Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular tanah air, Nurul Jannah Binti Muner atau lebih mesra disapa Janna Nick. Sebelum ini, anak kelahiran asal Sungai Petani, Kedah ini telah mendapat perhatian ramai selepas dikhabarkan telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya sekitar bulan September yang lalu.
Penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 ini berkongsi khabar berita gembira itu bersama orang ramai menerusi beberapa entri di akaun laman media sosial miliknya.
Selain menjadi perhatian dan perbualan hangat di kalangan orang ramai, sikap yang ditonjolkan oleh Janna dengan membuat persediaan awal membeli sebuah rumah sebelum mencecah usia 30 tahun mendapat pujian.
Ads
Keperibadian yang ditonjolkan oleh Janna ini bukan sahaja hanya meraih perhatian malah telah menjadi contoh teladan yang baik kepada orang ramai khususnya golongan anak muda.
Bak kata orang, sedikit sebanyak dengan semangat yang ditonjolkan oleh Janna ini boleh dijadikan sebagai satu sumber inspirasi dan pemangkin semangat. Betul tak?
Jadi, kami di IMPIANA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Janna. Semoga terus sukses dalam kerjaya yang diceburinya pada masa akan datang.
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel penginapan Temple Tree Resort ini yang terletak di sekitar kawasan Pantai Cenang, Pulau Langkawi.
Jadi oleh itu, IMPIANA ingin berkongsi kesemua pengalaman menarik selama 3 hari 2 malam di hotel penginapan tersebut bersama pengikut setia IMPIANA.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan binaan bangunan telah mula dibina sekitar pada tahun 2008.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang kepada para pelancong.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kira-kira hampir dalam 2 jam perjalanan menaiki kapal terbang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, IMPIANA telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kemudian terus menuju pergi ke Temple Tree Resort.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke lokasi hotel penginapan adalah sangat dekat dan hanya mengambil masa sekitar dalam 15 hingga 20 minit untuk sampai. Sejurus tiba di Temple Tree Resort, seperti biasa kena daftar masuk dahulu sebelum masuk ke bilik hotel.
Setelah itu, ketika dalam perjalanan dari kaunter ‘reception’ ke bilik penginapan anda akan terlihat sebuah kolam renang yang tersergam indah di pintu masuk utama kawasan penginapan tersebut.
Ketika keberadaan IMPIANA di Temple Tree Resort, IMPIANA telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di salah sebuah bilik di Colanial House. Tidak dapat disangkalkan lagi, Colonial House ini sememangnya kelihatan tampak cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Ini kerana, struktur luar dan dalaman bangunan Colonial House didatangkan istimewa dari bandar George Town, Pulau Pinang dan dibina semula di kawasan penginapan Temple Tree Resort. Untuk pengetahuan anda, Colonial House merupakan sebuah rumah tradisi lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menarik kan?
Kalau luar bangunan rumah sahaja pun sudah kelihatan sangat begitu cantik ketika waktu siang mahupun malam, jadi sudah semestinya ruang dalaman rumah tradisi lama ini juga tampak unik dan menakjubkan.
Bagi konsep ruang dalaman rumah tradisi lama ini pula masih lagi mengekalkan sentuhan elemen kombinasi budaya daripada Peranakan dan juga Eropah.
Secara konklusinya, IMPIANA memang berasa sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh Temple Tree Resort kepada para pelancong. Boleh kata semua tip-top dan terbaik!
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Di samping itu, anda juga boleh saksikan video penuh momen pengalaman IMPIANA di Temple Tree Resort pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Nak beli rumah, tapi tak tahu apa maksud Kadar Asas Standard. Memahami pinjaman rumah mungkin agak sukar sekiranya anda tidak biasa dengan istilah yang rumit dan juga pelbagai jenis kadar faedah yang perlu difahami. Ditambah lagi dengan kadar faedah dan angka yang turun naik, ia boleh jadi mengelirukan untuk anda mengira dengan tepat kos sebenar yang diperlukan sekiranya anda merancang untuk membeli rumah.
Berita baiknya, pengiraan ini akan menjadi lebih mudah selepas ini!
Bermula 1 Ogos 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Asas (BR) akan digantikan dengan Kadar Asas Standard (SBR), berpandukan Rangka Kerja Kadar Rujukan yang dikemaskini. Oleh itu, SBR akan bergerak selari mengikut Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Ya, pastinya anda tertanya-tanya apa lagi yang perlu anda tahu. Adakah perubahan daripada BR ke SBR akan mempengaruhi pinjaman anda? Apakah jenis pinjaman yang akan terlibat dengan perubahan ini? Adakah SBR memberi kesan yang lebih buruk atau baik?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pernah anda terfikir ruang dewan yang sering digunakan untuk pelbagai majlis keraian atau pertandingan boleh diubahsuai menjadi sebuah rumah kediaman yang begitu cantik? Mesti ada dikalangan anda yang berfikiran sedemikian kan, betul tak?
Bagi anda yang baru sahaja mengetahui renovasi seperti ini sudah pasti mahu melihat foto sebelum dan selepas transformasi serta hasilnya. Jadi, tunggu apa lagi mari lihat bersama IMPIANA.
Tidak dinafikan, ruang dalaman rumah yang besar membolehkan anda mempunyai kelebihan untuk melakukan pelbagai transformasi dari segi struktur dan rekaan hiasan ruang dalaman rumah.
Siapa sangka ruang dewan yang sering digunakan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian atau pertandingan mampu diubahusai sehingga menjadi sebuah rumah kediaman yang begitu cantik, unik dan selesa untuk didiami.
Lihatlah hasilnya, sememangnya ia tampak sangat menakjubkan, betul tak? Jadi, bagi anda mempunyai wang bajet yang besar mungkin transformasi ubahsuai seperti ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi kepada anda semua
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!