
Terlebih siraman atau over watering sebenarnya boleh menjadi salah satu punca tanaman berpasu kita layu atau pun mati akibat akarnya yang berpenyakit kerana terendam lama di dalam lembapan. Situasi ini menyebabkan kulat mula tumbuh dan akar mereput disebabkan oleh over watering. Jika anda mengalami situasi ini dan anda ragu-ragu akan kuantiti air yang ideal untuk tanaman, menyiram pokok menggunakan teknik ais kiub adalah salah satu alternatif yang boleh diguna pakai.
Tetapi awas, kaedah ini hanya sesuai untuk tanaman berpasu bersaiz kecil dan sederhana contohnya pokok orkid, tanaman gantung dan juga tanaman hiasan. Untuk pokok orkid kaedah ini sangat mujarab kerana orkid adalah tanaman yang sensitif dengan lembapan berlebihan kerana akarnya mudah rosak, maka teknik ini dilihat begitu berkesan kerana ia secara perlahan-lahan akan membebaskan air kepada pokok orkid.
Tanaman hiasan berpasu bersaiz kecil dan sederhana juga boleh menggunakan teknik ini. Ataupun anda mempunyai tanaman gantung yang sukar untuk disiram kerana susah dicapai maka ada baiknya anda hanya meletakkan kiub ais ke dalamnya. Lebih praktikal dan kemas tanpa percikan air berlebihan.
“Makeover” Pagar Guna Shera Plank, Modal Tak Sampai RM 300 Pun

Bagi yang menerima kunci rumah baru, macam-macam perkara dirancang untuk memastikan rumah yang bakal di diami tersedia rapi untuk keselesaan seisi keluarga. Antara yang perlu diutamakan adalah pendawaian, kipas dan lampu. Bagi yang ada bajet ekstra, sudah pasti kabinet dapur juga antara yang penting.
Nak masuk rumah baru ni, tak cukup RM 10k untuk siapkan keperluan. Jadi, banyak bajet yang perlu di potong dan ada juga terpaksa di tangguh. Mesti ada yang teringin nak tugar pagar rumah juga kan? kalau tanya kedai, harganya mahu beribu. Tapi, kalau anda rajin DIY, boleh tiru cara Zabiratul Azra.
Modal RM 300 je untuk makeover pagar ringkas yang disediakan oleh pemaju menjadi lebih cantik dan secara tidak langsung memberi privasi
Hanya guna Shera Plank, cat minyak, cat coating dan skru je nak buat pagar macam ni
Ni pandangan asal pagar rumah yang diesediakan pemaju. Ringkas dan tak ada privasi langsung
cat coating, apply sebelum cat minyak utk bg shera plank smooth dan kemasan urat papan lebih timbul.
Seleaps sapu cat coating
Saya gunakan cat minyak smart top plus high gloss kod warna maroon
Mula-mula, cat dulu shera plank siap-siap dan biarkan kering.

Lubang kan dulu shera plank sebelum di skru pada pagar
Guna skru ni untuk lekatkan kan shera plank yang telah dicat
skru yg sy pasang bahagian hujung tambah piring utk bagi effect timbul dan nampak lebih kemas
Atau boleh cat skru yang digunakan/ Ini skru yang di bahagian tengah
Dilema Kediaman: Pindah Atau Naik Taraf?

Dalam kita sibuk memikirkan tema terkini dekorasi kediaman, kita terlupa terdapat juga sesetengah pemilik kediaman pada hari ini mengalami dilema sama ada ingin menaik taraf dapur, jumlah bilik yang tidak cukup sebab pertambahan ahli keluarga, ruang tamu terlalu sempit dan sebagainya.
Isu naik taraf mungkin tidak memerlukan belanja yang banyak seperti mana berpindah. Kalau anda menyewa, anda hanya perlu mengangkut segala barangan tetapi masih perlu berbelanja kos sewaan lori untuk membawa muatan rumah anda ke kediaman baharu. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang ingin menaik taraf tetapi ingin membeli kediaman baru dengan kejiranan dan persekitaran yang lebih baik.
Disini, IMPIANA ingin memberi beberapa garis panduan samada adakah anda patut pindah atau hanya naik taraf kediaman anda.
- Bilik tidur tidak cukup sebab pertambahan ahli keluarga. Pindah atau Naik Taraf?
Cadangan dan Solusi: Pindah (Jika rumah apartment atau kondo), Tambah Bilik (jika rumah jenis landed)
Jika anda memiliki kediaman apartment atau kondo dan ahli keluarga anda bertambah, anda tidak mempunyai pilihan untuk menambah bilik kerana struktur pembinaannya bersifat kekal. Cadangan yang paling sesuai adalah cari kediaman baharu samada rumah atas tanah serta kediaman apartment atau kondo yang mempunyai jumlah bilik tidur lebih dari apa yang anda diami ketika ini.
Kedua, jika anda sudah membeli atau mendiami rumah atas tanah, anda boleh menambah ruang di kediaman anda. Pastikan sebelum anda renovate kediaman, anda mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah nasing-masing agar tidak melanggar akta.
Perbelanjaan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar dengan persekitaran lebih baik pastinya menelan belanja yang besar jika dibandingkan dengan renovate rumah. Tetapi andai anda tinggal di kediaman jenis bertingkat, hanya berpindah ke unit yang lebih besar lah solusinya.
2. Dapur anda design lama dan sudah menyakitkan pandangan
Cadangan dan Solusi: Naik taraf
Jika dapur anda telah berusia 10-20 tahun pastinya ia kelihatan out dated dan pelbagai kerosakan mula berlaku. Sudah sampai masanya anda menaik taraf dapur dengan menyuntik design dan suasana baru. Baru lah anda rasa lebih bersemangat dan gembira apabila memasak di dapur. Di sini untuk menaik tarafnya, anda perlu buat pemerhatian secara menyeluruh seperti tukar warna cat, tukar jubin baru, kalau sebelum ini anda tidak mempunyai kabinet tambahan, mungkin sudah tiba masa untuk anda mempertimbangkan keperluan untuk penambahan. TETAPI, yang paling penting adalah untuk check and balance perbelanjaan yang anda akan laburkan untuk dapur baharu anda.
3. Konsep rumah hambar
Cadangan dan Solusi: Naik taraf
Kalau dulu, orang kita tidak kisah sangat tentang konsep dekorasi dalaman rumah, kerana mereka lebih mementingkan keselamatan serta keselesaan ahli rumah. Kini ramai di antara kita sudah mulai mementingkan penampilan rumah dan dihias sebaik mungkin mengikut konsep yang diminati. Dengan lambakan pelbagai kedai dan produk dekorasi di pasaran, anda mempunyai pilihan luas dengan kos yang lebih murah. Kata kuncinya, kreatif dan rajin!
Faktor ini berbangkit kerana pada hari ini sudah banyak teknologi deko yang mudah dan murah. Kalau wainscoating mahal, anda boleh diy dengan rujukan video di laman youtube. Kalau dulu anda kena cat seluruh rumah dan memenatkan, hari ini kalau anda tidak mahu membazir tenaga mengecat, tampal terus wallpaper mengikut tema yang anda sukai.
4. Kejiranan serta kemudahan yang mantap
Cadangan dan Solusi: Naik taraf
Anda sudah merasakan rumah anda sendu dan hambar. Pada masa yang sama anda sudah terfikir untuk berpindah mencari kediaman baharu TETAPI anda teringat, jiran tetanggga anda yang ramah, sekolah untuk anak anda dekat dengan rumah disertai dengan kemudahan kedai runcit dan pasaraya.
Jika, situasi ini berlaku kepada anda, adalah bagus jika anda hanya mengubah dekorasi dalaman dari hambar kepada Ohsem. Tidakkah anda berasa beruntung mempunyai jiran yang sentiasa membantu baik dalam senang dan susah, pergerakan anda dari tempat kerja serta sekolah tidak berapa jauh. Ini adalah tanda-tanda jelas yang menunjukkan, its better stay here rather than looking for a new one.
Kredit Gambar: Adib Noh
5. Pemandangan rumah tidak menarik
Cadangan dan Solusi: Naik taraf
Jangan terhadkan pemandangan itu kepada pemandangan luar rumah sahaja. Apa yang ingin diperhalusi adalah pemandangan dalam rumah anda iaitu dari sudut susun atur perabot, warna serta tema dinding, ruangan bilik tidur yang tidak kemas dan sebagainya.
Anda boleh menukar cat kediaman dari gelap kepada terang, atau mungkin anda boleh tambah ruangan laman kebun (kalau rumah atas tanah) samada di depan atau belakang rumah anda dan kalau anda mendiami rumah jenis high rise, balkoni anda boleh menjadi ruang mini taman yang menyejukkan pandangan mata.
6. Kawasan kejiranan yang anda kurang selesa
Cadangan dan Solusi: Pindah
Statement ini merujuk kepada kawasan kejiranan baharu serta mempunyai projek lain baik pembinaan kilang atau universiti. Hari ini anda mungkin tenang tanpa gangguan kerana hanya anda serta jiran tetanggga lain yang sama gaya hidupnya dengan anda. Bayangkan apabila kesemua projek industri tersebut sudah siap, anda bakal mempunyai jiran yang gaya hidupnya jauh berbeza dengan anda. Pasti isu ketidakselesaan akan timbul.
Solusi terbaik adalah, pindah. Pindah dengan maksud, menyewakan kepada mereka yang akan tinggal lama di rumah serta kawasan kejiranan. Seperti contoh, jika kawasan anda mempunyai projek universiti serta kolej yang bakal siap dalam masa 3 tahun lagi, mungkin anda boleh sewakan pada masa hadapan dan bertahan sedikit sementara menunggu projek tersebut siap untuk didiami. Hari ini memang anda tenang, tetapi anda pasti tidak mahu tinggal di kawasan kejiranan yang penuh dengan pelajar universiti yang gaya hidupnya berlainan dengan kita yang sudah berumah tangga malahan mempunyai anak.
Kredit Gambar: Koleksi Foto Universiti Teknologi Mara
Sanggup Korbankan Satu Bilik Untuk Miliki Ruang Dapur Terbuka

Rela korbankan bilik, untuk dapatkan ruang dapur yang luas. Inilah cita-cita setiap wanita. Ruang dapur yang luas adalah satu kepuasan. Mengenali wanita jelita ini lebih dari 13 tahun yang lalu, membuatkan tidak pernah jemu mendengar inspirasi pereka hiasan dalaman ini. Memiliki sebuah syarikat ID iaitu VSQ Interiors memberi peluang untuk dirinya berkarya untuk kediaman pelanggan yang semestinya berpuas hati dengan hasil kerja beliau.
Shini Raman,45 tahun yang menetap lebih 9 tahun di salah sebuah Kondominium di Pantai Hill Park, Bangsar ini telah menawan hati sesiapa sahaja yang datang kekediamannya. ” Tiga kali dah I buat renovation dekat dalam rumah ni, last I buat masa second PKP baru-baru ni”, kata Shini.

Ruang dapur terbuka impian Shini kini menjadi realiti.
Open, Morden & Luxury konsep menjadi pilihan utama Shini dalam kediaman milik beliau dan suami. Baginya ia lebih sukakan konsep yang terbuka dan kurang pembahagi di dalam rumah. Ini kerana beliau selalu menjemput sahabat handai untuk datang ke rumah. Baginya keluasan dan kebebasan untuk menjemput tetamu yang lebih dari 15 orang ini memerlukan ruang yang luas dan selesa untuk rakan-rakan selesa dalam satu masa yang sama.
Asal kediaman ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Apa yang Shini lakukan untuk memiliki keluasan dapur yang luas dan selesa ini ialah dengan mengorbankan satu bilik tidur. Kini hanya dua bilik tidur sahaja yang dikekalkan bersama satu tandas yang dijadikan sebagai tandas untuk tetamu dan juga bilik tetamu.
Menariknya pelan lantai kediaman Shini apabila siap renovasi ini ialah ruang tamu dan dapur kering beliau serta ruang patio yang cukup luas dan selesa ini nampak seakan sekata dan selari dalam elemen dekorasi. Pemilihan set perabot yang minimal membuatkan setiap ruang mempunyai keselesaan yang tersendiri.
Sistem pengudaraan yang bebas dalam ruang kediaman ini membuatkan asyik dibuai deruan angin sepoi-sepoi bahasa tak kala berada di dalam ruang tamu, patio mahupun di kabinet pulau yang dibina oleh Shini ini.
Layari video Penuh Kediaman Shini di Youtube IMPIANATV:
ILHAM IMPIANA: Kediaman berkonsepkan warm minimalistic dan minimal luxury
Artikel Berikut: Pintu Rumah Ajaib Wujud? Terus Ke Alam Lain Ke? Baca Dan Lihat Gambar Dalam Artikel Ini