Sengkuang atau jicama adalah nama tanaman di mana akarnya membesar sebagai isi yang dimakan, isinya berwarna putih serta jenis pokok menjalar.

Ia mempunyai daun separa bulat berwarna hijau dan mempunyai buah memanjang. Kebiasaannya pokok sengkuang dibiakkan melalui biji benih. Nama saintifik bagi sengkuang ialah pachyrhizus erosus yang berasal dari negara China.

Untuk menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan banyak, ia perlu di tanam di atas batas. Namun, sengkuang juga boleh ditanam di dalam pasu melalui langkah-langkah berikut

Bahan-bahan:

  • Lima hingga sepuluh biji sengkuang, lebih pun tidak mengapa.
  • Lima hingga sepuluh buah pasu 18 inci atau apa-apa bekas bersaiz besar.
  • Campuran media atau topsoil. Anda juga boleh menggunakan jenis tanah yang lain asalkan jangan tanah yang mengandungi kandungan tanah liat yang tinggi atau clay soil.
  • Air untuk menyiram.

Cara-cara: 

1. Pilih benih sengkuang yang sihat untuk disemai. Sebelum ditanam benih sengkuang direndam terlebih dahulu ke dalam air semalaman.

IKLAN

2. Sediakan media tanaman ke dalam pasu hingga penuh.

3. Buat lubang sedalam kira-kira satu inci setengah.

4. Masukkan sebiji sengkuang yang telah direndam semalaman ke dalam lubang. Satu pasu untuk satu benih sengkuang. Ini bertujuan agar tidak ada persaingan dan akar sengkuang bebas bergerak.

IKLAN

5. Timbus lubang dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.

6. Letak pasu di bawah naungan dan jangan lupa menyiram dengan air secukupnya agar tanah sentiasa lembap. Benih sengkuang mulai bercambah setelah 5 hingga 14 hari disemai. Ia mengikut kadar kelembapan tanah. Namun jika tanah terlalu basah pula benih sengkuang akan berkulat dan mati.

7. Jaga anak pokok sengkuang seperti menjaga sayuran lain.

IKLAN

Bila kah waktu sesuai untuk di tuai?

kebiasaannya, sengkuang akan berisi dalam tempoh 6 bulan. Pun begitu ada beberapa faktor lain yang perlu diperhatikan.Bukan saiz pokok menjadi ukuran kepada isi ubi sengkuang. Apa yang perlu diperhatikan adalah berapa besar dasar urat kayu pokok yang bercantum dengan ubi di bawah itu. Kalau pokok nya asyik nak berbunga, kebarangkalian pokok sengkuang tersebut tak fokus membesarkan ubi tapi banyak menggunakan tenaga nya untuk menghasilkan bunga dan kacang sahaja.

Kalau kacangnya boleh makan tak apa, tapi beracun so please do not eat the beans. Jadi kalau pokoknya mengeluarkan pucuk bunga pangkas sahaja bahagian tersebut. Kalau nak simpan benih satu pokok sahaja dah memadai. Jangan pandang rendah pokok sengkuang yang nampak sahaja kecil tapi ianya sebenarnya menghasilkan ubi yang besar berbanding dengan yang menjalar tinggi dan berbunga lebat.

Sumber:tanomkinotuan.blogspot.com / kebunbahagiabersama.blogspot.my

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI