
Satu ketika dulu ramai yang menggunakan wallpaper di rumah. Tapi bila dah lama kita pun rasa bosan dan rasa nak tukar deko atau cat baru.
Masalahnya, nak tanggalkan wallpaper ini memang kerja remeh. Silap cara atau salah tarik dengan cat sekali tertanggal. Lagi sakit mata ada pula kesan gam tertinggal kat dinding.
Bagi korang yang nak tanggalkan wallpaper di rumah, tip dikongsi oleh penyampai radio Shah Gegar ini sangat membantu.
Katanya untuk tanggalkan wallpaper dengan mudah cuma guna semburan air dua bahan ini, wallpaper akan mudah ditarik tanpa tanggalkan cat.
Cara mudah tanggalkan wallpaper
Bahan yang diperlukan:
Botol penyembur
Softland
Scrapper plastik
Air panas dan air paip
Cara-caranya:
1. Tuang Softland dalam botol penyembur, tak perlu banyak kuantitinya.
2. Kemudian campur dengan air panas diikuti dengan air paip.
3. Tarik wallpaper yang sudah tertanggal.
4. Kemudian sembur air bancuhan tadi pada wallpaper yang tertinggal. Biarkan ia kembang seketika.
5. Bila wallpaper dah kembang cuma tarik ke bawah dan ia akan tanggal dengan mudah tanpa menanggalkan cat. Memang senang.
Boleh juga tonton video beliau di TikTok
@shah_gegar Mudah & Jimat.. cara Tanggalkan wallpaper di Rumah #fyp #foryoupage #malaysia #indonesia ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Selamat mencuba.
Sumber : Shah Gegar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Item Penting Untuk Pastikan Rumah Sentiasa Kemas Tapi Ramai Abaikan

Kelengkapan rumah semuanya sudah lengkap, tetapi hati kecil anda masih lagi berdetik mengatakan bahawa ‘ada lagi yang kurang ni’, oleh itu IMPIANA gariskan beberapa panduan serta senaraikan 5 item yang patut ada dalam rumah anda agar anda lebih selesa tetapi mungkin ianya terlepas pandang.
Lampu membaca
Jika kediaman anda mempunyai lampu limpah atau spotlight yang cantik, ianya sesuai untuk tetamu dan segala aktiviti sosial di ruang tamu, tetapi untuk membaca, anda perlukan lampu lain yang lebih sesuai untuk membuatkan pengalaman membaca anda lebih bermakna di ruangan lain.
Kerusi malas/ Buaian santai
Di Malaysia, selalu kita lihat kerusi malas atau buaian sebegini banyak diletakkan di ruang laman, patio atau di balkoni, tetapi tahukah anda kerusi sebegini kalau diposisikan dengan betul di ruang tamu, pasti memberi kejutan serta trend setter terkini di negara kita. Kalau ada pun kerusi sebegini, ianya adalah buaian bayi, jangan ingat bayi sahaja ingin dibuai, orang dewasa pun mahu dibuai. Ianya sesuai untuk menambahkan elemen santai ruang dalaman kediaman anda.
Sentuhan tumbuhan hijau
Sudah siap, tapi masih ada rasa kosong, alternatif lain adalah letakkan pokok bersiaz sederhana di penjuru ruang tamu. Percayalah rasa kosong anda tadi akan hilang kerana ada ‘benda’ hidup di ruang tamu anda. Terdapat pelbagai jenis indoor plant di pasaran, pilih satu yang berkenan!
Rak buku dan majalah
Elakkan buku yang bertimbun serta surat khabar bersepah daripada menyakitkan pandangan mata anda dengan mewujudkan rak buku serta tempat menyusun surat khabar. Tidak kisah rak anda mahal atau buruk, asalkan ianya membuatkan ruang tamu anda nampak tersusun serta teratur.
Troli makanan/minuman
Isu lauk tertumpah dan minuman jatuh dari pegangan sudah selesai jika anda menggunakan troli setingkat atau dua tingkat. Troli ini dapat memudahkan lagi kerja anda. Terdapat juga pelbagai jenis material sama ada kayu atau stainless steel, terpulang pada bajet anda. Selain mudah alih ia juga akan membuatkan ruang anda tampil lebi9h elegan..
IMPIANA sudah senaraikan beberapa item, yang mana tiada dalam rumah anda, boleh cuba penuhinya melalui rujukan artikel ini, Selamat mencuba!!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kerja Rumah Ini Tanggungjawab Siapa Sebenarnya? Isteri Atau Pun Suami?

Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tidak Rela Dipoligami, Para Isteri Boleh Menuntut Keadilan Hak Nafkah, Harta Sepencarian Di Mahkamah Tinggi Syariah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Care Label” Simbol Pada Pakaian Yang Anda WAJIB Tahu Kalau Tak Nak Baju Rosak

Bila kita membeli sebarang fabrik tak kira lah pakaian, karpet, langsir, alas meja dan sebagainya, pasti ada label yang terjulur keluar. Kebiasaanya, ramai ambil keputusan untuk buang label tersebut melainkan yang memaparkan brand. Betul tak? Tahu kah anda, sebenarnya label yang berlapis-lapis itu adalah cara atau teknik penjagaan fabrik tersebut. Ini bermakna, ia adalah penting.
Ramai tak ambil endah pun dengan “care label” tersebut. Sebab itu lah fabrik yang anda gunakan tidak tahan lama kerana teknik penjagaan terutama untuk cucian tidak mengikut cara penjagaan yang telah ditetapkan di label tersebut. Jadi, lepas ni kalau ada fabrik yang dibeli mempunyai care label tue TOLONG JANGAN BUANG.
Tapi, adakah anda faham maksud pada care label tersebut. Sebab kebiasaanya, hanya simbol sahaja yang tertera. Jadi, anda perlu simpan artikel ini sebagai rujukkan.
Simbol basuhan
kebiasaanya, simbol basuhan menentukan jenis basuhan dan suhu yang disrankan. untuk basuhan yeng mempuyai petunjuk suhu ia akan tertera dalam bentuk angka atau dot.
Untuk suhu yang menggunakan simbol dot seperti berikut: Satu Dot = 30 C
Dua Dots = 40 C
Tiga Dots = 50 C
Empat Dots = 60 C
Lima Dots = 70 C
Enam Dots = 95 C
permanent press: Ia membawa maksud fabrik tersebut telah di beri satu rawatan kima khas untuk mengekalkan bentuknya. Jadi, untuk fabrik yang mempunyai simbul ini, ia tak boleh di gosok atau iron. Terdapat juga gambungan simbol basuhan yang mempuyai petunjuk suhu dan satu garisan di bawahnya
Gentle care: Untuk cucian lembut ia mempunyai dua garisan di bawah simbol basuhan. Kebiasaanya di gunakan untuk fabrik jenis lembut seperti sutera, lycra atau fabrik yang mempunyai manik atau perincian lain
Hand wash: Bila tertera simbol basuhan dengan tangan, ia menunjukkan fabrik tersebut hanya boleh di basuh dengan cucian tangan sahaja. Untuk fabrik cucian tangan, hanya sabun yang jenis lebut sesuai digunakan.Jadi, pastikan label pada sabun yang di beli sesuai digunakan untuk cucian tanagan
do not wash: Terdapat juga sebahagian fabrik yang langsung tidak boleh di cuci. Kebiasaanya, fabrik yang mempunyai simbul ini hanya sesuai untuk cucian kering
Simbol peluntur
Sama ada fabrik anda boleh dibasuh dengan peluntur atau pun tidak, ia mempunyai simbol tiga segi. Jika segi tiga tersebut kosong di dalam ia menunjukkan fabrik tersebut boleh di basuh dengan peluntur apabila perlu
Bleaching with chlorine allowed: Simbol CL di dalam segi tiga pada care label fabrik menunjukkan pakaian tersebut sesuai untuk cucian yang mempunyai chlorine
Non-chlorine bleach only: Apabila simbol tiga segi tersebut mempunyai loretan di dalam, ini bermaksud cucian peluntur yang digunakan tidak mempunyai bahan chlorine.
Do not bleach: Fabrik yang mempunyai simbol tiga segi yang berwarna sepenuhnya dengan tanda pangkah ia tidak boleh di basuh dengan peluntur. Kebiasaany, fabrik jenis polyster dan di celup pewarna mempunyai simbol ini
Simbol atau kaedah pengeringan
Tubler dry: Untuk simbol keringan biasa, ia mempunyai tanda empat segi dan bulatan di dalamnya
Tumble dry temperature: Seperti simbol cucian, apabila simbol pengering mempunyai dot atau suhu, ia menunjukkan suhu maksimum yang boleh digunakan untuk mengeringkan fabrik tersebut. Jadi, pastika ketika mengeringkan pakai tersebut. setkan suhu pada mesin pengering
Do not tumbler dry: simbol pengering yang dipangkah menunjukkan fabrik tersebut hanya sesuai dikeringkan secara jemur sahaja. Tak boleh guna mesin pengering
Simbol dan cara menggosok
Kebiasaanya, simbol gosok disertakan dengan petunjuk suhu sama adala dalam bentuk dot atau nombor
Do not iron: Fabrik yang tidak boleh di gosok, tertera simbol iron bertanda pangkah
Simbol cucian kerinag (dry cleaning)
Dry clean: Untuk pakaian yang sesuai untuk cucian kering ia mempunyai bentuk bulat Do not dry clean: Jika bulatan tersebut ebrtanda pangkah, ini bermaksud pakaian tersebut tidak sesuai untuk dry clean
Dry clean only: Jika fabrik tersebut hanya sesuai untuk cucian kering sahaja, di dalam bulatan tersebut terdapat huruf “P”. Ini bermakna, fabrik tersebut tidak boleh dicuci dengan air langsung
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI