Sunway Sanctuary, sebuah kediaman persaraan warga emas terkemuka di Malaysia oleh Sunway Healthcare Group kini telah pun dibuka. Untuk maklumat anda, ia telah dibangunkan bagi bertujuan untuk memenuhi permintaan yang sedang meningkat dari komuniti warga emas yang berkemampuan di Kuala Lumpur, kediaman mewah yang unik ini adalah khusus untuk pesara dan pra-pesara yang aktif agar mereka dapat menikmati penjagaan premium yang menyeluruh dari segi gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Pusat penjagaan Sunway Sanctuary, residen hanya perlu membayar yuran bulanan untuk menikmati semua kelengkapan sedia ada berbanding daripada membeli harta persaraan dan terikat dengan komitmen jangka panjang.
Sunway Sanctuary merupakan sebuah kediaman berservis penuh dengan 235 studio serba lengkap, suite perkhidmatan dengan pilihan satu atau dua bilik tidur yang direka berdasarkan enam teras utama, setiap satu bertujuan untuk menyediakan pengalaman hidup yang luar biasa. Ini termasuk lokasi yang strategik dalam bandar bersepadu, di mana pelbagai perkhidmatan dan kemudahan boleh didapati dalam jarak berjalan kaki. Pembangunan ini juga mengutamakan kesejahteraan holistik, dengan tumpuan yang seimbang untuk memupuk minda, badan dan jiwa.
Residen boleh menikmati pelbagai pengalaman yang dirancang rapi seperti bengkel rekreasi, lawatan dan sambutan perayaan yang memupuk persahabatan baru. Sunway Sanctuary menampilkan kemudahan yang disusunkan khas untuk kecergasan, kesihatan dan pengisian masa lapang, memastikan residen mempunyai segala yang mereka perlukan untuk gaya hidup yang sihat dan aktif. Kehidupan yang elegan terjamin melalui reka bentuk dalaman menarik yang menekankan keselesaan, keselamatan dan kemudahan akses.
Akhir sekali, Sunway Sanctuary dihubungkan terus ke Pusat Perubatan Sunway yang terkenal, menyediakan residen dengan akses mudah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Ads
Selain itu, kawasan dengan keluasan 100,000 kaki persegi turut disediakan bagi kemudahan kesihatan dan gaya hidup untuk dinikmati oleh residen. Ini termasuk kolam renang infiniti air panas masin, dan dek tinjauan dengan pemandangan Sunway City Kuala Lumpur yang menakjubkan, gimnasium terkini untuk penggemar aktiviti kecergasan, teres luar untuk yoga dan meditasi, perpustakaan dengan ruang kerja bersama, bilik permainan, pawagam, bilik karaoke, restoran serta bilik mesyuarat dan bilik majlis untuk acara peribadi atau aktiviti komuniti.
Dibandingkan dengan konsep rumah jagaan (nursing homes) yang sedia ada, Sunway Sanctuary ialah sebuah pembangunan moden, direka khusus untuk warga emas yang aktif serta menawarkan perkhidmatan peribadi yang disesuaikan dengan keperluan individu. Jurulatih professional tersedia untuk melakukan sesi senaman kecergasan dan memberikan bantuan dengan keperluan dan tugas harian, supaya residen dapat mengekalkan kebebasan mereka dan menikmati gaya hidup sempurna.
Sunway Sanctuary juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan residen yang ingin melihat kawasan sekeliling. Selain itu, perkhidmatan pengurusan dan perancangan acara juga disediakan untuk majlis-majlis khas, membolehkan residen menyambut majlis keraian bersama keluarga dan rakan-rakan dengan penuh gaya.
Sebagai tumpuan kepada kesejahteraan holistik, kemudahan ini turut menganjurkan program dalaman di mana setiap residen akan mempunyai akses kepada penyelaras kesihatan peribadi untuk pendekatan yang lebih disasarkan dan disesuaikan dengan gaya hidup mereka. Pakej kesihatan eksklusif juga ditawarkan kepada warga emas yang berumur 55 tahun ke atas, termasuk warga Malaysia, ekspatriat dan pelancong asing.
Selain itu, Sunway Sanctuary juga menempatkan sebuah pusat kesihatan dengan kakitangan yang berkelayakan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan asas, ujian darah, pemantauan tetap dan nasihat pemakanan dan diet. Bagi kes yang lebih serius, residen akan dirujuk ke Pusat Perubatan Sunway yang terletak bersebelahan dengan Sunway Sanctuary.
Ads
Sunway Sanctuary kini sedia untuk menerima tempahan dan menawarkan pakej Penginapan Pesara (Retirement Staycation) bagi memberi peluang untuk mereka yang berminat merasai gaya hidup Sunway Sanctuary sebelum membuat komitmen jangka panjang. Ia adalah cara yang baik untuk mengalami pengalaman komuniti dan menilai sama ada ia sesuai dengan gaya hidup yang diinginkan.
Pakej yang ditawarkan termasuk kemudahan naik taraf bilik, makanan harian, perkhidmatan pengemasan bilik, akses kepada kemudahan kesihatan dan aktiviti rekreasi dan riadah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sunway Sanctuary serta perkhidmatan uniknya, jadualkan lawatan anda di +6019 313 0061.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rekaan ruang pengstoran di dapur bukan sahaja untuk tujuan penyimpanan barang optimum, ia juga perlu mengambil kira teknik atau cara penggunaan ruang dapur tersebut untuk memastikan segala kerja yang dilakukan menjadi mudah dan terurus. Jika sesebuah organisasi memntingkan ISO atau QMS (Sistem pengurusan kualiti), dapur pun ibarat sebuah organisasi yang perlu diperincikan. Setiap perletakkan dan ukuran perlu ikut saiz dan keselesaan pengguna.
Rupanya, rekaan dapur praktikal bukan sahaja banyak digunakan oleh masyarakat moden sekarang. Malah, ia telah diasaskan sejak 1949 secara “blueprint” oleh United States Department of Agriculture. Rekaan dapur yang dihasilkan bukan sahaja mengikut sistem pengurusan kualiti yang masih boleh diguna pakai sehingga kini, malah ia langkah penjimatan ruang yang disarankan. Nak tahu lanjut, tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika kita lihat, setiap rumah mempuyai langsir tersendiri yang mempunyai jenis corak dan fabrik digunakan. Ini kerana langir-langsir ini sesuai untuk mengekalkan kekemasan sebuah rumah dan ia dapat menaikkan lagi seri rumah tersebut. Tambah-tambah lagi apabila masuk musim perayaan. Tetamu yang datang, akan melihat langsir rumah kita kerana benda itu lah yang paling menonjolkan sekali terhadap pandangan mereka. Bagaimana pula dengan fungsi langsir? Fungsi langsir ini, ia dapat menghindarkan daripada perabot kita kelihatan pudar dan juga habuk. Memandang di Malaysia kita akan senang untuk mendapat langsir, jadi memang sepatutlah kita perlukan langsir di rumah. Jadi, di sini saya akan menceritakan 3 jenis fabrik langsir yang sangat sesuai untuk rumah anda.
Fabrik Ringan. Fabrik ringan ini mempunyai kain jenis yang dapat menjadi penapis, di mana mampu menyaring kemasukan sumber cahaya dalam ruang rumah kita. Jadi, ia amat digalakkan untuk dijadikan langsir kerana sumber cahaya ini juga boleh membantu anda dalam aktiviti seharian dengan tenang. Tetapi jangan risau, walaupun ia kelihatan kain yang nipis, ia tetap menjaga privasi di dalam rumah.
Kedua, Fabrik Separa Ringan. Fabrik ini selalunya mengandungi cetakan flora, bertekstur, polos dan juga jacquard. Kebanyakkan fabrik ini memiliki saiz yang tebal dan berkualiti tinggi yang mampu menghalang dari pandangan dari luar. Selain dari itu, pemilihan warna juga penting bagi fabrik ini kerana ia memainkan peranan yang penting dalam rumah kita. Pastikan warna yang dipilih adalah mengikut trend atau kesesuaian dengan persekitaran dalam rumah anda.
Fabrik terakhir adalah Fabrik Blackout. Fabrik ini adalah fabrik yang sangat tebal dari yang biasa dan menampakkan rumah seperti di hotel 5 bintang. Walaupun fabrik ini tebal, tapi teksturnya sangatlah lembut dan beralun. Ia dapat membantu dari pencahayaan masuk ke dalam rumah sekiranya bagi seseorang yang tidak suka akan cahaya sangat dalam rumahnya ataupun pada waktu pagi, jika rumah anda sering masuk cahaya dan menganggu ketika tidur, fabrik ini sangat sesuai untuk menghindarinya.
Kesimpulannya, ketiga-ketiga jenis fabrik amatlah bagus dan baik tetapi ia terpulang kepada pembeli kerana ia mengikut kesesuaian rumah mereka.
Fungsi papan pemotong di dapur memang tidak dapat disangkal lagi. Kepentingannya ibarat air dan udara buat manusia. Tetapi malangnya, jangka hayat bagi sesebuah papan pemotong tidak lama. Lebih-lebih lagi jika digunakan setiap hari, papan pemotong akan cepat kotor, tambahan pula ia juga mudah menjadi pusat perkumpulan dan pembiakan kuman!
Jadi bagi menjamin makanan yang disediakan untuk keluarga kita bersih dan selamat, adalah lebih baik jika kita mencuci papan pemotong dengan kerap. Tidak memadai hanya dicuci menggunakan sabun setiap kali selepas diguna, ahli kimia Dr Fatimah Salim ada berkongsi cara mencucinya dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Mari kita semak perkongsian bermanfaat ini.
CUCI PAPAN PEMOTONG TANPA SENTAL
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?! Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.
3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!