Pekebun-pekebun di Thailand sedang sibuk menanam pisang namun bukan buahnya yang menjadi buruan tetapi jantung pisang. Kenapa? Jantung pisang dari Thailand di import ke German kerana permintaan di sana amat tinggi. Walaupun bertan yang di eksport namun masih tidak berupaya memenuhi permintaan pasaran di German.
Jantung pisang di Thailand dijual pada harga 20 bath atau RM 1.20 bagi setiap biji, di German harganya menjadi RM 120. Kenapa jantung pisang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran German? Ia di kata mempunyai khasiat yang tinggi dan bagus untuk mereka yang sedang berdiet dan menjaga berat badan. Segelintir masyarakat German tidak makan daging lagi dan menggantikannya dengan jantung pisang dan mengamalkan diet hanya memakan sayur sahaja.
Dikatakan, jantung pisang mempunyai serat seperti daging. Selain itu juga ia berupaya:
IKLAN
1. Penyelenggaraan gigi. Buat gigi lebih putih.
2. Membanyakkan susu ibu. 3. Rawatan gastrik
4. Rawat luka segar dan menghisap nanah. 5. Melegakan bengkak dari gigitan serangga.
6. Kurangkan gula dalam darah untuk pengidap kencing manis. 7. Penyelenggaraan nutrien darah, membantu anemia/kurang darah.
8. Membantu aliran darah dengan baik. 9. Menyembuhkan luka di mulut dengan lebih cepat.
10. Membuat kulit licin.
Penanaman avocado dari biji benih lazimnya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Jangan risau, sementara menunggu pokok matang untuk menghasilkan buah, banyak manfaat daun avocado yang boleh kita ambil.
Daun avocado mengandungi dua sebatian utama iaitu quercetin(60-75%) dan polyphenols. Quercetin dipercayai dapat memelihara tubuh dari penyakit bahaya dengan cara menangkap radikal bebas dan ion-ion logam peralihan. Walaupun agak pahit, daun avocado bagus untuk mengawal penyakit kencing manis. Pengambilan teh daun avocado juga dapat menyekat pembiakan beberapa bakteria seperti species stafilokokus,pseudomonas,protektus,escherichia.
Selain daripada itu, daun Avocado juga dipercayai dapat merawat batu karang, darah tinggi dan sakit kepala.
1. Rawatan batu karang menggunakan daun Avocado
Dapatkan 5 hingga 8 helai daun Avocado yang tua ( berwarna gelap).Basuh dengan air bersih hingga tiada kotoran. Rebus daun-daun ini dengan segelas air hingga tinggal setengah gelas. Tapis dan minum setiap hari pagi dan petang selama 10 hari. Jika batu karang telah hancur dan keluar (dapat dilihat melalui air kencing) pengambilan herba ini perlu dihentikan.
2. Daun Avocado untuk melicinkan kulit.
Pucuk Avocado boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya ialah dengan menumbuk pucuk muda nya hingga hancur dan disapu pada kulit muka. Selepas 5 hingga 10 minit, bilas dengan air yang bersih. Ia dapat mengecilkan liang-liang roma pada kulit muka. Ia juga dapat membantu melembapkan kulit yang kering.
3. Daun Avocado untuk melegakan sakit pinggang dan sakit belakang (lumbago)
Cara penggunaannya ialah dengan rebus 5 helai daun Avocado dengan segelas air. rebus sehingga air tinggal separuh gelas. Minum selama 5 hari.
4. Daun Avocado untuk menghitamkan rambut
Caranya ialah dengan menyapu pucuk Avocado yang telah ditumbuk halus pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci.
5. Daun Avocado untuk mengurangkan bengkak
Caranya ialah dengan meletakkan pucuk avocado yang telah ditumbuk lumat pada bahagian kulit yang bengkak. Balut dan biarkan selama 2 hingga 4 jam.
6. Daun Avocado untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.
Caranya dengan merebus 5 helai daun Avocado dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum setiap hari hingga tekanan darah turun. Hentikan pengambilan apabila tekanan darah telah normal.
Ini adalah antara beberapa kelebihan daun avocado dalam perubatan herba. Jadi kalau avocado kita lambat berbuah, masih banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dari pokok ini.
Ramai yang tahu pasal EM atau Efektif Mikroorganisma dan terdapat banyak produk di pasaran yang menggunkan EM sebagai salah satu bahan sama ada untuk menghasilkan baja, racun serangga dan sebagainya. Tapi, tahukah anda sejarah dan kegunaan EM? Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan EM dan ia merupakan bahan organik.
Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.
Kegunaan EM
a)Dalam Rumah
-Mengurangkan bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
-Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
-Membantu menghalau serangga
-Membasuh lantai
b)Pertanian -Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
-Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
-Sebagai baja untuk tanaman
-Memulih tanah yang· bermasalah
-Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos
c)Longkang / Sungai -Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk.
Resepi EM dari Nanas Bahan-bahan:
3 bahagian nanas
1 bahagian gula merah
10 bahagian air
Cara-cara:
potong nanas dan campurkan ke dalam air beserta gula. Peram selama satu bulan. Pastika bekas yang di gunakan boleh di tutup rapat dan mempunyai lubang pengudaraan bagi membebas kan gas yang terperangkap sepanjang proses
Cara guna: Baja: Campurkan 20ml pati EM ke dalam 20 liter air dan jadikan sebagai sirama Miningkatkan kualiti air: Campur 1 liter EM ke dalam setiap 10,000 liter air Membersihkan kandang haiwan: Campurkan 1 liter pati EM ke dalam 100 liter air. Jadikan ia sebagai bahan semburan untuk seluruh kandang Untuk memperbaiki tanah dan mempercepatkan proses pereputan bahan kompos: Larutkan 1 liter pati EM ke dalam 100 liter air dan siram pada tanah atau bahan kompos
Gantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah. Pokok buah bila dah sampai masa untuk di tuai, mesti bahagian yang tinggi dan tidak samapai akan terbiar busuk hingga jatuh ke tanah. Bagaimanapun, ada tip yang boleh digunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam dalam sentiasa rendang walupun dah berusia.
Teknik untuk memastikan pokok buah sentiasa rendang di panggil “Gravity Lowret”. Teknik tersebut telah di kongsikan oleh D’Pro A’nas di dalam group Facebook Berkebun Di Rumah. Jum kita baca macam mana nak hasilkan pokok buah yang rendang dan berbuah lebat
Tips Pokok Buah Naik Meninggi, Separas Lutut Dah Berbuah
Sememangnya menjadi masalah untuk kutip hasil jika Pokok buah yang naik meninggi. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok.
Satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin tidak akan berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.
Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.
Tip merendahkan pokok
Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.
Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.
Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.
Cara merendahkan pokok
1.Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah ini cuma plastik aiskrim, air dan tali plastik.
2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.
Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.
Tujuan kaedah gravity lowert
Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.
Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.
Baja buah
Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.
Kalau pasu kecil kurangkan dos kepada setengah.
Kalau atas tanah, kena darab 3X jumlah baja mengikut umur pokok.
Siram setiap hari, buat waktu petang sahaja bila putik bunga mula keluar. Ia bagi mengelakkan bunga gugur jika disiram waktu matahari naik.
Jangan buat pada pokok yang berdahan besar
Perkongsian dari pengalaman ini hanya sesuai untuk pokok buah berdahan sederhana, jangan buat pada pokok dahan besar.
Untuk keselamatan, jangan buat kalau pokok dah tinggi sebab membahayakan. Tebang dan tunggu dahan baru. Redha saja kalau pokok dah meninggi.
Kaedah ini dibuat pada pokok belimbing tetapi boleh juga dilakukan pada pokok buah yang lain seperti jambu air, longan, rambutan dan lain-lain.
Semoga bermanfaatGantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah
Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik...