka panjang. Selamat mencuba!
Setelah bertahun-tahun menggunakan sinki di dapur, lama kelamaan pastinya akan kelihatan kedam, kusam dan berdaki. Memang berbeza berbanding sinki yang baru dipasang. Kebiasaannya sinki stainless steel mempunyai permukaan bersinar, licin dan juga berkilat.
Jika sinki anda sudah mula bertukar warna dan kelihatan kotor, jangan lah membazir duit menukar yang baru. Ini adalah proses normal stainless steel bertukar warna kerana ia telah digunakan selama bertahun-tahun. Ada kaedah mudah sebenarnya untuk menggilapkan balik sinki yang kotor dan berdaki ini. Hanya guna 2 bahan yang mudah dibeli di kedai.
Bahan-bahannya ialah:
1.Soda bikarbonat
2. Hidrogen peroxide
3. Cuka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...