Tak Tahan Bunyi Bising Trafik, Pemilik Rumah Paling Keras Kepala Di China Akhirnya Pindah

Tak tahan bunyi bising trafik, pemilik rumah apling keras kepala di China akhirnya pindah. Kediaman yang pernah digelar sebagai Eye of Jinxi di China kini ditinggalkan pemiliknya selepas penghuni tidak lagi mampu menahan bising kenderaan yang lalu tanpa henti siang dan malam.

Tak Tahan Bunyi Bising Trafik, Pemilik Rumah Paling Keras Kepala Di China Akhirnya Pindah

Rumah unik itu mula mencuri perhatian media pada April lalu apabila sebuah lebuh raya dibangunkan mengelilingi hartanah berkenaan.

Huang Ping, pemilik rumah tersebut, pada awalnya menolak tawaran pembelian daripada kerajaan wilayah meskipun jiran-jiran lain di kawasan itu sudah berpindah. Difahamkan, beliau pernah ditawarkan pampasan besar sekitar 1.6 juta yuan (lebih RM1.04 juta), namun enggan menjual kediaman terbabit.

Keengganan itu akhirnya mengundang kesan apabila pihak berkuasa tetap meneruskan projek jalan raya hingga kediamannya terpencil di tengah-tengah lebuh raya. Dari pandangan udara, rumah itu kelihatan seakan mata di tengah laluan sibuk berkenaan.

Sejak trafik mula dibuka pada April lalu, bunyi bising tanpa henti serta ketiadaan pelindung bunyi menjadikan rumah tersebut hampir mustahil untuk didiami.

Tak Tahan Bunyi Bising Trafik, Pemilik Rumah Paling Keras Kepala Di China Akhirnya Pindah
Pemilik rumah terkenal di China digelar Eye of Jinxi, akhirnya meninggalkan kediamannya selepas tidak tahan dengan bunyi trafik berterusan di lebuh raya yang dibina mengelilingi rumah tersebut. Foto Agensi

Huang dan keluarganya cuba bertahan beberapa ketika, tetapi deruman lori besar di depan pintu rumah serta tekanan akibat gangguan berterusan akhirnya memaksa mereka berpindah. Tarikh sebenar mereka meninggalkan rumah tidak jelas, namun jiran-jiran mula menyedarinya apabila tingkap kediaman pecah dan rumput liar tumbuh sekitar kawasan itu bulan lalu.

Ads

Apabila ditanya media tempatan, Huang mengesahkan mereka berpindah kerana tidak tahan dengan kebisingan trafik dan rasa tidak selamat. Buat masa ini, keluarganya memilih untuk menyewa di sebuah bandar berhampiran, sementara status rumah lama masih belum diputuskan.

“Anda mesti kuat hati untuk menghadapi ejekan penduduk kampung,” sindir seorang pengguna Weibo mengenai tindakan Huang.

“Sejujurnya, di kawasan pergunungan yang sunyi ini, jika kerajaan tidak membina jalan untuk meningkatkan kehidupan rakyat, berapa banyak anda boleh jual rumah ini? Adakah sesiapa mahu beli?” tulis seorang lagi pengguna.

Ads

Di sebalik kontroversi tersebut, masyarakat tempatan pernah menggelar Huang sebagai ‘pemilik rumah paling keras kepala di China’. Rumah itu juga pernah menjadi tumpuan pelancong yang ingin merakam gambar kerana keunikan kedudukannya di tengah lebuh raya.

Sumber: Sinar Harian

Ads

Baca artikel lain juga: Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah Bocor Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting

Pilih Meja Makan Untuk Rumah Berkeluasan Sempit, Jangan Sampai Banyak Ruang

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads