Masalah air meleleh pada sambungan paip mesin basuh memang selalu berlaku. Puncanya bukan ada kebocoran pun tapi kerana sambungan paipnya tidak kemas dan menyebabkan air menitis atau tiris.
Bagi yang berdepan masalah sambungan paip mesin basuh ini, boleh gunakan tip berguna perkongsian Kamariah Hashim.
Atasi masalah air meleleh pada sambungan paip mesin basuh
1. Beli pili khas untuk mesin basuh. Yang ini memang developer dah siap pasang tapi air keluar ikut sambungan hujung. Pakai whitetape saja, settle masalah.
Ads
2. Tapi agak leceh juga untuk cabut dan tukar sekiranya nak pakai air untuk paip lain, lagipun quick connector untuk garden hose tak boleh sambung ke adapter mesin basuh. Ditambah pula rumah ini guna pam dari tangki dan pressure sangat kuat, kalau tanggalkan hose pada pili, air terus terpercik kena plaster ceiling. Habis ceiling kalau kerap kena air. Nak kurangkan pressure dalam paip mesin basuh terpaksa pulas dan longgarkan yang di mesin basuh, sangat leceh!.
3. Penyelesaiannya saya beli lain yang ada 2 outlet, cabut adapter dari pili asal dan pasang pada pili baru.
Ads
4. Selain adapter khas mesin basuh, sebenarnya boleh juga guna adapter untuk quick connector. Paip mesin basuh boleh melekat elok dan tiada leaking mengikut ujian saya ini.
Ads
5. Jadi belajar dari kesilapan saya, anda boleh gunakan pili kebun yang ada 2 outlet siap-siap. Tak payah susah cari adapter. Kalau ada masalah tak ngam, boleh cuba tukar adapter pada pili atau paip mesin basuh.
Ramai yang gantung gambar dirakam sendiri mahupun yang dilukis pada dinding rumah sebagai kenang-kenangan. Ada juga yang menjadikan ia hiasan di atas rak dan sebagainya.
Namun begitu berhati-hatilah juga dalam melakukannya kerana ada hukum tertentu dalam menggantung gambar ini.
Penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini boleh kita jadikan panduan.
Berdasarkan fatwa Wilayah Persekutuan 2021 dapat disimpulkan, menangkap gambar fotografi dengan menggunakan alat seperti kamera (bukan seperti perbuatan melukis), dan perbuatan ini dianggap sebagai menangkap bayang maka perbuatan ini diharuskan.
Hukum ini berkekalan selama mana gambar yang diambil adalah bertujuan sebagai perhiasan di rumah untuk kenang-kenangan.
Sekiranya menggantung gambar tersebut bertujuan untuk penyembahan dan mengagungkan maka perbuatan tersebut diharamkan.
Justeru itu, perbuatan menggantung gambar fotografi di dinding rumah atau disusun sebagai perhiasan di rumah mahupun pejabat adalah suatu perbuatan yang dibenarkan dalam agama.
Para ulama berbeza pandangan antara mengharamkan atau mengharuskannya. Di mana, dapat disimpulkan;
Melukis atau mengukir gambar makhluk hidup dengan tujuan penyembahan atau mengagungkannya adalah diharamkan kerana dikhuatiri menjadi bahan mensyirikkan Allah SWT seperti yang dilakukan oleh Arab Jahiliyyah.
Mengambil gambar dengan menggunakan kamera ialah suatu proses menangkap bayang dengan cara yang khusus dan tertentu.
Menurut Syeikh Ali al-Sayis hukum sesuatu yang dipanggil sebagai penggambaran matahari atau fotografi tidak sama seperti lukisan gambar, tetapi ia bagaikan penangkapan bayang yang mana ia seperti hasil objek yang terpapar melalui cermin.
Hal ini kerana gambar fotografi terhasil daripada proses tangkap bayang dengan cara yang tertentu dengan menggunakan alat iaitu kamera.
Oleh disebabkan itu, terdapat sebahagian ulama yang mengharuskan perbuatan bergambar fotografi dan tiada larangan daripada menggantungkan gambar tersebut di rumah dan selain daripadanya.
Perbuatan ini dibenarkan sekiranya gambar tersebut tidak menyebabkan berlaku fitnah seperti gambar perempuan yang memperlihatkan bahagian anggota badan selain daripada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya.
Berdasarkan perbahasan di atas dapat difahami bahawa perbuatan mengambil dan menggantung gambar diharuskan sekiranya perbuatan tersebut bebas daripada tujuan penyembahan dan mengagungkan makhluk.
Hapus lipas guna minyak masak terpakai? Bagi yang tak pernah mempraktikkan kaedah ini boleh cuba terutama jika kediaman ada masalah lipas yang banyak.
Jika sebelum ini minyak masak terpakai kita jual kembali atau pun dibuang, cuba gunakan untuk membuat perangkap lipas.
Caranya dikongsi oleh Melizah21 dalam akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.
1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.
Selain menggunakan minyak masak terpakai, boleh juga gunakan rempah ratus untuk menghapuskan masalah lipas terutama sekali bila haiwan ini bersarang dalam kabinet atau almari.
Caranya, masukkan rempah 4 sekawan dalam mesh net kemudian ikat bunjut. Buat beberapa bunjut dan lebih elok lebihkan cengkih dan buah pelaga. Kemudian boleh letak bunjut rempah ini dalam kabinet dapur.
Aroma rempah ini tidak disukai oleh lipas jadi ia akan menjauhi kawasan ini.
Lima gajet rumah berbaloi beli untuk mudah kerja dan jimat masa buat kerja rumah. Gajet atau produk ini ini sesuai sangat buat pasangan suami isteri bekerja dan punya anak masih kecil.
Pasangan sebegini pastinya tak cukup kaki tangan untuk melakukan kerja rumah. Adanya peralatan elektrik atau gajet yang boleh membantu memudah atau melangsaikan kerja memang melegakan. Meski sedikit mahal tapi mampu memberi masa untuk kita berehat.
Perkara inilah yang dirasakan oleh Amni Azmi. Dalam satu perkongsian yang tular beliau menyenaraikan lima peralatan di rumah yang sangat membantu dan memudahkan ibarat ‘membeli masa’ dengan wang.
Masa awal berkahwin tahun 2019 kami duduk di apartment sewa. Owner ada sediakan iron biasa. Ada satu hari tudung kegemaran saya terbakar. Saya menangis sebab saya propose kepada suami untuk beli steam iron Philips, tapi kena reject sebab dia kata mahal sangat. Harga ketika itu RM600.
Saya dah lama tak guna iron biasa sebab mak saya pengguna steam iron Philip sejak zaman saya sekolah. Selepas beberapa siri merajuk kami pun share duit beli seterika ini. Rupanya masa tu saya belum faham cara suami saya fikir. Dia nak saya hantar proposal full pros and cons guna steam iron Philip, kena justify harga begitu begini.
Sekarang saya kerja di sektor swas, kebanyakan pakaian saya casual dan ironless. Jadi suami sayalah yang paling banyak menggunakanna. Alhamdulillah pakaian kami tak pernah terbakar sejak guna iron steam dan syukur model yang kami beli tak pernah ada masalah sampai sekarang. Kena rajin buat maintenance (decalc) bila tiba masanya.
Kami berpindah ke rumah sendiri bebera tahun lalu. Suami beli robot vacuum. Sejak dari itu kami masih guna robot vacuum yang sama. Ada satu kali saja tukar bateri. Kelebihan robot vacuum, menyenangkan kerja maintenance menyapu. Jadi tak perlu menyapu harian cuma sesekali kena buat deep cleaning rumah.
Sustainability itu penting. Walaupun per cycle lama, 1 cycle jatuh beberapa sen je. Bil elektrik kami tak naik sangat pun sejak ada dryer. Modal upfront agak keras juga dalam RM3-4k untuk heatpump tapi setakat ini pulang modal sebab dah guna beratus cycle. Ada hari guna 2-3 kali.
Selepas itu kami beli dishwasher. Sebab duduk dua orang jadi beli Toshiba yang lower entry grade sahaja untuk penggunaan dua orang. Tablet dishwasher beli shopee RM60 dapat la 90 tablet. Average penggunaan satu tablet sehari. Memang boleh basuh dengan tangan. Tapi saya jenis tak suka berlama-lama di dapur depan sinki dan berbasah-basah.
Masa membasuh boleh pilih ikut mode. Saya suka guna mode hygienic tapi dalam 2 jam juga. Bagi saya takde masalah, sebab masa dia membasuh kita boleh rehat, baca quran, kemas lap dapur dan kerja sambilan.
Bila siap, pinggan mangkuk pun kering. Kadang-kadang jenis makanan yang degil ada sisa yang tak hilang sepenuhnya (jarang berlaku), tapi boleh saja basuh semula dengan usaha yang minima sahaja. Guna dishwasher tak naik banyak pun elektrik. Bil air pun sama sahaja malah lebih jimat sebab kita basuh sekali gus.
Konsep tinggal dan masak, dan sesiapa boleh hasilkan masakan yang sama kalau ikut resepi. Satu sebab saya baru terjebak dengan Thermomix sejak hamil kerana saya rasa saya ada konflik dengan makanan.
Saya hilang selera makan dan berat turun. Tapi saya tak mahu makanan yang beli kat luar. Tapi saya tak selera juga makan makanan masak sendiri. Last sekali saya beli Thermomix dan suami saya ikut resepi dalam Cookidoo dan group Thermomix. Saya berselera makan.
Ujarnya berdasarkan pengalaman menggunakan gajet-gajet ini yang bantu memudahkan urusan harian di rumah dan satu pelaburan yang membahagiakan keluarga.
“Jangan rasa kedekut untuk melaburkan modal bagi membeli masa yang lebih. Kita kena berdamai dengan teknologi. Masa itu lagi mahal dari wang ringgit. Sebab masa tak boleh dapat kembali. Duit boleh cari balik,”katanya.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!