
Macam-macam kaedah dan cara tanam taugeh. Guna tapis, pengukus, tong dan pelbagai lagi. Hari ni, IMPIANA nak kongsikan cara tanam taugeh dari facebook Biji Benih Sayuran Bunga herba dan Baja yang lebih mudah untuk diuruskan dengan menggunakan botol plastik terpakai dan kotak.
1. Rendam kacang hijau 4 jam (air suam)
2. Tapis
3. Masukkan kacang hijau dalam botol
4. Spray kacang hijau dengan air rata rata
5. Letak botol berisi kacang hijau dalam kotak ( gelap)
6. Spray 2x sehari (melalui lubang yg telah ditebuk)
7. Boleh guna selepas 3-4 hari
16387031_256991528071886_31388036548404287_n
(VIDEO) Tak Sampai 2 Tahun Pokok Durian Berbuah, Ini Cara Cantuman Yang Perlu Dilakukan

Akhir-akhir ini harga durian melambung tinggi. Ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi namun penghasilannya masih rendah. Permintaan yang secara tiba-tiba menjadi tinggi ini disebabkan oleh durian mula dieksport ke luar negara.
Sedar akan kehendak dan keperluan ini, ramai yang mengambil keputusan untuk menanam sendiri durian. Tapi kalau tanam durian dari anaknya, lambat pula untuk mendapat hasil. Bagi anda yang telah mempunyai dusun durian atau ada yang saja suka-suka ingin menanam durian, anda digalakkan untuk melakukan cantuman dewasa atau kahwin pokok dewasa.
Apa faedah cantuman dewasa?
1. Memulihkan pokok dewasa yang tidak produktif
2. Menghasilkan varieti yang lebih berkualiti dan mendapat permintaan
3. Hasil boleh di tuai dalam tempoh 2-3 tahun berbanding dari anak pokok yang memerlukan tempoh matang sahaja 5 tahun.
4. Tidak memerlukan penanaman semula
5. Kos minimum dan jimat
Nak tahu macam mana cara untuk buat cantuman dewasa pokok durian, boleh tengok video yang di sediakan
Kondominium Dekorasi Ala Rumah Kampung, Konsep Rumah Persinggahan & Homestay

Kondominium konsep dekorasi ala rumah kampung. Tak kiralah rumah anda memang terletak di kampung atau berada di dalam bandar sekalipun, anda boleh menggunakan konsep ala kampung ini.
Kediaman yang dimiliki oleh Azmir Bakor ini dijadikan rumah persinggahan oleh pemilik kediaman. Bagaimanapun rumah ini dijadikan sebagai homestay jika pemilik kediaman tidak datang ke rumah tersebut.
Hiasan dalaman rumah ini berkonsepkan rumah ala kampung. Selain menggunakan dinding dan lantai kayu, warna deko rumah pun memang berunsurkan warna coklat. Kebiasaannya hiasan ruang tamu rumah kampung banyak menggunakan perabot kayu selain perabot kayu jati. Boleh juga gabungkan barangan lama dan baru agar hiasan ala kampung menjadi lebih menarik dan menawan.
Jom kita ‘cuci mata’ tengok dekorasi kondominium milik Azmir Bakor ini.
Sumber: Azmir Bakor
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Basmi Bakteria Yang Terdapat Pada Tilam, Setahun Sekali Lakukan Cucian Mudah Tanpa Guna Sabun Dan Air Ni

1/3 dari kehidupan anda dihabiskan di atas tilam. Tapi ingat tak bila kah kali terakhir anda cuci tilam? TAK PERNAH!!! memang tilam tu dah jadi sebuah bandar habitat untuk bakteria, kulat, tungau dan macam-macma lagi yang mampu mengancam kesihatan.
Tahu kah anda, paling tidak tilam anda perlu dicuci 2 kali setahun. Maksud cuci di sini bukanlah menggunakan air dan sabun. Selain rujuk cara penjagaan tilam yang terdapat pada label yang dilekatkan, ada teknik paling mudah dan lebih berkesan yang boleh anda lakukan.
1. Cuci sarung tilam dan bantal anda setiap minggu dengan menggunakan air panas. Kalau mesin anda tak ada program tersebut, boleh cuci di kedai dobi layan sendiri. Selesai mencuci, keringkan di bawah terik matahari. Kalau cucian dapat matahari terik, ia mampu memusnahkan parasit atau bakteria yang masih terperangkap secara total. Atau boleh guna terus mesin pengering
2. Sementara mencuci, vakum keseluruhan permukaan tilam dengan menggunakan sambungan uphostery atau turbobrush. Ulang 2-3 kali proses vakum bagi anda yang pertama kali mencuci tilam. Lagi lama, lagi bagus.
3. Selesai vakum, Perhatikan jika ada sebarang kekotoran yang terdapat pada permukaan tilam. Untuk mencuci kotoran yang terdapat pada tilam, boleh [klik sini]
4. Untuk menyah bau yang tidak enak ditilam anda, taburkan baking soda di seluruh permukaan tilam. Tak perlu tebal-tebal. Untuk lebih mudah, gunakan botol garam atau ayak tepung untuk taburkan baking soda di atas tilam. Biarkan beberapa jam. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, biarkan baking soda tadi 24 jam.
5. Langkah terakhir adalah vakum lagi sekali keseluruhan tilam dengan menggunakan sambungan turbobrush atau upholstery. Kini boleh lah pasang semula cadar tilam anda.