Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.
Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?
1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.
2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.
3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.
4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.
Untuk membantras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya
Bahan-bahan:
Ads
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
Ads
Cara menggunakan spray:
1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.
Ads
3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur seleaps amsak.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Sumber: https://www.facebook.com/yatieimra
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kerja-kerja pertukangan kayu lebih sinonim dengan golongan lelaki, namun peredaran masa kini membolehkan kerja-kerja yang dilihat sukar dan kasar turut diterokai golongan wanita. Resipinya mudah. Minat, nekad untuk melakukan sesuatu serta melakukannya dengan bersungguh-sungguh merupakan resipi asas dalam menceburi bidang yang jarang dipelopori golongan Hawa ini.
+INFO PEREKA
Nama Pereka: Nur Shazlisha Sahar
Jenama Perabot: Lisha.Furniture
Lokasi: Denai Alam
Jenis Perabot: Kayu
Konsep: Moden Industri
Pertemuan IMPIANA dengan Lisha di rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor yang juga lokasi sama bengkel pertukangan di bawah sentuhan Lisha.Furniture, membuatkan team IMPIANA berasa amat kagum. Lambakan kayu-kayu terpakai daripada pokok pain di depan rumah teres dua tingkat itu, menunjukkan minatnya yang serius dalam bidang reka bentuk perabot ini.
Lisha, dia sendiri tidak sedar sejak bila dia jatuh hati pada bidang pertukangan sedangkan tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam perusahaan berkenaan. “Bermulanya saya dalam bidang pertukangan ini apabila saya menyertai satu karnival makanan dan perlu menyediakan gerai mudah alih dan ketika itu saya dan suami cuba membuat sebuah kiosk kecil menggunakan kayu pain terbuang dan kiosk itu mendapat pujian daripada rakan-rakan dan pelanggan. Dari situ, saya mengambil keputusan untuk cuba membuat perabot-perabot lain dan perabot pertama yang saya buat adalah sebuah meja serta papan tanda,” katanya yang mengusahakan perniagaan pertukangan kayu berkenaan bersama suami, Zarul Alif Zulkifli, 29.
Lisha mengakui dia benyak merujuk dan mempelajari tentang reka bentuk perabot melalui laman You Tube, Lisha mempelajari proses pertukangan sedikit demi sedikit, selain merujuk komuniti-komuniti pertukangan kayu serta mereka yang mahir dalam bidang berkenaan bagi berkongsi pengalaman dan cara kerja.
Dia yang lembut bicaranya, santun perilakunya tiba-tiba bertukar karakter sebaik sahaja menyarung apron dan gogal (pelindung mata) untuk memulakan kerja-kerja pertukangan. Lisha ingin berkongsi bersama anda bagaimana proses untuk menghasilkan bangku mini yang comel.
Untuk memiliki ruang dapur yang cantik dan bersih sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Anda hanya perlu rajin untuk mengemas dapur anda, namun permasalahan tiada ruang penstoran atau kabinet dapur menyukarkan aktiviti mengemas dapur. Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri kabinet dapur anda.
Shuhaimi Zulkefli telah menghasilkan sebuah kabinet dapur yang istimewa buat isteri tersayang. Shuhaimi tidak menggunakan barang yang mahal tetapi hanya menggunakan rak buku sedia ada dan akhir diubah menjadi kabinet dapur. Ruang dapur pasti akan kelihatan kemas dengan kabinet ini. Jom kita hasilkan, sangat mudah dan menjimatkan.
Rakan mesra struktur kayu ni biasalah, Anai-anai. Walaupun anda menggunakan kayu atau papan terawat dan telah diberi kesaman pelindung anti perosak, bila sampai usianya, pasti anai-anai akan singgah. Namun, Atama Aaeman ada petua lama yang dipelajari dari bapanya untuk merawat kayu dari serangan sebarang perosak dan tahan lebih lama.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu. Saya gunakan sebungkus ubat gegat seperti dalam gambar untuk seliter diesel.
Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini. Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Selepas dirawat, kayu-kayu ini terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak pasu bunga.
Contoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam baharu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.