Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda

Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda.
Pokok buah tin (nama saintifik: Ficus carica) ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Moraceae (keluarga ara/bebaru) yang menghasilkan buah tin yang juga buah yang disebut dalam Al-Quran (“At-Tin”). Ia berasal dari negara Timur Tengah dan Mediterranean.

Buah tin berbentuk bulat atau sedikit lonjong. Warnanya bergantung kepada varieti seperti hijau, kuning, ungu, atau hitam. Mempunyai rasa manis, lembut seperti madu apabila masak penuh di pokok dan teksturnya juga lembut dan padat, dengan banyak biji kecil di dalamnya.

Walaupun berasal dari kawasan beriklim sederhana, pokok tin Iraqi boleh hidup subur di Malaysia dengan penjagaan yang betul. Malah menariknya pokok ini juga bukan jenis bermusim.

Jika ingin menanam pokok tin di laman rumah, jenis Iraqi adalah antara pilihan yang paling sesuai untuk iklim tropika Malaysia, selain jenis Black Jack, Brown Turkey dan Masui Dauphine. Ini kerana varieti ini tahan lasak dalam cuaca hujan dan panas serta mudah hidup apabila diberi penjagaan asas seperti pencahayaan, saliran dan baja yang mencukupi.

Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda

Panduan Lengkap Menanam Pokok Tin Iraqi Di Laman Rumah

1. Persediaan & Pemilihan Lokasi

Pilih lokasi yang mendapat cahaya matahari penuh sekurang-kurangnya 6–8 jam sehari. Pokok tin Iraqi tidak suka teduh terlalu lama. Pastikan tanah mempunyai saliran baik kerana pokok ini tidak suka air bertakung.

Jika tinggal di rumah teres atau kediaman bandar, menanam dalam pot atau pasu juga sesuai supaya anda boleh kawal media dan lokasi dengan lebih mudah.

Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda

2. Media Tanaman & Pasu

Campuran media yang dicadangkan untuk pokok tin Iraqi dalam pasu:

Ads
  • 2 bahagian tanah atas
  • 2 bahagian sekam bakar
  • 1 bahagian vermikompos

Pastikan pasu atau polibeg mempunyai lubang saliran yang baik supaya air tidak bertakung. Jika ditanam terus di tanah, tambah bahan organik dan elak kawasan yang rendah dan mudah bertakung.

3. Pembiakan / Penanaman Anak Pokok Tin Iraqi

Untuk varieti Iraqi, pembiakan melalui keratan batang adalah mudah dan sesuai.

Kaedah Keratan Batang

Potong batang yang mempunyai beberapa mata tunas, tanam dalam media yang lembap tetapi tidak berair. Selepas tunas dan akar keluar, barulah dipindah ke pasu besar atau lokasi kekal.

Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda

Anak Pokok

Jika membeli anak pokok tin Iraqi yang sudah siap, tanam dengan berhati-hati supaya akar tidak rosak lalu siram dengan lembut.

Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda

Ads

4. Penyiraman & Pencahayaan

Walaupun pokok tin Iraqi tahan lasak, ia tetap memerlukan air yang mencukupi. Elakkan siraman berlebihan atau air hujan berterusan yang boleh menyebabkan daun rosak atau diserang penyakit. Elakkan daun sentiasa basah kerana ini boleh menyebabkan penyakit seperti karat daun. Pastikan pokok diletakkan di tempat terang dengan aliran udara baik di bawahnya.

5. Pembajaan & Penjagaan

Pokok tin Iraqi sangat menyukai baja organik seperti vermikompos, tahi cacing, dan baja organik lain. Selain itu, beri sedikit baja seimbang (contoh NPK) secara berkala.

Pemangkasan: Selepas buah dituai atau apabila batang terlalu lebat, pangkas untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan pengeluaran buah yang lebih banyak.

6. Kawalan Perosak & Penyakit

Kawal perosak seperti kutu daun dan bena, serta penyakit seperti karat daun. Pastikan daun sentiasa kering dan kawasan sekitar pokok tidak terlalu lembap. Gunakan semburan organik seperti ekstrak semambu atau cuka kayu sebagai kaedah semula jadi untuk kawalan serangan ringan.

7. Penuaian Buah Tin Iraqi

Buah tin Iraqi perlu dipetik apabila masak sepenuhnya di pokok kerana ia tidak akan terus masak selepas dipetik. Pastikan buah dilindungi daripada haiwan seperti burung atau tupai dengan pembalutan atau penutup ringan.

Setelah dipetik, buah tin perlu disimpan dalam keadaan sejuk jika tidak dimakan terus kerana ia mudah rosak.

Ads

Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda

Fakta Unik Tentang Buah Tin

  • Setiap buah tin memiliki kelazatan dan keunikan rasa tersendiri. Buah tin berwarna hitam pekat antara yang terlazat.
  • Pokok tin boleh hidup sehingga ratusan tahun, malah ada yang mencecah usia 1000 tahun. Makin berusia pokok, makin lazat buahnya – sebab itu ia dipanggil “buah dari Syurga”.
  • Buah tin diiktiraf sebagai salah satu superfruit paling berkhasiat di dunia kerana kandungan nutrien yang padat.
  • Buah tin Iraqi juga dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, selain memberi manfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran.

Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda Tahan Lasak & Mudah Jaga, Pokok Tin Iraqi Pilihan Terbaik Untuk Laman Rumah Anda

IMPIANA: Bagi anda yang ingin cuba tanam pokok buah tin di laman rumah, pilihlah varieti pokok tin Iraqi kerana ia sangat tahan lasak, tahan penyakit, mudah dijaga dan sesuai dengan cuaca Malaysia.

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca: RASPBERRY Segar Dari Tepi Rumah, Berbaloi Tanam Hari-Hari Kutip Buah
Baca Lagi Di Sini: Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi
Artikel Menarik: Tanam Pokok Anggur Depan Rumah, Guna Tip Ini ‘Confirm’ Buah Lebat!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads