Kekasih yang tidak pernah merungut , menjadi teman setia mendengar keluh kesah kita dan setia menanti di pintu masuk setiap kali pulang dari kerja atau mahu ke tempat kerja……tidak pernah meminta belikan emas dan berlian, cukuplah sekadar menjaga makan minumnya….namun kini ada hadiah menarik buat kekasih kita..sebuah rumah menjadi tempat berehat…idea menarik daripada pereka…mungkin kita boleh buat sendiri selepas ini…..mungkin aja….
Ala town house…
ala kedesaan dan rumah ladang…..
ringkas mudah alih dan dilipat….
Kondo mewah di lereng bukit….
Ads
ala kediaman urban inspirasi menara melihat bulan bintang
Biru bukan, hijau pun bukan. Namun warnanya menjadi buah mulut ramai kebelakangan ini. Ada apa dengannya? Hijau merak warna asalnya dipudarkan menjadi biasan kehijauan dan kebiiruan yang mendamaikan juga dingin. Turquoise telah menjadi pilihan rami pereka baik dalam dunia korporat , fesyen apa lagi dekorasi.
Cukup seksi dipadankan dengan percikan jingga . Tetapi tampil maskulin jika digandingkan dengan ungu pudar atau biru muda. Paling indah disandingkan dengan merah jambu umpama teratai di tasik madu. Biar kontra tetapi entah apa jampinya di sini, rona kontra itu tampil begitu harmoni dilihat pada ruang beradu. Adakah itu sumpahan atau penawar?
Paling menarik diabadikan pada dinding kamar. Rona lembutnya yang dingin memberi satu ketenangan. Malah sesuai pula dalam apa juga konsep berdasarkan biasannya, pekat atau cair. Makin pastel makin cantik. Makin pekat kelam makin eksklusif dilihat. Cukup indah dipadankan buat kamar kanak-kanak, cukup romantis buat pengantin baru malah cukup tenang menyegarkan buat di kamar warga emas. Pilih sahaja yang mana sesuai dengan cita rasa kamu. Turquoise, kesegaran dalam nilai eksklusif.
Simple-simple je di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mengunjungi kediaman yang terletak di kejiranan Valencia, Sungai Buloh ini mengundang daya tarikan di mata penulis. Susun atur yang kelihatan kemas dan mempunyai identiti tersendiri pastinya membuat sesiapa sahaja berasa selesa menikmati hidangan di sini. Pertemuan penulis dengan pemilik kediaman menarik minat penulis untuk mencungkil konsep yang diketengahkan olehnya.
Saya sukakan konsep kafe sebab nampak relax dan chill, “ akui pemilik. Pendekatan gaya ringkas bukan sahaja membenarkan jelmaan ruang menjadi tampak selesa malah turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Memulakan bicara, pemilik menceritakan bagaimana minatnya terhadap konsep kafe dan inspirasi dari majalah dekorasi kediaman mencetus impiannya untuk memiliki dapur sebagaimana yang diidamkannya.
ELEMEN SUSUN ATUR
Bagi menyuntik gaya kafe di ruang dapur, pemilik banyak bermain dengan susun atur peralatan dapur agar tampil bergaya dan dalam masa yang sama kelihatan kemas tanpa menyesakkan ruang. Malah dapat dilihat sebahagian dinding dapur juga menerapkan konsep industri dan berlantaikan kayu bagi membentuk karakter yang diingini pada ruang dapur. Pemilik bijak mengkoordinasi peletakan elemen dan menyuai padan seleksi rona agar kelihatan harmoni.
MATERIAL TERPILIH BENTUK GAYA DAPUR
Pemilihan material stainless steel dan kayu untuk kabinet memberi inspirasi gaya ruang dapur tampil rapi dan menarik. Pun begitu, pemilik ingin memberikan sedikit kelainan dengan memadankan material kaca untuk bahagian kabinet tall unit. Penyatuan tiga material ini secara tidak langsung dapat menonjolkan kelainan dan imej moden pada rekaan kabinet. Menyempurnakan wajah rekaan kabinet, penggayaan tanpa handle membentuk imej yang lebih menarik dan kemas rekaannya.
Manakala peletakan sinki granit dengan ciri tahan lasak dibentuk secara binaan dalam untuk memastikan ruang dapur tersebut digunakan dengan selesa dan bebas daripada kebocoran air yang boleh menyebabkan kerosakan di bahagian kabinet. Ruang kaunter pula menjadi medan interaksi sementara untuk menikmati hidangan pagi sebelum keluar ke pejabat.
Bagi pemilik sebuah ruang dapur umpama cerminan personaliti isi rumah sesebuah keluarga. Justeru itu pemilik ingin ia tampil dalam kondisi terbaik kerana ruang dapur merupakan lokasi paling penting pada sesebuah kediaman. Jika ia tampil menarik dan tersusun maka secara tidak langsung menerbitkan perasaan gembira dan ceria ketika menikmati hidangan makanan bersama orang tersayang.
RUANG PENSTORAN SISTEMATIK
Beralih kepada ruang penstoran, dapur disusun secara sistematik agar tampil kemas. Pemilik menerapkan ilham segar dengan mewujudkan rak bergerak untuk memudahkan penstoran yang bijak dan praktikal. Ini kerana ruang penstoran tidak kurang pentingnya dalam membantu memudah cara meletak barang dan juga peralatan dapur. Penstoran yang teratur juga menjadikan dapur tampil lebih bersih dan sempurna. Meneliti binaan dalam kabinet, penggunaan aplikasi sistem yang moden turut digayakan untuk melengkapkan lagi konsep pilihan. Selain itu, tall unit dengan pintu kaca menempatkan buku-buku dan item kegemaran pemilik juga turut disusun dengan kemas.
RUANG MAKAN BERGAYA
Persembahan gaya ruang makan begitu mengasyikkan. Ruang makan formal yang dijelmakan berdekatan dengan ruang dapur. Penggayaan meja makan tampil menyerlah di dalam kelasnya yang tersendiri. Sebuah cermin dengan bingkai dempak turut digayakan pada ruang ini bagi memberi gambaran luar biasa. Menurut pemilik, pada hujung minggu, mereka sekeluarga akan menghabiskan masa minum pagi di gazebo luar rumah sambil menghirup angin pagi. Gazebo yang direka khas dari kayu terbuang nyata menjadi tempat yang menepati gaya. Nyata pemilik seorang yang mementingkan kesempurnaan dan gaya di ruang dapur maka tidak hairan ruang dapur sentiasa tampil hebat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kasih dan sayang, dua rencah yang salin mendukung. Menuai kasih dan sayang umpama bayangan keindahan syurga di dalam imaginasi kita. Rasa itu bukan sebarangan dan warnanya juga bukan mudah kita zahirkan. Namun pereka sedaya mampu bermain dengan imaginasi dan gerak hati , rasa dan pengalaman yang telah lalu untuk meluahkan apakah yang dinamakan romantisme. Sentuhan yang memberi kesan mendalam di jiwa dan rasa yang menjadi bekalan dalam ingatan sehingga ke akhir hayat.
Suasana syahdu, hening, senang dalam kebahagiaan dizahirkan dengan rona pastel. Lembut membelai dan umpama suara yang berbisik lembut melagukan kata cinta di telinga. Rona pastel mempunyai kekuatan tersendiri. Ia lebih indah jika sinar semula jadi yang tersimbah di jendela, kita tapis dengan fabrik telus pandang seperti sheer curtain. Selaras dengan ronanya yang lembut, cahaya yang menghidupkan serinya juga perlu lembut membelai. Selalunya dalam menata hias ruang agar sedap mata memandang, teknik suai padan harmoni dipraktikkan. Padanan kontra hanya menjadikan suasana nampak lebih aggresif, lasak dan lincah.
Uniknya di sini, padanan kontra rona pastel sesama pastel menjadikan suasana ruang kamar tentunya lebih indah dan menarik sekali bak sebuah pesta. Bahkan menyerlahkan kreativiti pereka dan memberi kelainan yang tidak pernah kita sangka biar pun ia sangat kontra. Umpama satu keajaiban dalam dunia warna yang membangktikan kesyahduan. Cukup dua atau tiga warna, ruang mampu berubah rupa dalam sekelip mata. Pilihan terbaik untuk kamar beradu yang kini merupakan ruang privasi bagi tuan rumah melepaskan lelah, berehat atau menyendiri serta beribadat. Pilihan terbaik untuk mahasiswa, warga emas dan si anak kecil. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.