Vertical landscape selain menjadi elemen menarik sesebuah landskap, ia juga merupakan ruang tambahan bagi anda yang memiliki kawasan yang terhad namun ingankan kehijauan. Selain vertical landscape, trellis juga punya manfaat yang sama. Selain itu juga, kebiasaanya ia digunakan sebagai habitat tanaman menjalar.
Bagi anda yang mempunyai kebun atau kitchen garden, selain penyediaan struktur seperti pergola sebagai sokongan untuk tanaman menjalar seperti kacang panjang, petola, timun dan sebagainya trellis juga merupakan pilihan terbaik
Namun yang menjadi masalah apabila trellis yang dibina bersebelahan dengan dinding solid atau tembok pagar. Mesti bahagian yang berhampiran dinding menyukarkan anda untuk capai. Jadi, jika terdapat sayuran yang perlu tuai atau tanaman yang memerlukan penyelenggaraa, ia terpaksa diabaikan
Namun pekebun bandar dari Thailand ini mempunyai solusi tersendiri iaitu dengan membina trellis yang dilengkapi dengan engsel untuk memudahkan ia menuai sayuran yang terletak di bahagian yang sukar dicapai
IKLAN
Pemilik telah menanam remayung pada trellis 1.2m x 2m. Remayung adalah sejenis tanaman seakan bayam tetapi ia menjalar dan membiak dengan cepat.
IKLAN
lakaran menunjukkan mekanisma binaan trellis yang telah digunakan
Untuk mengikat struktur agar bediri tegah dan kukuh, pemilik telah menggunakan hook mudah alih atau Turn Buckle yang telah diletakkan pada dinding berhampiran. Apabila tiba masa untuk menuai atau melakukan penyelenggaraan pada bahagian yang sukar dicapai, buka kan sahaja bahagian hook.
Kebiasaanya daun ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa diguanakan untuk tujuan membungkus makanan seperti tempe, tapai dan sebagainya. Namun, ramai tak tahu daun ketapang mempunyai nutrien yang baik untuk tanaman. Bagi yang mengamalkan amalan kebun hijau, daun ketapang boleh menjadi hormon penggalak akar dan booster. Ia mudah disediakan dan tidak memerluakn bahan yang rumit.
Hormon pengakaran ini boleh digunakan untuk:
1. Mempercepatkan proses tut pokok tanaman
2. Mengakarkan keratan batang pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
3. Memulihkan pokok yang dialihkan
4. Menyuburkan tanaman yang mengalami kerosakan akar
5. Menyuburkan Medium Tanaman.
Cara Membuat Hormon Pengakaran:
1. Kumpulkan daun pokok Ketapang yang gugur. Pilih daun yang kekuningan dan masih segar..
2. Sukatannya ialah 1 kilo daun + 10 liter air
3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang.
4. Rendamkan dalam air biasa minimum semalaman.
5. Simpan air rendaman yang mengandungi hormon daun Ketapang tadi.
6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal pokok atau dalam pasu. Biarkan ia menjadi reput
Akar yang agresif di bawah timbunan daun ketapang
Cara penggunaan hormon:
Pokok> Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Keratan > Rendam keratan dalam air hormon semalaman sebelum ditanam.
Catatan: Perlu diingatkan air daun ketapang bersifat acidic. Penggunaan dalam jangka panjang bisa menyebabkan media menjadi masam (pH rendah).
Tip IMPIANA pada kali ini khas untuk semua pemilik kediaman yang mempunyai balkoni. Tidak kiralah sebesar mana pun ruang balkoni anda, dekor tetap dekor.
Amat sedih apabila kita lihat mahligai indah yang mempunyai pemandangan cantik tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa hiasan yang sesuai sehinggakan ianya dibiar kosong begitu sahaja serta menjadi tempat sidaian kain basahan.
IMPIANA kongsikan beberapa idea balkoni menarik dan praktikal agar anda boleh merenovasikan balkoni anda menjadi segar dan sedap mata memandang, jangan sampai ruang tamu serta dapur cantik, tetapi balkoni hambar.
1) Susun atur sofa L Shape di balkoni
Jangan ingat ruang tamu sahaja anda boleh letak L-Shape sofa, di balkoni juga anda boleh muatkan sofa ini dengan memilih secara teliti mengikut ukuran saiz balkoni yang anda miliki. Pulang kerja selain daripada melepak di ruang tamu, balkoni juga berupaya untuk menjadi ruang rehat yang memuaskan disulami angin bayu.
2) Ruang pejabat mini
Untuk pemilik kediaman balkoni bukan open air, anda boleh jadikan ruang balkoni anda ruang pejabat mini. Di kala anda tidak punyai idea yang bernas, apa kata rehat sebentar sambil menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan indah. Mana tahu, tiba-tiba pelbagai idea awesome datang. Who knows!
3) Makan malam romantik
Dari berbelanja mewah di restoran hanya untuk makan malam romantis, lebih baik anda masak sendiri hidangan serta juadah dan fully utilized balkoni kediaman anda untuk menyambut hari istimewa bersama pasangan. Percayalah, pasangan anda lebih menghargainya daripada berbelanja besar di restoran mewah. Hari-hari lain anda boleh jadikan ianya sebagai ruang makan tidak kira sarapan atau makan tengahari. Ianya milik anda, tidak perlu book table pun.
4) Merasai pengalaman Marakesh, Morocco di balkoni sendiri
Untuk mereka yang gemarkan idea dekorasi timur tengah. Anda boleh pasangkan ruangan balkoni dengan lampu malap yang cukup untuk menerangi ruangan balkoni. Hanya tambah sofa yang selesa dan pastinya jug Shisha untuk menambahkan lagi elemen timur tengah. Jangan lupa untuk pasang sliding door kedap udara. Anda pastilha tidak mahu cemari ruang tamu anda dengan asap shisha sehingga menimbulkan ketidakselesaan tetamu yang berada di dalam.
5) Cucuk tanam di tengah kota
Idea biasa tetapi menarik untuk dilaksanakan di balkoni anda. Jadikan ianya ruang untuk anda bercucuk tanam secara kecil. Anda boleh tanam cili, daun sup, daun pandan, daun kari, kunyit, pokok selasih, daun kesum, serai dan sebaginya lagi. Tetapi ingat, anda kena jaga dengan betul segala tanaman yang diusahakan, takut nanti balkoni anda menjadi sarang untuk tetamu yang tidak diundang.
6) Rumah untuk si comel
Daripada kita biarkan si comel duduk di luar rumah dan berpotensi besar untuk diganggu penduduk lain, apa kata anda gunakan balkoni anda sebagai taman permainan buat kucing kesayangan anda. Mereka akan bebas daripada gangguan haiwan lain serta orang ramai pun tidak akan mengata jika mereka membuang air besar. Kucing anda, tanggungjawab anda.
7) Parti BBQ di balkoni
Siapa kata nak anjurkan parti BBQ di rumah kondominium atau apartment tidak sesuai. Kalau persiapan keselamatan anda mantap, ianya tidak menjadi masalah. Yang penting anda kena pastikan pemisah antara balkoni dan ruang dalam kediaman adalah sliding door yang kedap udara. Tinggal di kediaman kompak, persiapan BBQ anda juga seharusnya berskala kecil untuk tetamu yang tidak ramai.
Bagaimana dengan paparan yang IMPIANA sajikan, jika anda berpuas hati, realisasikannya mengikut kreativiti anda dan jangan lupa untuk tag FB page IMPIANA agar idea menarik anda dapat diikuti oleh pembaca lain. Salam dekorasi!
Bagi anda yang mempunyai kebun dan dusun durian di kampung, sudah pasti pernah berdepan dengan masalah buah yang rosak akibat ditebuk haiwan perosak seperti tupai.
Malah, meski pelbagai cara dan kaedah sudah dilakukan bagi untuk menanganinya, namun masalah tersebut masih tidak berhasil atau berjaya untuk diatasi.
Buat anda yang ingin mengatasi masalah tersebut, tidak perlu lagi berasa bimbang dan khuatir kerana kini ada cara dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk menangani daripada haiwan perosak ini terus berleluasa di kebun dusun durian anda.
Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah hanya menggunakan sekeping atau dua keping ‘aluminium plate’ yang boleh dibentuk kemudian diletakkan pada setiap batang pokok durian menggunakan paku seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
Pastikan keliling batang pokok durian anda itu telah balut dengan ‘aluminium plate’ dengan ketat supaya ia tidak mudah tertanggal dan sebagainya.
Akhir sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan sedikit minyak di keliling permukaan ‘aluminium plate’ yang telah dipasang pada batang pokok durian. Dengan kaedah ini, dipercayai boleh menyebabkan haiwan perosak seperti tupai ini susah dan tidak lagi berupaya untuk naik ke atas dahan pokok durian anda lagi selepas ini.
Semoga perkongsian manfaat ini dapat dikongsi bersama orang ramai dan selamat mencuba!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...