Diklasifikasikan sebagai pokok penutup bumi, Arachis pintoi atau nama tempatannya dikenali sebagai Pintoi peanut (Australia), Kacang pintoi (Indonesia) dan Thua lisong tao (Thailand). Ia tergolong dalam famili Fabaceae dan berasal dari Amerika Selatan, ia merupakan tumbuhan asli hutan di benua tersebut. Arachis pintoi merupakan spesies malar hijau mirip kacang tanah (Arachis hypogea). Ia tumbuh menjalar di permukaan tanah sehingga 50 cm tinggi, membentuk anyaman yang kukuh. Akar dan sulurnya akan tumbuh dari buku batang (nodes) apabila ada sentuhan langsung dengan tanah. Daunnya dikategorikan sebagai tetrafolioate, berbentuk oval dengan ukuran lebih kurang 1.5 cm lebar dan 3 cm panjang. Ia mengeluarkan bunga sepanjang hayat, dengan 40–65 kuntum bagi setiap meter persegi. Bunganya berwarna kuning dan mengeluarkan satu atau dua biji benih di bawah permukaan tanah. Saiz biji benihnya adalah berbeza dengan setiap satunya.

 

Tumbuhan ini mempunyai akar yang kuat. Kaedah pembiakannya adalah di bawah tanah walaupun di permukaan tanah berlakunya kegiatan meragut rumput secara intensif. Ia akan mengeluarkan pucuk-pucuk baru dan biasanya keluar jauh dari tempat asal. Biji benih dikeluarkan dalam tanah dan terpisah dengan rumpun induk setelah matang. Ia memerlukan pemangkasan secara kerap untuk menggalakkan pembesarannya dan untuk mencegah serangan daripada serangga perosak seperti tikus. Ini adalah kerana pemangsa gemar memakan kacangnya. Selalunya biji benih dihasilkan sepanjang musim dengan syarat kadar kelembapannya mencukupi.

Tanaman Penutup Bumi Buat Pemilik Laman Yang Tak Minat Rumput

Arachis pintoi tumbuh dan berkembang dengan baik pada kawasan beriklim sub tropika dan tropika, yang menerima hujan tahunan sebanyak 1,300 mm. Kadar pertumbuhannya menggalakkan apabila berada di bawah teduhan berbanding di bawah sinar matahari. Ia sesuai di kawasan tanah dengan tekstur liat dan berpasir, namun tumbuh lebih sesuai pada tanah lempung berpasir (sandy loam) yang elok pengairannya dan mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ia juga dapat beradaptasi dengan baik pada kondisi kesuburan tanah rendah dengan pH sedikit berasid atau neutral.

IKLAN

 

Tanaman ini tidak dapat hidup di kawasan yang terdedah kepada air bertakung untuk jangka masa yang lama dan struktur tanah liat yang lemah. Di kawasan yang kurang air atau sering banjir, pertumbuhannya terbantut dan daun akan menjadi kuning. Namun, ia mempunyai daya toleransi kepada kandungan aluminium yang tinggi (melebihi 70 peratus). Ia juga mampu bertahan dalam musim kemarau selama tiga hingga empat bulan.

IKLAN

Tanaman Penutup Bumi Buat Pemilik Laman Yang Tak Minat Rumput

Banyak kegunaan dan sumbangan Archis pintoi dalam masyarakat hari ini yang ada kalanya tidak diketahui manfaatnya kerana kurang informasi yang disebarkan. Di antara manfaatnya adalah seperti berikut:

IKLAN

 

  • Menahan hakisan tanah: Sebagai penutup bumi, Arachis pintoi berpotensi besar untuk mencegah hanyutnya tanah, kerana susunan/anyaman batang dan sistem akarnya dapat melindungi dan mencengkam tanah dari larian air hujan atau angin. Manakala daunnya pula dapat mengurangi impak titisan hujan sewaktu jatuh ke tanah.
  • Sumber nitrogen untuk tanaman: Ia mempunyai kemampuan menyerap nitrogen dari udara melalui kaedah penambatan nitrogen secara biologi dan mengubahnya ke bentuk yang dapat digunakan oleh tanaman lain. Tumbuhan in mampu meningkatkan konsentrasi karbon dan nitrogen di dalam tanah. Justeru, kacang pintoi dapat mengembalikan kesuburan tanah
  • Mencegah pertumbuhan gulma: Di kawasan tropika, Arachis pintoi telah teruji kemampuannya dalam bersaing dengan gulma (rumpai) kepada tanaman kopi, coklat, pisang, ubi kayu, dan nenas. Tumbuhan ini berkesan mencegah tumbuhnya gulma setelah tiga atau empat bulan ditanam. Keberkesanannya didapati menyamai dengan Desmodium ovalifolium (sejenis tumbuhan penutup bumi) dalam mencegah tumbuhnya kembali gulma, bahkan lebih efektif dari penggunaan racun pemusnah.
  • Makanan ternak: Arachis pintoi merupakan sumber makanan yang sesuai utnuk lembu, biri-biri dan kuda. Kerana kandungan proteinnya yang tinggi iaitu di antara 17% hingg 20%, menyebabkan ianya sesuai dijadikan makanan kepada binatang ternakan tersebut. Daunnya mengandung kadar protein yang tinggi dan baik untuk pencernaan. Pengenalan tanaman ini pada padang ternak secara komersil mahupun tradisional, umumnya dapat meningkatkan produktiviti haiwan ternakan, dan sudah pasti dapat menambahkan hasil kepada para penternak.

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI