Soda penaik, atau lebih dikenali sebagai baking soda, merupakan bahan yang sering digunakan di dapur. Namun, tahukah anda bahawa soda penaik juga mempunyai manfaat yang luar biasa dalam berkebun?
Soda penaik adalah kawan baik tukang kebun, ini caranya:
1. Racun kulat semula jadi
Caranya adalah dengan mencampurkan soda penaik dengan air dan sabun cecair. Semburkan cecair ini di tumbuhan untuk melawan penyakit seperti kulat serbuk.
2. Matikan rumput
Seterusnya, anda boleh gunakan soda penaik untuk mematikan rumput tanpa merosakkan tumbuhan sekeliling yang lain.
Soda Penaik Rahsia Tukang Kebun
3. Penghalang serangga perosak
Sekiranya anda mempunyai masalah serangga perosak, boleh campurkan soda penaik dan sedikit tepung. Cacing kubis dan kutu daun boleh hilang apabila sapu bancuhan ini.
4. Pindaan tanah
Ads
Soda penaik boleh digunakan untuk membuang tanah yang terlalu berasid dan memperbaiki persekitaran pertumbuhan.
5. Pemanis buah tomato
Sekiranya buah tomato yang ditanam tidak manis, boleh taburkan sedikit soda penaik di sekeliling pokok tomato untuk mengurangkan keasidan tanah. Hasilnya tomato pasti lebih manis!
6. Penggalak kompos
Bagi mempercepatkan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih elok, anda boleh menggunakan soda penaik.
Ads
7. Penyerapan bau
Meneutralkan bau di kawasan seperti sampah, boleh taburkan sedikit soda penaik di sekitar tersebut.
8. Pembersih alatan kebun
Bersihkan alatan berkebun dengan menggosoknya menggunnkan pes baking soda. Dengan cara ini, ia mampu menghilangkan kotoran dan karat.
9. Tingkatkan percambahan benih
Ads
Tingkatkan percambahan benih dengan merendam benih dalam larutan soda penaik sebelum menanam.
10. Halau semut
Buang semut dengan taburkan sedikit soda penaik di sekeliling tumbuhan atau laluan semut.
IMPIANA : Dengan menggunakan soda penaik, anda dapat memastikan tanaman di kebun kekal sihat dan produktif tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia yang berbahaya.
Nekad Pasang Sendiri ‘Paver Block’ Laman Depan Rumah, Buat Sikit-Sikit Siap Juga! Paving block atau disebut juga conblock (singkatan dari concrete block) biasanya digunakan sebagai alternatif turapan untuk jalan, halaman, tempat letak kereta dan lain-lain.
Antara kelebihan apabila memasang paving block ini ialah ia dapat mengurangkan rumput tumbuh meliar di laman rumah. Laman juga tampak lebih luas dan kemas apabila mempunyai kawasan yang rata. Malah ia berfungsi mengelakkan air daripada bertakung di laman yang boleh membuatkan tanah berlecak.
Bagi yang nak cuba pasang sendiri ‘paver block di laman rumah boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Haniff M. Saharin . Cantik hasilnya, laman rumah nampak lebih kemas.
Belajar menyusun batu landscape kat laman depan pula.Tengok orang buat nampak macam senang..dah cuba buat sendiri sakit pinggang juga lah . Alhamdulillah sikit-sikit lama-lama boleh siap juga.
Saya dulu nak upah orang juga tapi disebabkan saya ni sedikit cerewet dan takut tak puas hati dengan hasil kerja upah orang…tu yang nekad juga buat sendiri.
1) Material : heavy duty interlocking paver block
2) Jenama : SUNWAY
3) Harga : 2.00-2.50 ( bergantung pada jenis,ketebalan dan kuantiti) boleh order di kedai hardware. Ada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Harga juga berbeza.
Cara pasang, susun saja.
1. Mesti lapik dengan pasir yang agak tebal bahagian bawah supaya rata dan senang nak adjust level. Kemudian ratakan.
2. Pasang/susun batu dan ketuk dengan hammer lapik dengan kayu masa ketuk supaya tak pecah batu tu. Check level dengan timbang air.
3. Lepas siap kena isi pasir halus dekat sambungan batu/ celah-celah batu untuk ‘pegang’ supaya tak beralih kalau parking kereta.
4. Rumput akan tetap ada sikit-sikit dan sesekali kena rajin buat maintenance cabut rumput atau racun.
Pokok mangga merupakan salah satu tanaman buah yang popular di Malaysia. Namun, masalah buah mangga ini ialah luaran buah mangga yang ditanam nampak cantik saja.
Tapi bila kupas penuh dengan ulat. Ada juga buah yang luruh dan busuk walaupun belum masak. Bila hasil buah mangga jadi begini memang mengecewakan. Punca buah mangga jadi begini adalah akibat serangan lalat buah.
Antara yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan lalat ini adalah dengan membuat perangkap lalat buah menggunakan Petrogenol atau Methyl Eugenol.
Ia adalah sejenis hormon untuk memikat lalat buah supaya masuk dalam perangkap yang boleh dibuat dari botol air mineral.
Lalat buah akan masuk ke dalam perangkap dan tidak menyerang buah. Petrogenol boleh dibeli di kedai menjual racun serangga.
Untuk membuat perangkap ini, alat yang diperlukan adalah botol air mineral, stapler, playar, pisau, batang besi dan kapas. Cara membuatnya adalah seperti berikut.
1. Potong 2 botol air mineral.
2. Masukkan sebatang besi di bawah botol, pastikan ia ditengah-tengah.
3. Bengkokkan hujung besi untuk meletakkan kapas yang dititis dengan hormon pemikat lalat ini.
4. Petrogenol atau Methyl Eugenol disapu pada kapas dimasukkan ke dalam botol air yang dibuat lubang di sekelilingnya.
Bergantung kepada angin dan keadaan sekeliling pokok, lalat buah jantan akan menghidu bau hormon tersebut seterusnya masuk ke dalam botol.
Bila masuk ia sukar untuk keluar dan seterusnya mati kerana bau yang sangat kuat dalam botol plastik. Bau feromon ini boleh tahan untuk beberapa minggu dan perlu disapu semula.
Selain itu ada lagi beberapa petua yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk mengelakkan buah mangga berulat. Antaranya;
1. Letak beberapa biji panadol dalam kulit pokok mangga ataupun tanam Panadol pada pangkal pokok buah mangga. Lakukan ketika pokok sedang berbunga.
2. Bakar daun-daun yang luruh dan ranting di bawah pokok. Biarkan dahan pokok terkena asap tapi pastikan api jangan terlalu marak.
3. Bersihkan buah mangga yang jatuh dan busuk di bawah pokok supaya tidak menjangkiti buah yang elok.
4. Tabur garam anggaran sekaki dari pokok mangga.
IMPIANA : Penjagaan yang rapi dan konsisten adalah kunci untuk mendapatkan hasil buah mangga yang berkualiti dan bebas daripada serangan serangga perosak. Selamat mencuba!
Kulit telur memang banyak khasiatnya terutamanya untuk tanaman. Jika selalu mengalami, bunga atau buah kerap gugur sebelum waktunya, kita boleh cuba semburan kulit telur dan cuka ini untuk mengatasinya.
Kulit telur mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5.5gram. Selain itu kulit telur juga mengandungi fosfor, magnesium, natrium,kalium,seng,mangan,besi dan tembaga.
Kandungan kalsium sangat bagus sebagai Baja organik bagi tanaman.
Menggunakan baja kulit telur dapat merangsang pembentukan bulu akar, mengeraskan batang tanaman dan merangsang pembentukan biji.
Sebelum menggunakan kita mesti keringkan terlebih dahulu kulit telur tersebut.Kemudian boleh la tumbuk bagi hancur dan boleh la ditabur ke tanah.
Jika bunga atau buah selalu gugur sebelum masanya Kita juga boleh gunakan kulit telur untuk atasinya.Caranya seperti berikut.
1. Ketuk atau ramas kulit telur bagi jadi sepihan kecil.
2. Sangai(goreng tanpa minyak) kulit telur tadi sehingga berwarna hitam di dalam kuali.Boleh juga keringkan dalam oven.
3. Masukkan hasil sangai tadi ke dalam bekas dan tuang cuka ke dalam bekas.
4. Buih-buih akan muncul, biarkan sehingga buih tu hilang.
5. Tutup bekas dan peram 20 ke 30 hari.
6. Tapis cecair tu dan simpan.
Kulit telur dapat mengurangan keasidan tanah. Juga bertindak sebagai kawalan serangga terumatanya untuk siput, semut.
Macam-macam cara yang boleh dibuat dengan kulit telur ini untuk dijadikan baja. Selamat membuat Baja kulit telur untuk jimat perbelanjaan berkebun kita.
Semoga bermanfaat & selamat Mencuba!
IMPIANA : Jadi jika nak ‘kuatkan’ pokok dan nak atasi masalah bunga serta buah kerap gugur sebelum masanya boleh cuba campuran kulit telur dan cuka ini. Memang berkesan, jimat kos dan paling penting, semula jadi.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.