Ramai yang suka kan tema dekorasi hitam dan putih atau monokrom. Tapi ramai yang membuat kesilapan apabila gagal mengimbangi pengunaan kedua-dua warna ini. Apabila rona hitam terlalu mendominasi, ia akan menyebabkan ruang kediaman anda kelihatan kelam, kusam dan gelap. Hal ini sangat bahaya bagi anda yang mempunyai ruang yang kecil. Ruang sedia kecil akan kelihatan lebih sempit apabila rona hitam mendominasi dekorasi. Namun, apabila penggunaan rona putih lebih banyak, ia bukan lah satu masalah besar. Hanya konsep atau tema monokrom yang cuba dibawa tidak terlalu menonjol. Jadi, bagi memastikan tema monokrom yang cuba di zahirkan berjaya. Ini antara tip yang boleh menjadi panduan anda:
Baru seminggu sekolah, Tapi mak-mak rasa macam dah tak terurus nak-nak apabila ada pertambahan anak yang bersekolah. Bila dah semakin ramai bersekolah, kerja-kerja menggosok baju pun bertambah. Bagi yang berkemampuan, iron viral seperti philips tu sudah pasti menjadi pilihan. Namun, bagi yang tidak boleh ikut cara sahabat Afnee baker. Kaedah ini tidak memerlukan modal yang besar. Hanya menggunakan aluminium foil sahaja.
Aluminium foil kan serap haba. Jadi apabila menggunkan kaedah ini, anda perlu gosok satu bahagian sahaja. Bahagian belakangnya akan rata atau tergosok sendiri disebabkan oleh haba yang di serap oleh aluminium ketika menggosok bahagian hadapan
Bahan-bahan:
Satu gulung aluminimum foil
kain untuk balut
Gunting
stapler gun
Double side tape
Cara-cara:
1. Balutkan papan penggosok dengan aluminium foil dan lekatkan dengan menggunkan double side tape. Pastikan balutan rata dan meregang
2. Selepas aluminium foil, balutkan pula lapisan kain dan kemaskan dengan stapler gun
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya, perabot ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
#1 SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
#2 CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
#3 OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
#4 REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
#5 STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
#6 NINE-SQUARE
Jangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...