Negara Singapura dikhabarkan sedang merancang untuk membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi dinegaranya tidak lama lagi. 

Menurut sumber Skyscrapers MY menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter memaklumkan bahawa syarikat gergasi internet dari China iaitu Alibaba akan membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi di Singapura dengan ketinggian hanya 305 meter sahaja.

Ini kerana, maksimum ketinggian bangunan yang mahu dibina harus tidak boleh melebihi dengan ketinggian 290 meter seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara Singapura sebelum ini.

Maka, perancangan pembinaan menara pencakar langit ini harus melalui standard piawaian dan undang-undang yang telah ditetapkan serta kelulusan oleh pihak kerajaan Singapura.

Singapura Bakal Bina Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Singapura Bakal Bina Bangunan Pencakar Langit Tertinggi

IKLAN

Untuk maklumat anda, menara itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan akan menempatkan pejabat, kediaman, hotel dan pusat membeli-belah.

Sehingga kini, menara Guoco masih kekal dinobatkan sebagai menara pencakar langgit tertinggi di Singapura dengan ketinggian 283.7 meter selepas ia telah siap dibina sekitar pada tahun 2016. 

IKLAN

Singapura Bakal Bina Bangunan Pencakar Langit Tertinggi

Sumber: Twitter Skyscrapers MY 

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Singapura Bakal Bina Bangunan Pencakar Langit Tertinggi

Baca artikel berikutnya: Hampir 9 Tahun Dalam Pembinaan, Menara Merdeka 118 Kini Sudah Hampir Siap Sepenuhnya!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI