Kayu merupakan bahan yang sentiasa in trend. Walaupun pelbagai konsep baru yang datang dan pergi, setiap satunya boleh dipadankan dengan kayu. Jadi tidak hairanlah jika material ini akan sentiasa mendapat tempat dihati pengguna. Selain gayanya yang tidak lapuk dek zaman, kayu juga merupakan bahan semulajadi yang versatile. Terdapat banyak kegunaan kayu yang dapat kita manfaatkan dalam kehidupan seharian. Banyak lagi faktor-faktor yang menjadikan kayu salah satu bahan yang masih kekal digunakan sehingga ke hari ni. Jadi mari kita selami elemen-elemen yang menjadikan material kayu ini menarik dan timeless.

Sentiasa In Trend. Ini 6 Sebab Tak Rugi Kalau Bina Rumah Ada Elemen Kayu

Memiliki Nilai Seni Tersendiri
Rumah kayu dikatakan mempunyai nilai estetika semulajadi yang mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Warna natural kayu dan urat yang menarik juga menambah elemen kesenian yang sentiasa menjadi pilihan pemilik.

Memberikan Suasana Yang Nyaman
Rumah kayu tak kira moden atau tradisional sememangnya akan dapat memberikan persekitaran yang lebih selesa dan juga segar. Aliran udara yang lancar datang dari material itu sendiri juga dapat memastikan kediaman sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk didiami.

Menghadirkan Penampilan Yang Unik
Semakin sulit corak atau ukiran kayu yang digunakan, semakin tinggi pula nilai seni yang dimiliki rumah tersebut. Rumah kayu mempunyai penampilan yang unik dan menarik serta dapat memikat hati sesiapa pun yang melihatnya.

Sentiasa In Trend. Ini 6 Sebab Tak Rugi Kalau Bina Rumah Ada Elemen Kayu

Ads

Material Kedap Bunyi
Bagi anda yang menggemarkan ketenangan dan menginginkan privasi, material kayu adalah salah satu bahan yang patut anda pertimbangkan. Kayu merupakan penyerap bunyi yang baik dan boleh menjadi pelaburan yang tepat buat anda menciptakan suasana yang aman di rumah.

Pelaburan Yang Bijak
Seperti yang sudah dikatakan pada perenggan sebelum ini, rumah kayu tidak hanya dapat dimanfaatkan sebagai kediaman impian tetapi juga sebagai pelaburan bijak. Ini adalah kerana rumah kayu yang kukuh dan tahan lama digabungkan bersama reka bentuk yang menarik akan dapat meningkatkan daya penarik rumah tersebut. Dan sudah tentu nilainya juga akan meningkat, menjadikannya sebuah pelaburan buat masa hadapan.

Struktur Tahan Gempa
Rumah kayu dikatakan memiliki daya tahan yang cukup baik terhadap gempa. Sifat kayu yang dikatakan elastik menjadikannya lebih tahan dan kebal dalam situasi gempa, berbeza dengan material binaan lain yang lebih mudah runtuh dan mendatangkan bahaya.

Ads

Sentiasa In Trend. Ini 6 Sebab Tak Rugi Kalau Bina Rumah Ada Elemen Kayu

KEBURUKAN

Kos Yang Agak Tinggi
Buat anda dengan bajet yang minimum, material kayu bukan lah pilihan yang tepat. Ini kerana kekurangan sumber kayu telah mempengaruhi harganya sehinggakan menjadi semakin mahal dan hampir mustahil untuk memiliki sebuah kediaman yang dibina dengan 100% kayu.

Ads

Proses Pekerjaan Rumit
Tidak seperti batu bata yang di ‘ikat’ menggunakan simen, proses pemasangan kayu adalah amat rumit dan hanya boleh dilakukan pakar. Selain harga kayu yang mahal, bayaran upah membina daripada material kayu sudah tentunya lebih mahal kerana prosesnya yang susah.

Risiko Kebakaran 
Perkara yang bukan lagi rahsia. Kayu merupakan bahan yang tidak tahan haba atau panas jadi ia bukanlah penebat yang baik. Satu kepincangan daripada material ini ialah jika berlaku kebakaran, segalanya akan dengan mudah dijilat api.

Sentiasa In Trend. Ini 6 Sebab Tak Rugi Kalau Bina Rumah Ada Elemen Kayu

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI