Dewasa ini ramai sedar akan keperluan tanaman organik. Paling ditekankan dalam penanaman organik adalah penggunaan baja dan racun serangga. Bagi mereka yang mengusahakan kebun organik, segala apa yang mungkin untuk memastikan tanaman mereka sihat akan diusahakan selian penggunaan kimia.
Disini terdapat beberapa trik dan tip orang lama dalam berkebun yang amat sesuai digunakan bagi anda yang mengusakan kebun secara organik. Kebanyakkan tip dan trik yang disenarikan hanya menggunakan bahan-bahan mudah dapat dan tidak memerlukan belanja yang banyak. Sungguhpun ada antara bahan yang digunakan najis dan kotoran, namun ia adalah baja dan racun serangga yang paling berkesan dan mujarab.
Untuk tip 1 hingga 5 [klik sini]
6. Paku pokok
Pokok susah nak berbuah. Sebelum ini, Laman impiana pernah kongsikan cara untuk memaksa pokok berbuah iaitu dengan menetak dan mengugut [klik sini untuk artikel lengkap]. Selain itu juga, anda boleh cuba kaedah yang telah di gunakan sejak berkurun ni iaitu dengan memaku pada batang pokok. Perasan tak di kampung pada pokok pelam terdapat paku? kecil-kecil dulu ingat ia untuk sangkut pasu ke apa. Sebenarnya ia adalah salah satu tip untuk memaksa pokok berbuah dan teknik ini turut digunakan oleh masyarakat di luar negara.
Pokok epal yang sudah tua dn enggan berbuah apabila di paku apda pangkal batangnya mula mengeluarkan buah. Di india pula, pokok kelapa yang tidak berbuah di paku dan ia menghasilkan tandan buah baru.
7. Rendaman paku karat
Bagi tanaman yang mempunyai masalah kekuranagn iron atau dipanggil iron chlorosis boleh menggunakan petua ini. Petanda tanaman anda mempunyai amsalah ini adalah apabila daun baru kelihatan kekuninggan.
8. Air kelapa
Air kelapa diperkaya denagn pelbagai miniral. Ia kerap menjadi pilihan bagi pekebun-pekebun organik bagi tujuan menggalakkan pertumbuhan akar terutamanya bagi tanama yang baru di semai atau ditanam semula
9. Pacak duit siling
Tidak semua duit syiling boleh dijadikan penabt mencegah serangga perosak. Hanya yang diperbuat dari tembaga yang mempunyai tidak balas tersebut. Tebaga diperakui mempunyai sifat rintangan terhadap serangga perosak terutamanya bordeaux. Selain menanam duit syiling disekitar tanaman, anda boleh cuba hasilkan air rendaman duit siling tembaga dan siram atau semburkan pada tanaman. Ia mampu membunuh telur dan larva serangga yang terdapat di dalam tanah mahupun pada permukaan daun
10. Semburan air sabun
Aphids antara serangga perosak utama tanaman. Serangga haluspenghisap tanaman ini mudah dan cepat membiak. Kebiasaanya semut adalah agen pembawa serangga ini kepada tanaman anda kerana aphids adalah antara makanan kegemaran semut. Terdapat pelbagai racun kimia dan organik yang boleh digunakan untuk mengawal serangga perosak ini. Namun yang paling mudah dan cepat adalah dengan menggunakan air sabun basuh pinggan. Capurkan 2 sudu cecair pencuci pinggan di dalam i gallon air dan kacau rata. Semburkan air sabun tersebut pada keseluruahn tanaman terutamanya kawasan yang dijangkiti.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI