TOP IMAGE WEB IMPIANA

Kini hidroponik bukan lah satu kaedah baru dalam bercucuk tanam. Sebagaimana yang kita tahu hidroponik adalah kaedah menanam tanaman tanpa menggunakan tanah. IMPIANA kongsikan kepada anda tentang teknik jenis tanaman ini yang terbaik untuk anda lakukan sendiri selepas ini.

Tak Ada Tanah, Tiada Masalah! Teknik Hidroponik Ada.

Maksud hidroponik?

Seperti yang dinyatakan di atas, hidroponik adalah kaedah menanam pokok tanpa menggunakan tanah. Jadi apa yang akan menggantikan tanah? Pengganti tanah atau digelar medium sokongan yang selalu digunakan di Malaysia adalah sabut kelapa, habuk kayu dan bulu mineral. Pada awal permulaan di Malaysia, para pengkaji menggunakan pasir, batu kerikil dan pecahan bata tetapi setelah kajian yang lebih mendalam dilakukan, medium sokongan ini tidak lagi digunakan.

Sekarang ini, tanaman ini antara pilihan yang boleh anda lakukan di rumah. Kalau sebelum ini anda berkeinginan untuk melakukan tanaman hidroponik, ianya pasti agak sukar kerana anda perlu membeli pelbagai barang dan mungkin akan menyebabkan anda mengeluarkan wang lebih daripada sepatutnya. Tetapi sekarang anda boleh membeli barangan untuk tanaman hidroponik, atau digelar hidroponik set, pada harga sekitar RM40 hingga RM50 .

Teknik tanaman hidroponik

Selain daripada medium sokongan, terdapat satu lagi bahan yang penting bagi memastikan tumbuhan anda hidup sihat, iaitu baja hidroponik. Baja hidroponik untuk tanaman hidroponik amat penting kerana tumbuhan tidak akan mendapat nutrien daripada tanah, maka baja hidroponik perlu menyediakan nutrien yang cukup untuk tumbuhan. Jika anda ingin membeli baja hidroponik di kedai tanaman atau secara atas talian anda boleh meminta baja AB.

IKLAN

Tanaman jenis ini memerlukan baja yang cukup dengan elemen Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium, Magnesium, Sulfur, Mangan, Kuprum, Zink, Molybdenum, Boron dan Ferum.

Terdapat pelbagai jenis teknik yang digunakan untuk menanam tumbuhan secara hidroponik. Teknik yang dipilih selalunya bergantung kepada saiz kebun hidroponik yang ingin dibina. Antara sistem yang sering diguna pakai adalah sistem Pasang Surut atau “Ebb and Flow”. Sistem ini dinamakan pasang surut kerana anda akan membanjiri bekas tanaman untuk beberapa lama sebelum surut. Selain itu, terdapat Teknik Tipisan Nutrien atau “Nutrient Film Techniques (nft)”. Sistem ini dinamakan tipisan nutrien kerana larutan nutrien akan sentiasa mengalir dan tumbuhan akan menyerap nutrien.

Antara teknik yang boleh anda gunakan untuk menanam sayur di rumah adalah teknik tipisan nutrien. Teknik tipisan nutrien ini membekalkan nutrien secara berterusan pada tumbuhan tanpa memerlukan pemasa. Larutan nutrien yang digunakan akan sentiasa dikitar semula antara bekas tanaman dan takungan di bawah tanaman. Tanaman yang ditanam akan membesar sehingga akar tanaman mencecah larutan nutrien yang dialirkan. Sistem ini memerlukan bekalan elektrik yang berterusan untuk mengalirkan nutrien tetapi boleh juga dilakukan secara manual.

Tak Ada Tanah, Tiada Masalah! Teknik Hidroponik Ada.

IKLAN

Salah satu bentuk tanaman fertigasi di rumah

Hidroponik ini sebenarnya amat berguna bagi mereka yang suka bercucuk tanam tetapi tidak mempunyai tanah atau tinggal di rumah yang tidak mempunyai halaman. Walaupun rumah anda tidak mempunyai beranda sekalipun anda masih boleh bercucuk tanam. Anda boleh meletakkan tanaman hidroponik di tingkap bilik anda. Bagi mereka yang tinggal di kawasan rumah yang mempunyai tanah sekalipun anda sewajarnya menanam tanaman hidroponik ini secara besar-besaran. Ini kerana tanaman yang ditanam menggunakan teknik hidroponik akan menghasilkan tanaman yang boleh dimakan hingga ke akar kerana tidak akan mempunyai masalah dimakan ulat atau kuman di dalam tanah. Anda bukan sahaja jimat membeli barang masakan, anda juga umpama mendapat sayur yang lebih banyak kerana tidak perlu membuang apa-apa bahagian sayur anda. Tetapi janganlah sampai anda meletakkan akar ke dalam semua masakan.

Tak Ada Tanah, Tiada Masalah! Teknik Hidroponik Ada.

Tanaman yang sesuai untuk sistem hidroponik

IKLAN

Terdapat beberapa jenis sayur yang boleh ditanam dengan menggunakan teknik hidroponik. Antaranya sayur yang sering kita gunakan dalam masakan, iaitu tomato. Tomato yang anda beli di kedai juga mungkin ditanam secara hidroponik oleh petani kerana lebih mudah. Selain daripada tomato, anda juga boleh menanam kacang. Semua jenis kacang anda boleh tanam menggunakan kaedah ini. Timun, daun bawang, bayam dan daun pudina juga antara sayur yang boleh anda tanam menggunakan kaedah hidroponik ini. Anda juga boleh menanam buah yang hanya ditanam di Cameron Highlands iaitu strawberi.

Kelebihan dan kekurangan teknik tanaman takungan

Setiap perkara pasti mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antara kebaikannya adalah akan menghasilkan tumbuhan yang boleh dimakan keseluruhannya, hasil yang didapati juga akan lebih baik dan tiada baja yang akan dibazirkan kerana air baja tidak akan dibazirkan. Penyakit pokok juga dapat dikurangkan. Anda juga tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli peralatan bercucuk tanam seperti cangkul, membajak, membuat batas dan menyiram.

Kekurangannya pula ialah tanaman ini memerlukan kemahiran untuk memastikan larutan nutrien dan ujian ph dilakukan dengan baik. Tanaman ini juga mungkin akan dijadikan tempat pembiakan nyamuk aedes, jadi anda perlu menjaga tumbuhan ini dengan lebih rapi. Ia juga mungkin akan menelan belanja untuk membeli peralatan. Akhir sekali, antara kelemahan yang agak memberikan kesan kepada mereka yang suka bercucuk tanam adalah tidak semua jenis tanaman mampu hidup menggunakan teknik ini.

Sebelum anda bercucuk tanam anda perlu memikirkan faktor kewangan, kebersihan dan jenis tumbuhan. Jadi jika anda tinggal di kawasan yang tiada halaman dan gemar bercucuk tanam anda boleh mula untuk mempertimbangkan harga dan tanaman yang akan anda tanam.

BACA: Cara Tanam Asparagus Dalam Pasu Untuk Dapatkan Hasil Optimum

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI