Dalam kita sedang sibuk menyediakan segala juadah untuk dihidangkan kepada tetamu, jangan kita lupa kepada keselamatan barangan dekorasi rumah yang telah kita sediakan sejak sebelum raya lagi.
Ini kerana dalam kesibukan kita melayan tetamu, pasti akan ada pelbagai kejadian yang tidak ingini berlaku seperti pasu hiasan pecah, langsir terkoyak serta jatuh dari bidai sebab ditarik dan pelbagai lagi.
Dalam isu ini, kita tidak seharusnya menuding jari kepada si pelaku kerana mungkin mereka masih kecil atau ianya berlaku secara tidak sengaja.
Jadi, IMPIANA menggariskan empat tip penting yang boleh dijadikan panduan dalam memastikan segala perkakas dekor anda berkeadaan baik walaupun dikunjungi oleh ramai tetamu.
1. Simpan segala peralatan dekor yang sememangnya cantik tetapi berisiko tinggi untuk rosak atau pecah seperti pinggan kaca, pasu bunga mini, lampu lantai dan pelbagai lagi. Tidak dapat kita bayangkan segala peralatan yang dibeli, pecah begitu sahaja.
Ads
Ianya nampak biasa, tetapi hanya pemilik sahaja tahu betapa mahalnya perkakasan kaca ini, Dari menunjuk-nunjuk dan akhirnya pecah, baik anda simpan di tempat yang selamat dan tersembunyi.
2. Sebaiknya gunakan pinggan, cawan dan sudu plastik. Ini kerana anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga mencuci, tetapi memudahkan kerja anda untuk mengemas sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Jika anda rasa pinggan mangkuk plastik putih kelihatan kurang menarik, kini terdapat banyak pinggan mangkuk pakai buang dengan pelbagai warna dan corak yang lebih menarik.
Lepas habis makan, tetamu anda hanya perlu buang sahaja ke dalam tong sampah, tidak perlu mencuci, anda tidak penat, tetamu anda kenyang
3. Hadkan akses dalam rumah semasa kehadiran tetamu, ini untuk mengelakkan perabot dalam kamar tidur anda turut menjadi public area. Cukup sahaja ruangan majlis anda di sekitar ruang tamu, balkoni (jika anda menetap di rumah kondominium atau apartment) dan kawasan hadapan rumah. Kalau boleh bahagian dapur juga harus dihadkan. Jika anda tidak bertindak sedemikian, jangan pelik kalau terjumpa bekas minuman tertumpah di atas tilam, sisa makanan di bawah katil dan pelbagai lagi perkara yang anda tidak ingin lihat selepas seharian penat melayani tetamu.
Anda bayangkan kalau yang tumpah ini adalah sos cili atau minuman kordial. Memang jenuh nak membersihkannya
4. Bersihkan kediaman anda secepat mungkin sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Perkara ini amat penting kerana jika anda terlepas pandang, pasti segala spesies makhluk perosak hadir yang akan merayap mencari makanan pada waktu malam. Ianya bukan sahaja mengotorkan kediaman malah mengundang bahaya jika ada kes kencing tikus. Takut-takut merayap pula ke rumah jiran malah jiran juga terkena tempiasnya.
Ads
Sekali ‘tentera’ ini sudah datang ke rumah anda, nak ke rumah jiran, sekejap sahaja
Sudah pasti anda tidak mahu hubungan akrab yang terjalin menjadi renggang. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Biar penat mencuci dari penat meminta maaf. Paling penting jaga lah kebersihan ketika menganjurkan majlis rumah terbuka.
Interior design jenis Japandi atau singkatan ayat tersebut dari perkataan Japan & Skandinavian, kebelakangan ini menjadi satu trending yang sangat dikenali di dunia perumahan sekarang. Jika kita tahu, Japan dan Skandinavian ini adalah berbeza kaum atau budaya, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh memilik sama prinsip dalam dunia interior design. Maka dengan itu, saya akan menerang sedikit demi sedikit tentang jenis jenis interior design versi Japandi ini yang boleh kita mengambil tahu ilmu baru supaya suatu hari nanti kita dapat memilih untuk jenis Japandi ini diterapkan dalam interior rumah kita.
Konsep Ruang Tamu yang Open-Space
Konsep ruangan terbuka ini akan memberikan ada rasa yang sangat nyaman dan selesa kerana apabila masuk sahaja rumah, anda boleh melihat rumah anda seperti sejauh mata memandang. Rumah yang mempunyai ruangan terbuka luas ini, perlu digabungkan beberapa fungsi ke dalam satu ruang fungsi besar dan pada ketika jejak kaki ke dalam rumahlah, terus kita dapat melihat ruang tamu, meja makan, dapur, dan lain-lain. Secara tidak langsung, kita akan dapat satu rasa atau aura harmoni dalam rumah itu.
Sumber Cahaya Skylight
Satu sumber cahaya yang bagus adalah sinaran matahari. Cahaya yang memasuki ke dalam rumah walaupun sedikit atau disebabkan tidak mempunyai jendela yang besar, sudah cukup cantik sebenarnya untuk menampakkan rumah kita kelihatan seperti rumah di fantasi. Lagi-lagi kalau elemen cahaya dari skylight ini, ada di dapur kita. Dengan terdapat sinaran matahari di dapur, kita sudah boleh menjimatkan penggunaan lampu. Sesetengah orang, rumah mereka terlalu malap dan gelap. Jadi, di siang hari pun mereka perlu menggunakan lampu. Tetapi dengan adanya konsep cahaya ini, walaupun keadaan dalam rumah malap, kita tidak perlu lagi menggunakan lampu di dalam rumah kerana cahaya matahari sudah mencukupi.
Design Japandi ini amatlah bagus sekali jikalau orang Malaysia mengambil atau menggunakannya di negara kita. Sekiranya ada yang membuat rumah di Malaysia ini dengan cara design Japandi, kemungkinan ramai yang akan berminat untuk mengubah suai interior rumah mereka seperti design Japandi ini.
Ramai yang tidak tahu ada teknik simpan sayur agar tahan lama dalam peti sejuk.Teringin nak buat sup makan malam ni, tapi bila fikir balik, kalau beli bahan banyak terbuang, terus lupakan hasrat. Zaman sekarang ni, tak perlu risau, pelbagai cara digunakan untuk memudahkan kerja dapur. Suri rumah ini kongsi tip mudah dan jimat cara penyimpanan bahan masakan yang ada di dapur untuk tahan lebih lama.
SENANG SEGAR JIMAT??
Cara penyimpanan yg berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan2 masakan yg mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je?
1.Daun sup?
-Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
-Caranya..potong 2 botol minuman..masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting utk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja.Air yg banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk?
-Pokok yg disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan
2.Lengkuas? dan Serai?
– Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut
-Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan
-Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya
3.Cili api dan Lada Merah?
-Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk
-Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar
-Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin2 kan diri utk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap2 air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah
-Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama
Bahan2 yg disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama .Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran,duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan??Selamat mencuba?
Simple tips dr suri rumah
Buah dan sayur adalah makanan sihat yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kerana mengandungi tinggi nutrisi penting seperti vitamin dan mineral. Namun, anda harus berhati-hati kerana disebalik kehijauan segar sayur-sayuran itu mampu memudaratkan kesihatan anda. Hal ini kerana, sayur dan buah ini mengandungi beberapa zat berbahaya seperti pestisida (bahan kimia untuk elak dari kerosakan /gangguan dari serangga lain) atau telur serangga kecil yang melekat pada sayur dan buah.
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membersihkan sayur walaupun sebenarnya hasilnya tidaklah 100%. Cara ini hanya boleh membantu membuang beberapa % racun dan telur serangga yang ada pada sayur dan buah.
Membersihkan buah dan sayur memang tidak semudah menghilangkan kotoran dari piring, kerana buah memiliki pori-pori meskipun tidak nampak. Bila racun atau telur serangga masuk ke dalam pori-pori kulit buah ini maka pembersihan biasa dengan cara mencuci tidak akan mampu membuang pestisida secara keseluruhan.
Selain itu, kerana buah dan sayur adalah makanan, anda juga tidak boleh sembarangan membersihkannya dengan sabun.
5 Cara Untuk Membasuh Sayur dan Buah Supaya Bersih
Cuci tangan anda dengan sabun sehingga bersih.
Basuh dan gosok perlahan dengan tangan permukaan buah dan sayur dibawah aliran air. Jangan gunakan sabun atau bahan kimia lain yang mampu mempengaruhi rasa buah dan sayur.
Buang daun atau lapisan paling luar jika sayur anda jenis membungkus seperti kubis. Untuk sayur jenis sawi, kangkung, dan sayuran berdaun yang lain anda perlu merendam ia kedalam air untuk menanggalkan tanah yang melekat serta serangga seperti ulat.
Rendam dengan garam untuk mencuci brokoli, dan sayuran lain secara satu persatu untuk membunuh ulat yang ada pada sayur serta buah.
Basuh sayur dan buah anda sehingga anda yakin ia bersih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.