Dapur adalah antara ruang yang paling mudah dan banyak menjadi tempat pembiakkan bakteria. Bakteria ini pula boleh menyebabkan masalah atau mengundang penyakit kepada kesihatan seperti cirit-birit. Jadi, salah satu cara untuk memastikan dapur sentiasa bersih dan terhindar dari bakteria, ia perlu dalam keadaan kemas dan tersusun.
Untuk memastikan dapur anda sentiasa kemas dan tersusun, sudah pasti ruang penyimpanan atau rak untuk menyusun barang perlu disediakan. Tak semestinya untuk dapur yang tersusun dan kemas perlukan belanja yang besar seperti menyediakan kabinet, rak ringkas sudah memadai. Seperti yang dilakukan oleh corleone Chong. Hanya dengan bermodalkan kurang dari RM 100, sebuah rak beserta conter top berjaya dibina. Berikut, antara barang-barang yang diperlukan:
Bahan-bahan:
3 batang besi angle slotted (10 kaki panjang) (RM 15/batang)
30 biji Nut (RM 0.30/sebiji)
4 biji bracket (RM 0.50/sebiji)
4 keping tapak getah (RM 1/unit)
6 biji bakul (2.12/biji)
Counter top guna dari meja terpakai
Ads
Cara-cara:
1. Potong besi angle sloted mengikut saiz yang telah ditetapkan. Untuk lebih mudah, bawa ukuran ke ekdai dan upah mereka untuk buat pemotongan
Ads
2. Pasangkan kerangka besi angle slotted yang telah siap dipotong menggunakan nut
Banyak paparan kisah inspirasi di usia muda mampu memiliki hartanah yang IMPIANA baca. Mesti ramai terfikir, kerja apa lah budak tu. Usia muda lingkungan 23-25 tahun dah ada sebiji rumah. Betul tak? Segalanya bukan lah mustahil jika anda bijak merancang. Berikut antara perkongsian di laman Facebook AMIR SYAHIR langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk membeli sebuah hartanah diusia muda:
Tahun 2019 telah tiba. Ada anak muda sudah merancang untuk membeli rumah. Baguslah. Niat dah ada ilmu pun kena cari. Tiada istilah terlambat, yang penting berusaha.
Nak membeli rumah perlu persediaan yang rapi. Jangan terus nak mohon pembiayaan perumahan tanpa baiki profail kewangan. Ambil masa untuk anda baiki profail kewangan terlebih dahulu.
Piih 10 hartanah terbaik, shortlist 5 paling bagus dan beli satu atau dua yang terbaik dan menguntungkan. Yang kena dengan gaji anda
Antara serba sedikit anda boleh bermula dengan memburu hartanah subsale dengan cara;
1. Anda harus mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Buat tabung kecemasan dalam 3-6 bulan gaji dan disimpan dalam ASB atau Tabung Haji supaya boleh generate dividen juga. Biar ada simpanan sedikit sebanyak. Barulah bank percaya anda mampu bayar ansuran bulan rumah nanti.
2. Mula-mula kena tahu anda layak ke tak buat pembiayaan perumahan. Mana tahu ada hutang yang lupa nak bayar. PTPTN sangkut ke. Lepas tu berapa jumlah pembiayaan anda boleh dapat. Ia bergantung pada DSR (Debt Service Ratio) dan scoring kredit individu. Macam mana nak kira DSR;
Katakan gaji bersih dalam RM2000.
Ada komitmen: Kereta: RM550 Pinjaman peribadi: RM200 Dan rumah nak beli ansuran dalam: RM610 Jumlah komitmen: RM1360✔️
DSR➡️Jumlah komitmen + ansuran rumah nak beli / Pendapatan X 100% = 1360 / 2000 X 100% = 68%.
Biasanya gaji bawah RM3K ni bank tengok DSR kena bawah 60%. Jadi kau kena tambah pendapatan sikit ataupun kurangkan komitmen hutang. Kena cuba cari rumah ansuran bawah RM610 tu.
*Ansuran rumah nak beli boleh cek guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store.
3. Tiap hari buka Mudah.my, PropertyGuru, berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Berguru dengan orang berpengalaman dan orang positif yang minat pelaburan hartanah.
4. Kena pastikan ada 10% deposit. Nak senang kena ada 15% daripada harga rumah nak beli. Sebab ada legal fees kena bayar semua. Jadi bawa-bawa menyimpan lah ye.
5. Rekod CCRIS. Jangan takut jika kau ada rekod CCRIS. Ada rekod CCRIS ni bagus. Ia sebagai dokumen sokongan kepada bank untuk membuktikan kau seorang yang bagus dalam membayar balik ansuran. Tak culas.
Yang tak bagus tu kalau kau buat pinjaman tetapi tak reti nak bayar dengan jumlah yang cukup dan pada waktu yang ditetapkan. Bila ada nombor selain 0 dalam laporan CCRIS tu mulalah kau nak menggelabah. Masa nak bayar hutang buat-buat lupa.
6. Baiki rekod kewangan. Jika anda ada tunggakan kad kredit, pembiayaan peribadi ataupun hutang yang lain, selesaikan terlebih dahulu. Logik bank kalau hutang tersedia ada pun anda tak mampu nak bayar, macam mana nak buat hutang baru. Kan? Kan? Kan?
7. Bila dah yakin, pergi lah memburu hartanah. Kalau masih baru, gunakan khidmat ejen hartanah. Mereka boleh membantu. Pergi tengok rumah nak beli. Jangan mengada nak beli rumah atas RM500K masa muda-muda ni. Buat pelaburan hartanah dulu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kertas hiasan dinding atau wallpaper merupakan aksesori deko yang paling mudah untuk kita gunakan sebagai penyeri sesuatu ruang. Terdapat pelbagai variasi corak, warna, size dan tekstur wallpaper di pasaran sekarang. Sesetengah orang mungkin rasa wallpaper leceh dan old fashion tapi tahu kah anda, selain ditampal di dinding, wallpaper boleh diolah dan digunakan secara kreatif pada bahagian lain di dalam rumah? Segalanya terpulang pada kebijaksaan anda mengolah wallpaper ini menjadi sesuatu yang unik.
1. Siling
Biasanya pemilik rumah akan membiarkan siling di cat putih sahaja, apa kata kita cuba sesuatu yang baru dan lain daripada lain. Anda boleh menghiasi permukaan siling dengan wallpaper yang menarik sekaligus menjadikan bahagian tersebut sebagai focal point ruang. 100% tampak kediaman anda lebih menarik dan trendy.
2. Tangga
Biasanya tangga akan dihiasi dengan cat atau pun ditampal dengan material lain sama ada natural stone, jubin dan kayu. Apa kata kita lakukan kelainan dengan menampalnya menggunakan wallpaper. Tedapat pelbagai corak wallpaper di pasaran sama ada anda mahukan yang kosong, berbunga, corak permukaan kayu dan sebagainya. Barulah tangga akan kelihatan lebih comel dan cosy.
3. Rak Buku
Rak buku lama jangan dibuang. Anda boleh olah dengan menampal wallpaper pada bahagian dalam atau pun permukaan almari mengikut kreativiti anda. Kelebihan wallpaper ialah ia mampu menukar perabot anda sama ada untuk gaya klasik atau pun elegan. Terdapat pelbagai corak di pasaran yang salah satunya pasti memenuhi citarasa anda.
4. Lampshade
Lampshade yang lama dan kusam boleh anda DIY sendiri dan tukarkan penampilan lampshade tersebut agar tampak baru dan lebih fresh. Caranya mudah sahaja hanya dengan tampalkan wallpaper pada lampshade tersebut.
5. Permukaan Meja
Penggunaan wallpaper sebagai hiasan permukaan meja dapat menaikkan mood ruang. Tidaklah bosan dan muram saja permukaan meja tampak kosong begitu sahaja. Anda boleh menukar penampilan nya sekerap yang anda mahukan mengikut warna tema ruang tamu. Bukan sahaja jimat dan mudah tetapi juga cantik.
Nanti boleh lah anda praktik kan cara lain penggunaan wallpaper ini. Beli saja wallpaper dan DIY di rumah. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan mungkin juga mendatangkan kemudaratan untuk kesihatan isi rumah lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul adalah pada bilah-bilah kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan dengan konsisten. Semakin dibiar, semakin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan campuran air bersama DUA bahan yang amat murah dan mudah didapati. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan airkedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...