Tinggal di kediaman bertingkat seperti apartmen, kondominium atau rumah dua tingkat memang praktikal dan menjimatkan ruang. Tapi bila ada anak kecil, isu keselamatan jadi perkara utama yang tak boleh dipandang ringan. Ruang tinggi dan terbuka,tangga, balkoni, tingkap semuanya boleh jadi potensi bahaya jika tidak ditangani dengan betul.
Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian bila ada anak kecil di rumah;
Kunci
Pastikan semua tingkap, pintu gelangsar ke balkoni dan ruang berisiko tinggi dipasang dengan sistem pengunci keselamatan tambahan. Pilih jenis yang tidak mudah dibuka oleh kanak-kanak, walaupun mereka cuba.
Pasang Grill atau Jeriji Keselamatan
Grill berkualiti atau jeriji keselamatan di tingkap dan balkoni boleh menyelamatkan nyawa. Ia menghalang anak daripada terjatuh walaupun mereka memanjat. Pastikan materialnya kukuh dan tidak mudah berkarat atau reput.
Tangga Bertutup atau Pagar Keselamatan
Ads
Untuk rumah dua tingkat, pasang pagar keselamatan pada bahagian atas dan bawah tangga. Elak tangga terbuka tanpa penghadang. Tangga juga mesti mempunyai pemegang yang kukuh dan tak licin.
Elak Letak Perabot Dekat Tingkap
Meja, kerusi atau sofa berhampiran tingkap atau balkoni boleh jadi ‘tangga’ untuk anak kecil panjat. Jauhkan dari kawasan berisiko tinggi.
Pantau Dengan CCTV atau Monitor
Ads
Jika anda bekerja dari rumah atau anak bermain di bilik sendiri, gunakan baby monitor atau CCTV untuk pantauan segera.
Didik Anak Seawal Mungkin
Walau sistem keselamatan lengkap, pendidikan awal tetap penting. Ajarkan bahaya memanjat tingkap, bermain dekat balkoni dan tangga sejak kecil.
Keselamatan bukan hal remeh. Rumah tinggi bukan penghalang untuk anak membesar dengan selamat, asalkan ibu bapa peka dan bersedia. Lindungi mereka, kerana satu kecuaian boleh membawa padah.
Nabila Huda kongsi ubah suai bilik mandi, rasa macam ‘staycation’ setiap hari di hotel lima bintang. Penambahan ciri moden seperti pancuran air jimat tenaga, sistem pengudaraan lebih baik, serta kabinet simpanan yang kemas boleh menjadikan bilik mandi lebih selesa dan teratur.
Menerusi laman Instagramnya, pelakon terkenal Nabila Huda berkongsi hasil ubah suai bilik mandi utama di rumahnya.
Antara elemen yang menjadi pilihan Nabila untuk bilik mandi utama ialah bathub agar terasa berada sepeti di hotel setiap hari.
Semua ‘shower set’ menggunakan material ‘gunmetal’ yang tahan lasak. Manakala ‘nozzle silikon’ pula senang dicuci. Berkosepkan intelligent water closet, semuanya automatik. Lengkap dengan kemudahan sensor kaki, pendek kata hanya ‘tekan’ sahaja. Sangat memudahkan kerja.
Kesimpulannya sebelum memulakan ubah suai, pastikan anda merancang bajet, memilih bahan tahan lama, dan mendapatkan khidmat kontraktor berpengalaman. Dengan perancangan rapi, bilik mandi bukan sahaja menjadi lebih cantik, malah lebih selamat dan praktikal untuk kegunaan seharian.
Tip beli perabot untuk pasangan baru berkahwin. Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, membeli perabot untuk menghias rumah bersama tentu satu pengalaman yang mengujakan.
Proses memilih perabot bersama bukan sekadar aktiviti membeli-belah, malah akan menjadi kenangan manis yang dikongsi berdua. Pada awal perkahwinan, semestinya pasangan mahu melakukan hampir semua perkara bersama-sama, termasuklah menghias rumah.
Namun, kerana masih berada di fasa awal membina kehidupan baru, tidak jarang berlaku kesilapan dalam memilih perabot. Sama ada dari segi fungsi, saiz, model atau warna, kadangkala apa yang dibeli pada awalnya akhirnya terasa tidak praktikal apabila masa berlalu.
Pengalaman ini mengajar kita bahawa citarasa dan keperluan dalam menata rumah akan berubah mengikut waktu. Justeru, berikut dikongsikan beberapa panduan “do & don’t” untuk pasangan yang ingin membeli perabot bagi rumah baru mereka.
Lokasi kediaman wajar dipertimbangkan sebelum membeli perabot, memandangkan kebanyakannya bersaiz besar. Jika tinggal di kawasan yang akses ke kedai perabot agak jauh, pembelian secara dalam talian boleh menjadi pilihan praktikal. Pesanan boleh dibuat terus melalui telefon pintar, tanpa perlu keluar rumah, malah pilihan juga lebih pelbagai.
Namun jika kedai perabot mudah diakses, membeli secara terus juga menyeronokkan. Selain dapat meneliti kualiti barangan dengan lebih dekat, ada kemungkinan anda mendapat tawaran harga yang lebih baik daripada pemilik kedai. Untuk memudahkan proses, pasangan boleh membuat tinjauan harga di laman web tertentu, menyenaraikan keperluan, dan kemudian terus ke kedai dengan senarai belian yang jelas.
Sama ada rumah milik sendiri, apartmen atau rumah sewa, saiz ruang sangat penting dalam menentukan pilihan perabot. Elakkan membeli perabot yang terlalu besar hingga menjadikan rumah sempit. Untuk apartmen, pastikan perabot mudah dibawa masuk. Pilihan terbaik ialah perabot jenis knockdown yang boleh dibuka pasang semula. Tetapi pastikan dibeli daripada penjual yang pakar supaya kualitinya baik dan mudah dipasang semula.
Kini, dekorasi rumah lebih terancang berbanding dahulu. Ramai yang memilih konsep tertentu seperti minimalis, moden, skandinavia, kontemporari, industri, rustic, atau vintage. Pilih konsep yang sesuai dengan citarasa pasangan. Misalnya konsep skandinavia yang popular, menampilkan perabot putih dipadankan dengan warna semula jadi, memberi suasana bersih, hangat dan elegan.
Menetapkan bajet adalah perkara paling utama. Buat senarai mengikut keutamaan—barang asas dahulu, selebihnya boleh ditambah mengikut kemampuan. Manfaatkan promosi untuk menjimatkan kos dan gunakan lebihan bajet bagi keperluan lain atau ditabung. Elakkan membeli secara terburu-buru kerana ia boleh menyebabkan penyesalan apabila menemui pilihan lebih baik selepas itu.
Bagi rumah yang terhad ruangnya, perabot multifungsi adalah pilihan terbaik. Contohnya sofa bed yang boleh dijadikan tempat tidur tambahan untuk tetamu. Perabot seperti ini membantu menjimatkan ruang sambil memberi lebih banyak kegunaan.
Jangan sia-siakan hadiah perkahwinan yang diterima. Gunakan sebaik mungkin untuk melengkapkan kediaman. Jika ada tetamu yang bertanya, nyatakan dengan jujur jenis hadiah yang diperlukan supaya pemberian itu lebih bermanfaat. Selain itu, perabot yang dimiliki sebelum berkahwin juga boleh digunakan semula. Ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah bentuk amalan lestari kerana memanjangkan tempoh guna barangan.
Pilih perabot berkonsep kompak supaya ruang lebih kemas dan tersusun. Contohnya katil dengan laci penyimpanan di bawah atau set meja makan yang boleh disusun rapi apabila tidak digunakan.
Jika tidak mempunyai warna kegemaran tertentu, sebaiknya pilih warna neutral seperti putih, kelabu atau kayu semula jadi kerana mudah dipadankan dengan pelbagai konsep dekorasi. Dalam masa yang sama, utamakan kualiti. Perabot yang baik bukan sahaja tahan lama, malah lebih selesa digunakan dan mudah dijaga.
Membeli perabot untuk rumah baru adalah pengalaman yang penuh keterujaan bagi pasangan baru berkahwin. Namun, perancangan yang teliti dari segi lokasi, saiz, konsep, bajet, serta fungsi akan membantu mengelakkan pembaziran.
Dengan memilih perabot yang praktikal, berkualiti dan sesuai konsep, rumah baru bukan sahaja selesa didiami, tetapi juga mencerminkan identiti dan keserasian pasangan.
Ramai pemilik rumah mula memilih dryer 2 dalam 1 kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan ruang. Hanya dengan satu mesin, anda boleh membasuh dan mengeringkan pakaian sekaligus. Namun, ada satu masalah biasa yang sering dialami pengguna: pakaian keluar dari mesin masih lembap atau tidak kering sepenuhnya.
Sebenarnya, terdapat beberapa punca utama yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Jom kita lihat satu persatu.
Kesilapan paling biasa – masukkan terlalu banyak pakaian dalam satu kitaran. Mesin akan sukar untuk mengalirkan udara panas secara sekata, dan pakaian jadi bergumpal. Hasilnya, ada bahagian kering, ada bahagian lembap.
Tip: Ikut kapasiti mesin. Untuk fungsi pengering, biasanya kapasiti lebih rendah berbanding cucian. Kalau mesin 10kg basuh, pengering mungkin hanya 6kg.
Setiap kali pakaian dikeringkan, habuk kain (lint) akan terkumpul. Jika penapis ini tersumbat, aliran udara panas jadi lemah. Pakaian pun ambil masa lama untuk kering.
Tip: Bersihkan penapis lint sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk prestasi optimum.
Untuk model tertentu, haba dan kelembapan keluar melalui hos. Kalau hos berlipat, bengkok atau tersumbat habuk, udara panas tak dapat keluar, pakaian kekal lembap.
Tip: Periksa hos, pastikan tidak terhimpit di belakang mesin.
Ramai terus tekan butang Dry tanpa pilih mod yang betul. Baju nipis dengan baju tebal perlukan masa dan suhu berbeza.
– Quick Dry: sesuai untuk 1–2 helai pakaian nipis.
– Cupboard Dry: sesuai untuk pakaian harian.
– Extra Dry: untuk tuala, jeans, atau selimut.
Tip: Pisahkan pakaian ikut jenis fabrik dan guna tetapan sesuai.
Kalau mesin dah lama, kemungkinan elemen pemanas lemah atau sensor kelembapan rosak. Mesin berhenti awal walaupun pakaian masih basah.
Tip: Kalau semua langkah dah cuba tapi masih sama, panggil juruteknik. Jangan tunggu sampai mesin betul-betul “kong”.
Cara Elak Pakaian Tak Kering Dalam Washer Dryer
✅ Jangan masukkan terlalu banyak pakaian.
✅ Keluarkan pakaian, goncang, kemudian baru masuk fungsi kering.
✅ Bersihkan penapis lint dan periksa hos setiap minggu.
✅ Pilih program mengikut jenis fabrik.
✅ Servis mesin sekurang-kurangnya setahun sekali.
Washer dryer adalah peralatan moden yang sangat membantu, tapi ia juga perlukan penjagaan yang betul. Kebanyakan masalah pakaian tidak kering berpunca daripada penggunaan yang kurang tepat atau penyelenggaraan yang diabaikan. Dengan langkah mudah di atas, anda boleh elak pembaziran masa, elektrik dan pastinya menjaga pakaian agar tahan lama.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.