Bagi sesetengah orang, aktiviti mendekorasi kediaman merupakan sejenis terapi yang boleh memberi ketenangan dan kepuasan. Hanya dengan melihat kediaman yang dihias cantik, kemas dan teratur mampu membuatkan mereka tersenyum gembira.
Itulah yang diluahkan oleh pemilik kediaman dari Seri Kembangan ini. Puan Noor Hafiza bersama suaminya telah 7 tahun menetap di kediamannya yang berukuran kurang dari 600 kaki persegi ini.
Katanya, cabaran hobi mendeko ini adalah menentukan model yang sesuai. Kerana bagi mendapatkan hasil yang diingini, mungkin pemilik akan rambang mata dan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari kemampuan.
“Kami tidak mahu berbelanja keterlaluan dan membazir kerana kami hanya menyewa. Lagipun saya menganggap ia sebagai satu proses belajar dan try and error selain dapat menjimatkan lagi kos”
Ads
Menurut pemilik lagi, kediaman yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur ini tidak mempunyai satu konsep yang khusus. Beliau hanya menggabungkan unsur kediaman melayu moden dengan gaya mid century dan bohemian. Ternyata, idea ini membuahkan hasil kerana setiap ruang kediaman tambil menarik dan selesa.
Ketika ditanya tentang ruang kegemarannya, Puan Noor Hafiza dengan yakin menjawab ruang tamunya. Ini kerana di ruang inilah beliau dan suami paling banyak menghabiskan masa bersama, menonton tv dan bersantai. Dan oleh sebab itu jugalah, ruang ini dihiasi dengan bantal kusyen yang banyak agar lebih selesa untuk berehat.
Ads
Dengan anggaran kos lebih kurang RM 4800, ruang tamu dan ruang makan kediaman ini ditatarias sendiri oleh pemilik dengan inspirasi dari pengalaman menginap di resort dan hotel yang menepati citarasanya. Palitan rona “earth tone” yang mendamaikan menaikan lagi seri setiap ruang.
Perabot yang diperbuat daripada kayu merupakan elemen yang membuatkan ruang tampak lebih evergreen ataupun tidak lapuk dek zaman. Ia sentiasa mempunyai tempat dihati pengguna. Namun, semakin lama digunakan, tentulah semakin pudar dan hambar keadaan perabot kayu tersebut. Jadi, terdapat beberapa cara untuk anda kekalkan kecantikan perabot kayu. Antaranya ialah dengan mengecat semula perabot itu.
Tetapi malangnya, tidak semua perabot kayu yang dicat akan nampak cantik. Jika salah teknik mengecat, keadaan perabot kayu anda mungkin akan tebih teruk dari sebelumnya. Ini merupakan langkah-langkah yang betul mengecat kayu untuk anda ikuti. Selamat mendeko!
Pemilihan jenis cat haruslah bersesuaian untuk kayu. Cat jenis ini kebanyakan tidak mengeluarkan bau seperti cat yang lain. Bahan asasnya iaitu air memudahkan anda untuk tidak menggunakan terpeting.
Sebelum proses mengecat, anda harus gosok dahulu permukaan kayu perabot dengan kertas pasir halus supaya tiada sebarang kotoran. Permukaan kayu yang bebas daripada kotoran memudahkan proses mengecat dan lapisan cat dapat melekat dengan baik pada perabot. Lap permukaan kayu dengan kain basah bagi meresap debu dan biarkan mengering.
Cat permukaan kayu yang telah disapu dengan primer kayu atau primer serbaguna ( gunakan primer serbaguna jika anda ingin mengecat pada permukaan cat lama).
Biarkan kering sepenuhnya lalu gosok sekali lagi menggunakan kertas pasir yang halus secara perlahan dan bersihkan debu dengan kain basah.
Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan pada permukaan perabot kayu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang beranggapan rona putih dan kelabu misalnya antara pilihan warna yang membolehkan dekorasi hiasan dalaman rumah tampak kusam dan tidak ceria. Maka oleh itu, tidak dinafikan rona putih dan kelabu kurang menjadi pilihan ramai.
Tetapi tahukah anda sebenarnya rona putih dan kelabu ini boleh memberikan satu perubahan besar untuk dekorasi hiasan dalaman rumah anda? Siapa sangka dengan menjadikam rona putih dan kelabu, boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak lebih elegan.
Namun begitu, dengan pemilihan rona putih dan kelabu ini sebagai warna pilihan utama bagi dekorasi hiasan dalaman rumah harus betul dan bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan. Antara konsep yang bersesuaian untuk ditampilkan dengan pemilihan rona putih dan kelabu ini adalah seperti moden inggeris atau kontemporori.
Jadi, mari kita lihat dekorasi hiasan dalaman bertemakanm rona putih dan kelabu yang dihasilkan oleh pemilik kediaman Watiey Abdullah ini, mungkin boleh dijadikan sebagai sumber idea inspirasi buat anda semua.
Sumber: Facebook Watiey Abdullah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Mempunyai sebuah kolam ikan di halaman atau taman anda merupakan satu kelebihan. Di samping memberi nilai tambah kepada persekitaran, ianya dapat mengimbangi ekosistem kepada ikan dan spesies lain untuk terus hidup.
Sesebuah kolam asas mempunyai lapisan “liner” yang bermutu, sistem pam yang efisen dan dihiasi dengan batu-batu kecil. Lazimnya, kolam yang lebih besar tidak semestinya akan menambah kos anda kerana perbelanjaan sebenar adalah terletak kepada sistem pam dan penapisannya.
Seksyen ini dapat membantu anda menyedia gabungan idea dan konsep, menyedia langkah demi langkah bagi membolehkan anda membina sebuah kolam di halaman anda. Ianya tidak terlalu rumit sekiranya anda mempunyai peralatan yang sesuai dan mengikuti langkah-langkah yang diberikan.
Lokasi kolam. Peletakan kolam adalah penting, sama ada di bahagian hadapan atau belakang rumah, di bawah teduhan atau kawasan terbuka. Pastikan kolam tidak ditempatkan di kawasan yang terdedah kepada larian air selepas hujan. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lapisan “liner” dinding kolam.
Kedalaman kolam. Untuk tujuan memelihara ikan dan meletakkan tumbuhan, kedalaman kolam mestilah sekurang-kurangnya empat kaki (1.2 m). Tumbuhan akuatik amat sesuai pada kedalaman di antara tiga hingga lima kaki (0.9 ke 1.5 m). Pastikan bahagian paling rendah kolam di mana ditempatkan saluran air keluar berada jauh dari saluran air masuk ke kolam.
Saiz kolam. Secara umumnya, semakin besar kolam, semakin elok. Isipadu air yang banyak boleh menyediakan ruang lebih luas kepada ikan dan tumbuhan akuatik. In dapatkan mengurangkan tumpuan menyelenggaraan untuk kedua-duanya.
Bentuk kolam. Tentukan pilihan anda sama ada kolam tersebut formal atau sebaliknya.. Kolam formal berbentuk segi empat, segi empat tepat dan bulat. Kolam tidak formal kebiasaanya seperti kolam semula jadi yang mengikut garisan kontor tanah dan tidak mempunyai bentuk spesifik. Pastikan sebarang reka bentuk yang dipilih mampu menyediakan sirkulasi air yang baik.
Memulakan kerja menggali. Mulakan dengan menanda kawasan yang hendak dibina kolam mengggunakan sebarang media, cat atau tali. Sementara itu, tentukan dahulu kedudukan saluran paip dan wayar bawah tanah sedia ada. Ini bagi mengelakkan utiliti tersebut dari dirosakkan semasa kerja-kerja mengali.
Anda juga boleh mempunyai sebuah kolam pelbagai aras sama ada untuk mendapatkan tebingnya yang berbatu atau sebagai kawasan untuk tanaman kecil. Buang tanah di sekeliling perimeter kolam. Gali dan buang tanah tersebut pada kedalaman 6 hingga 8 inci sebagai kawasan yang akan diletakkan batu-batu’ Seterusnya mulakan menggali bahagian tengah untuk membentuk dasar kolam, Tambakkan tanah di mana air terjun akan dibina.
Saluran paip air. Setiap kolam memerlukan saluran paip air dan pam untuk berfungi. Saiz paip bergantung kepada saiz kolam. Secara umumnya, paip 1 ½ inci sesuai untuk isipadu kolam sehingga 1,500 gelen (5,678.1 liter), saiz 2 inci untuk isipadu kolam melebihi 1,500 sehingga 2,500 gelen dan saiz 4 inci untuk kapasiti kolam melebihi 2,500 gelen (9,463.5 liter). Adalah disarankan menggunakan material PVC dari paip boleh lentur kerana ianya murah dan mudah untuk dipasang. Pastikan saluran paip in dipasang sebelum menyediakan “liner”.
Menyedia penutup longkang dasar kolam. Sekiranya anda merancang untuk memelihara ikan di dalam kolam tersebut, pastikan kawasan longkang dasar kolam mempunyai penutup yang sesuai, bagi mengelakkan ikan-ikan tersebut disedut masuk melalui penutup berkenaan.
Pemilihan lapisan “liner”. Anda tidak akan dapat membina sebuuah kolam yang elok tanpa menggunakan lapisan “liner”yang sesuai kerana ianya merupakan laipsan selaput kepada sesebuah kolam dan merupakan komponen paling penting. “liner” berfungsi melindungi ketahanan kolam anda sehingga 20 tahun. Antara produk “liner” yang dapat bertahan untuk jangka masa tersebut ialah dari jenis 45 mil EPDM.
Pemasangan tebing berbatu. Pembinaan kolam yang sempurna dan tampak seperti semula jadi biasanya mempunyai tebing berbatu yang stabil dengan lapisan “liner” agar ianya tidak akan kelihatan di atas permukaan air. Lazimnya, paras air kolam akan menurun semasa musim kemarau. Oleh itu, batu-batu tersebut hendaklah disusun beberapa inci di bawah aras permukaan air bagi melindungi “liner” dari kelihatan. Pastikan hujung “liner” berada di belakang tebing batu tersebut dan dilipat ke atas. Ini dapat menghalang limpahan air larian permukaan dari memasuki kolam. Jangan potong tepi “liner” sehingga kesemua batu-batu tersebut siap dipasang,
Pemilihan pam. Pam merupakan elemen penting bagi memastikan kolam anda berfungi. Bagi memilih pam yang betul, isipadu air didarab dengan angka 7.48 (yang dikenali sebagai “conversation factor”). Saiz pam juga bergantung kepada aras dan jarak pam untuk mengalirkan air dari pam ke bekalan air masuk. Pastikan anda menempatkan pam di dalam kotak yang sesuai bagi menghalang ianya diselaputi daun dan kekotoran lain.
Penuhkan dengan air. Isi kolam anda dengan air dan biarkan selama satu minggu sebelum memasukkan ikan atau tumbuhan akuatik. Ini bagi memastikan klorin yang terdapat di dalam air tadi meruap. Setelah seminggu, kolam anda bersedia untuk menerima tumbuhan akuatik dan ikan pilihan anda. Kedua-duanya boleh menolong menjadikan kolam anda kelihatan cantik dan bersih.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.