Penggunaan elemen landskap yang minimum bertujuan untuk menonjolkan nilai arkitektural yang terdapat pada banglo dua tingkat setengah ini. Pemiliknya Morgan telah memberi kepercayaan penuh kepada Supercool Creative Culture Sdn. Bhd. untuk menata hias keseluruhan laman rumah supaya tampak kemas dan rapi. Untuk memenuhi permintaan pemilik, pereka telah memberi keutamaan kepada reka bentuk struktur pergola di bahagian balkoni dan reka bentuk pagaran. Keseluruhan reka bentuk menggunakan kayu balau yang berkonsepkan moden.

Di samping itu juga, pintu pagar automatik turut direka bentuk mengikut reka bentuk bingkai kayu pada dinding tembok pagar. Penggunaan kayu balau menyerlahkan rona warna eksklusif pada reka bentuk tersebut. Untuk mengurangkan impak pada dinding tembok pagar, beberapa jenis softscape di bahagain dalam lot turut ditampilkan. Penggunaan tumbuhan renek seperti Codieum variegatum, Zephyranthes rosea memberi kepelbagaian warna pada lantai laman. Untuk memberi impak vertikal pada latar dinding, penggunaan tumbuhan yang memerlukan penjagaan minimum seperti cycas spp., yucca dan pohonan bonsai yang menghijau meredupkan pandangan pada ruangan ini. Jom kita lihat hasil sentuhan Supercool ini.

IKLAN

Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol  Struktur Kemas Kayu Balau Jadikan Kediaman Ini Lebih Menonjol

IKLAN

 

IKLAN

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI