Kunjungan team LAMAN ke kediaman pemilik disambut mesra dan di sajikan dengan pemandangan sebuah landskap kecil dengan pelbagai elemen menarik yang cuba di ketengahkan oleh pemilik. Ruang sempit tidak membatas kan pemilik untuk mengilhamkan sebuah laman indah. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk memastikan reka bentuk laman idaman berjaya di aplikasikan dan ditonjolkan. Melalui pengamatan penulis, kebanyakan elemen hardscape yang digunakan untuk menghias  laman ini terdiri daripada barangan terpakai yang di ambil dari koleksi simpanan ibu pemilik dan ada juga yang di beli dari pengumpul barangan terpakai.

Menurut kata pemilik “Saya lebih gemar menggunakan konsep tanaman container. Kebanyakan container yang saya gunakan terdiri daripada besen metal terpakai dan kukus lama yang di jadikan sebagai bekas untuk tanaman, dan juga sebagai hiasan di dalam taman untuk menghidupkan lagi karakter laman rumah saya,” ungkap pemilik sambil tersenyum ramah.

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

IKLAN

Daun tingkap kayu yang di jadikan sebagai hiasan dan dihiasi dengan tong metal dan kaki mesin jahit di satu sudut memberi ekspresi rustik terhadap penyusunannya. Manakala rak pada asalnya direka bentuk untuk kegunaan dapur, kini di jadikan sebagai struktur untuk pokok menjalar. Ia dapat mengelak tumbuhan tersebut berlingkar di atas pagar dan menghalang pokok tersebut daripada menjalar masuk ke dalam laman rumah unit bersebelahan. Sudah menjadi kebiasaan untuk konsep english country, basikal tua di jadikan sebagai salah satu focal point dan antara elemen yang sering ditonjolkan. Begitu juga dengan reka bentuk laman ini, basikal tua dan kereta sorong yang diberi oleh jiran tetangga diberi kemasan cat sepenuhnya dijadikan dekorasi pameran yang dapat mewujudkan lagi nilai sentimental terhadap laman ini.

Di samping itu juga terdapat pelbagai jenis papan tanda buatan sendiri untuk memenuhi karakter country pada sesebuah ruang serta dapat menyampaikan informasi tertentu.  Pemilik juga gemar mengumpul pelbagai reka bentuk  dan saiz bird house untuk di jadikan sebagai salah satu elemen hiasan. Uniknya tentang taman ini, pemilik tidak lupa membina laluan yang diperbuat daripada batu bata di sepanjang laman berumput  bagi memelihara kehijauan rumput daripada dipijak. Bagi mewujudkan sebuah laman yang penuh dengan pelbagai karakter, pemilik turut meletakkan pelbagai jenis ornamen berbentuk ayam dan katak untuk menyerikan lagi suasana country. Terdapat juga ornamen dibuat sendiri oleh pemilik pada waktu lapang seperti lady bug dengan menggunakan pebbles.
Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

IKLAN

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Pemilihan tanaman yang betul  adalah sesuatu yang penting untuk mendapat sebuah reka bentuk laman mengikut konsep yang cuba di ketengahkan. Untuk laman yang bertemakan vintage country garden, pemilik menekankan penggunaan tumbuhan renek dan menjalar berbunga pelbagai warna seperti Petunia spp., Ipomoea tricolor, Catharanthus spp dan sebagainya . Tiada sebarang pokok yang ditanam di laman ini kerana ruangan terhad. Cukup sekadar pohon mempelam yang tumbuh merendang di luar  rumah untuk memberikan teduhan yang diperlukan untuk laman kecil ini.

Bila ditanya mengenai amalan penjagaan yang dilakukan, pemilik dengan mudah berkongsi tip untuk penjagaan laman. “ Kebiasaannya untuk penyiraman dan sebarang tujuan penjagaan asas akan dilakukan seawal 8.00 pagi kerana pada ketika itu, bunga-bunga masih belum berkembang. Bagi tujuan penyiraman pada waktu petang pula, saya akan lakukannya pada pukul 6.00 petang kerana pada ketika itu mentari sudah tidak terik. Ini dapat mengelak dari masalah batang pokok dari melecur,” Ulas pemilik berkongsi kaedah penyiraman yang betul kepada penulis.

IKLAN

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Sebelum ini pemilik menggunakan teknik tradisional dalam menata taman hasil pengamatan pemilik terhadap cara penjagaan pokok yang diamalkan oleh ibunya. Ibunya kerap menggunakan tinja ayam dalam membekalkan baja kepada semua tanaman dan secara tidak langsung cara ini diamalkan oleh pemilik sekarang. Namun selepas perkongsian sesama rakan di dalam laman sosial, pelbagai keburukan penggunaannya dikenal pasti menyebabkan pemilik bertukar kepada penggunaan baja kopi. Pembajaan dilakukan bergantung pada jenis tumbuhan. Ada antaranya setiap satu minggu dan ada juga setiap dua minggu. Manakala untuk tambuhan yang sedang berbunga, penggunaan baja perlu dielakkan pada tempoh tersebut. Terang pemilik panjang lebar berkongsi ilmu sebelum kali mengakhiri pertemuan pada hari itu.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI