
Tanam kesum guna kaedah tapis, jimat ruang, bebas jentik-jentik. Kalau anda peminat pokok kesum tapi ruang terhad, kaedah ini memang sesuai. Selain mudah dijaga, cara ini juga sangat praktikal dan kreatif.
Tanam Kesum Guna Kaedah Tapis, Jimat Ruang, Bebas Jentik-Jentik!
Siapa sangka, dengan hanya guna tapis, baldi dan ikan laga, pokok kesum boleh hidup subur walaupun ditanam dalam bekas kecil! Kaedah ini dipanggil ‘kaedah tapis’ iaitu sejenis teknik penanaman menggunakan tapis yang diletakkan di atas bekas berisi air dan baja.
Air hanya sampai ke dasar tapis, tidak menenggelamkan tanah. Pokok kesum pula disemai dalam tanah berpasir yang diletakkan di dalam tapis. Hasilnya? Akar akan menjulur ke bawah untuk mencari air dan nutrien, menjadikan pokok lebih kuat dan tahan lama.
Lebih menarik, anda juga boleh pelihara ikan laga dalam bekas air tersebut. Selain mencantikkan ruang, ikan laga membantu mengawal populasi jentik-jentik, jadi anda tak perlu risau kalau air bertakung lama. Ikan juga menyumbang sedikit nutrien tambahan dari najisnya, memberi manfaat pada pokok.
Untuk mula tanam kesum guna kaedah ini, berikut langkah ringkasnya:
1. Cari tapis plastik yang muat dengan baldi atau bekas pilihan anda.
2. Isi bekas bawah dengan air bercampur baja. Pastikan paras air hanya sampai ke dasar tapis.
3. Dalam tapis, masukkan tanah campuran berpasir supaya tak terlalu padat.
4. Semai anak benih kesum seperti biasa.
5. Letakkan di tempat yang dapat cahaya matahari sederhana.
6. Tambah air dan baja secara berkala bila perlu.
Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk kesum, tapi boleh juga dicuba untuk herba lain seperti pudina, daun sup atau daun bawang. Ia menjimatkan ruang, mudah dialih, dan tak memerlukan tanah luas.
Bagi yang baru nak cuba tanam kesum sendiri, inilah masanya untuk guna cara mudah tapi berkesan. Tak perlu laman besar pun, cukup dengan tapis dan baldi, kesum tetap hidup subur!
Sumber: Kebun Tepi Rumah
Baca artikel lain juga: Ramai Salah Tanam Kantan, Sebab Itu Pokok Tak Berbunga Langsung
Cara Mudah Tanam Daun Selom, Tak Perlu Pun Modal Besar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI