Tanah subur, pokok pun lebat, rahsia MOL tempe busuk. Ramai antara kita memberi tumpuan penuh terhadap penjagaan pokok dari membuang daun rosak akibat serangan serangga hinggalah membaja demi memastikan pokok berbunga dan berbuah. Namun, satu perkara asas yang sering terlepas pandang ialah kesuburan tanah itu sendiri.
Tanah Subur, Pokok Pun Lebat, Rahsia MOL Tempe Busuk
Tanah yang subur merupakan asas kepada pertumbuhan tanaman yang sihat. Ia menjadi sumber utama pembekalan nutrien kepada pokok melalui sistem akarnya. Jika tanah tidak cukup subur, segala usaha penjagaan lain mungkin sia-sia.
Berikut dikongsikan cara mudah menyediakan Mikro Organisma Lokal (MOL) menggunakan tempe rosak sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki struktur tanah dan menambah kesuburannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 keping tempe yang telah rosak (berbau atau berubah warna)
5 sudu makan gula merah
1 liter air tanpa klorin
1 botol plastik kosong bersaiz 1.5 liter
Langkah penyediaan MOL:
Kisar tempe rosak hingga lumat menggunakan pengisar.
2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas bersama gula merah dan air.
Ads
3. Kacau hingga semua bahan larut dan sebati.
4. Tuangkan campuran tersebut ke dalam botol plastik dan biarkan tanpa menutup penutup botol rapat.
5. Simpan di tempat yang teduh dan biarkan ia diperam selama 7 hari.
Tip tambahan:
Ketika proses penapaian berlangsung (sekitar hari ke-4 hingga ke-5), MOL akan mengeluarkan bau masam-manis yang agak kuat. Oleh itu, adalah lebih baik jika ia diperam di luar rumah.
Ads
Cara penggunaan:
Campurkan 5 ml MOL tempe ini dengan 1 liter air tanpa klorin. Siramkan campuran ini terus ke atas permukaan tanah untuk membantu meningkatkan kesuburannya.
Dengan kaedah ini, anda bukan sahaja mengelakkan pembaziran makanan, malah turut menyuburkan tanah secara semula jadi. Tanah subur, pokok pun pasti lebih sihat dan produktif!
NOTA:
Mikroorganisme Lokal (MOL) adalah kumpulan mikroorganisme yang bermanfaat yang dapat digunakan sebagai starter dalam penguraian bahan organik, fermentasi, dan pembuatan pupuk organik. MOL dapat dibuat dari berbagai bahan alami seperti buah-buahan, nasi basi, atau sisa makanan lainnya. MOL bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan tanah, membantu pengomposan, dan bahkan dapat digunakan sebagai pestisida nabati.
Ads
Pengertian MOL:
MOL adalah singkatan dari Mikro Organisme Lokal. Ini adalah kumpulan mikroorganisme yang hidup di lingkungan sekitar dan dapat dimanfaatkan untuk berbagai keperluan, terutama dalam bidang pertanian organik.
Ramai yang beranggapan lebih mudah dan murah beli saja sayur di pasar atau supermarket. Betul juga, seikat sayur baru RM1. Tapi bila difikir semula, kalau setiap hari beli sayur—RM1 x 30 hari, dah jadi RM30 sebulan. Itu belum masuk lagi duit minyak nak keluar beli barang atau bawa anak berjalan.
Namun, bagi mereka yang pernah menanam sendiri, aktiviti berkebun ini bukan semata-mata untuk jimat duit semata. Kepuasan sebenar ialah apabila benih kecil yang kita semai mula tumbuh subur, dan akhirnya dapat dituai hasilnya sendiri. Rasa seronok itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula, sayur yang kita tanam sendiri lebih diyakini kebersihannya. Kita tahu apa baja digunakan, tiada bahan kimia atau racun berbahaya—lebih selamat untuk keluarga.
Kaedah Mudah Tanam Sayur Hidroponik Takung
Menariknya, penulis kaedah ini menggunakan sistem sayur hidroponik takung yang sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah bertingkat atau ruang terhad. Tak perlu pasang paip panjang-panjang, tak perlu pam air pun. Cukup sekadar menyediakan takung berisi air baja dan tempat yang mendapat cahaya matahari.
Cara Tanam Sayur Hidroponik Takung
Sediakan takung dan larutan baja hidroponik.
Letakkan anak pokok di atas takung menggunakan penebat seperti span atau bekas semaian khas.
Biarkan di kawasan yang menerima cahaya matahari secukupnya.
Seminggu sekali, periksa kepekatan baja dan paras air, kemudian tambah jika perlu.
Hasil Tanaman Hidroponik Takung
Dengan kaedah ini, tanaman seperti bayam dan kucai boleh mula dituai selepas sebulan. Malah, dalam masa tiga minggu pun sudah boleh dijadikan sayur tumis untuk hidangan seharian. Kaedah tanam sayur hidroponik takung ini membolehkan anda menikmati hasil segar tanpa perlu bergantung kepada tanah yang luas.
Kelebihan Kaedah Hidroponik Takung
Ringkas, jimat masa dan tenaga — sesuai sangat untuk mereka yang nak mula bercucuk tanam tanpa perlu tanah luas. Selain jimat belanja dapur, dapat juga terapi minda dan kepuasan melihat tanaman subur depan mata. Sayur yang dihasilkan dengan teknik hidroponik takung ini juga lebih bersih dan selamat dimakan kerana bebas racun kimia.
Jika anda baru nak mula, cuba tanam sayur seperti bayam, kangkung, sawi atau kucai menggunakan sistem ini. Anda pasti teruja melihat hasilnya dalam masa singkat dan yakin untuk teruskan hobi berkebun sendiri di rumah.
Tomato antara tanaman yang sering digunakan dalam masakan harian di dapur. Namun tak mudah untuk tomato dapat hidup subur dah mengeluarkan buah yang banyak. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian jika ingin menanam pokok ini laman rumah.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Mysarah Mk ini sebagai panduan.
Nak kongsi pengalaman saya tanam tomato
1. Sokongan Batang
Pokok tomato perlukan sokongan sebab batang dia lembut (contoh : ikat pada kayu pancang/pagar).
2. Teduhan:
Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas **(ini paling penting, saya tanam kali kedua tak berapa menjadi, sebab tak ada teduhan dah, pokok besar tu dah kena tebang.
3. Pendebungaan :
Perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.
4. Siraman & Baja
Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato ni cepat layu kalu panas dan jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam & ezigrow.
5. Racun Serangga
Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu.
6. Penjagaaan
Buah perlu balut kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.
Daun yang kering/rosak perlu buang, tinggalkan daun yang elok sahaja.
Ini pokok yang saya pernah tanam, bertahan hampir 9 bulan usia pokok-pokok ini & berbuah a100 biji. Cuma jangan gunakan tali rafia untuk ikat pokok macam saya sebab lama-lama tali tu reput kena ganti tali lain.
~ Saya dah tak tanam tomato sekarang, sebab dah tak sempat belek pokok-pokok yang cerewet seperti ni. Sekarang ni tanam pokok yang senang bela je seperti pokok bendi.
Rupa-rupanya, nak tanam kacang tanak tak adalah susah dan renyeh pun. Ia tak sama dengan tanaman lain yang mudah diserang serangga perosak. Cuma, tanam, siram dan tinggalkan. Bila sampai tempoh matang, bolehlah kutip kacang tanah yang ditanam itu.
Inilah yang dkongsikan oleh Liyana Mohd Poad tentang cara nak tanam kacang tanah yang paling mudah. Dalam tempoh 3 bulan sudah boleh tuai hasilnya.
CARA TANAM KACANG TANAH.
Saya beli kacang tanah di kedai runcit dengan harga RM3. Ambil ¼ daripada paket itu.
Rendam kacang tanah dengan air paip selama 3 hari 3 malam. Hanya paras-paras kacang sahaja.
Jangan terlalu banyak air dan sentiasa tukar air kerana air akan diserap. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah dan boleh terus tanam dalam polibeg atau pasu.
Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros + 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.
Jagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja.
Selepas dua bulan lebih hingga 3 bulan, boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Kalau nak dapatkan banyak isi kenalah tunggu 4 bulan baru tuai.
Paling best tanaman ini tak perlu risau dengan segala macam penyakit pokok macam cili atau sayur berdaun lain. Tanam, siram dan tinggal saja.
1. Kebanyakan tanaman saya guna tanah ini.Tanah ini sangat poros. Boleh beli di nursery atau trusted seller atau Shopee.
2. Kacang tanah. Ambik 1/4 shj. Lebih boleh simpan untuk anak cucu.
3. Rendam selama 3 hari 3 malam. Air tukar selalu. Kalau tidak nanti jadi busuk dan berlendir.
4. Selepas 3 malam, kacang tanah dah pun bertunas. Biar kering dulu baru tanam. Tanam dalam pasu atau polibeg. Jangan tanam dalam sangat. Anggaran 2 cm dah cukup.
IMPIANA : Mudah je rupanya nak tanam kacang tanah sendiri di rumah. Tak perlu penjagaan rapi pun, hanya perlu siram saja dan tuai hasilnya selepas 3 bulan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!