Sudah banyak artikel tentang rumah yang disiarkan oleh IMPIANA baik dari jenis teres hingga ke rumah high rise disekitar semenanjung Malaysia. Kali ini IMPIANA ingin mengajak anda untuk menjengah saudara borneo kita di negeri Sarawak yang mana mereka amat terkenal dengan pembuatan rumah panjang yang boleh memuatkan lebih daripada 10 keluarga dalam satu rumah. Jika dalam sebuah komuniti adanya ketua kampung, ketua adat dan tok batin, di rumah panjang tanggungjawabnya tergalas di bahu seorang tokoh bernama Tuai Rumah.
Rumah panjang tradisional diperbuat daripada sumber semula jadi seperti kayu,buluh dan dibina secara bertingkat di atas tanah. Lazimnya ia akan menempatkan semua ahli keluarga dalam satu rumah dan berkongsi ruang tamu yang sama dalam saiz panjang dari hujung ke hujung. Kebiasaanya, kediaman jenis ini menjadi penempatan buat suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh.
Rumah panjang tradisional dibina menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah rosak seperti kayu belian manakala binaan bumbungnya diperbuat daripada daun rembia dan apa jua jenis daun yang tebal dan tahan lasak. Untuk menampung penduduk yang ramai lantainya diperbuat daripada buluh, papan atau kulit kayu. Tangganya pula dihasilkan daripada sebatang kayu bulat yang ditakik menggunakan beliong.
Walaupun negara kita sudah memasuki zaman moden dimana pembuatan rumah juga turut mengikuti arus peradaran zaman, begitu juga dengan rumah panjang, hari ini sudah ada rumah panjang moden tetapi senibinanya kekal sama seperti tradisional. Sepertimana perkongsian yang dibuat oleh seorang pemilik laman sosial iaitu Andrewson Luat Jantai yang mana beliau telah berkunjung ke salah satu rumah panjang moden yang terletak di daerah Bintulu, Sarawak.
IKLAN
Senibinanya diperbuat daripada batuan konkrit dengan hiasan dalaman yang moden. Seperti contoh, penggunaan kipas elektrik dihadapan setiap bilik keluarga, sofa dan dapur moden. Terdapat seramai 33 keluarga yang mendiami rumah panjang tersebut.
IMPIANA paparkan untuk anda beberapa rumah panjang moden untuk kita ketahui dengan lebih luas salah satu khazanah budaya berbilang kaum yang ada di Malaysia.
Kediaman dengan keluasan 646 kaki persegi ini dimiliki oleh seorang ibu muda Bersama seorang anak lealki berusia 5 tahun yang terletak di bandar Ho Chi Minh telah mendapat sentuhan magis dari Toki Home. Menzahirkan sebuah dekorasi yang mencerminkan sifat si pimilik yang ceria dan mesara, kediaman ini ditata dengan rona yang ceria.https://design-milk.com/images/2018/05/Toki-Home-Apartment-1-810×540.jpg
Menggariskan pemilihan rona kuning, biru dan putih, kediaman sempit ini ditata sebaik mungkin agar setiap sudut dmanfaatkan dan segala keperluan pemilik dapat disediakan. Pemilihan sofa kuning, membangkitkan lagi keseluruhan interior. Pemilihan dinding sebagai featurewall cukup sekadar menggunkan tekstur batu-bata dengan perincian tanaman gantung yang menghijau menjadikan dekorasi kediaman sempit ini nampak lebih unik.
Dapur berkonsepkan terbuka memberi kesan visual yang lebih luas. Lantainya pula sedikit tinggi bertujuan menjadi pemisah bagi setiap ruang. Disamping itu juga, pemilihan dapur lantai yang sedikit tinggi dapat mewujudkan kepelbagaian volume. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan visual yang tidak membosankan.
Pemilihan rona yang sama terut diserap dalam dekorasi di bahagian bilik utama dan kamar anak lelaki pemilik
Sumber: https://design-milk.com / Photos by Kingkien Photography.
Payah adakala untuk kita ungkapkan kepuasan memandang. Apatah lagi dengan karya hias yang begitu subjektif. Benda yang tidak bernyawa namun cukup hebat menggoda pandang. Apa pun di bawah sedar timbul rasa senang dan puas bila menatap sesebuah karya terutamanya pada dinding utama di ruang tamu kediaman. Umpama tempat bersemayam sang ratu , sofa tiga tempat duduk yang dihias indah pada sekitarnya.
Keseimbangan hiasan meja sisi kiri dan kanan, lampu meja gah, permaidani, dan deretan kusyen kecil megah umpama barang kemas yang menyerlahkan keindahan ruang utama tersebut. Itu belum lagi warna pilihan feature wall di belakangnya dan aksesori dinding yang pelbagai ibarat mahkota. Kata orang, inilah ruang atau kawasan yang penting bagi kita hias secantik mungkin. Ini kerana sejurus langkah kaki ke dalam kediaman, pandangan mata akan segera mendarat pada rekaan elegan set sofa tiga tempat duduk sebagai kerusi utama bersama segala hiasan dan feature wall di belakangnya. Dari sini juga tetamu sudah boleh membuat asumsi, orang jenis bagaimanakah kamu, karakternya….
Ibarat mengadap ratu, kita selalunya cukup cerewet dalam menghias kawasan ini. Ia secara tidak langsung memberi maksud tersurat akan personaliti kita sebagai tuan rumah. Ada yang memilih tema mewah denan susunan serba seimbang. Ada yang lebih suka memberontak dengan memilih gaya bebas dan padanan kreatif. Malah jangan terkejut jika ada yang menempatkan segala macam jenis bingkai gambar atau sekeping dua sahaja itu pun cukup di bahagian sisi dinding. Minimalism….Jangan lupa jambangan bunga hidup sebagai penyeri suasana.
Apa pun pilihan anda, komposisi ini antara perabot aksesori lantai dan dinding perlu ada satu kesinambungan yang harmoni. Satu ragam padanan yang saling melengkapi , dan memberi identiti pada ruang. Bukanlah bermakna segalanya perlu mahal sampai menjerut leher harganya tetapi padanan pintar ini juga memberi anda satu kepuasan. Perlu diingat kita pun perlu menukar kusyen, langsir aksesori sekali sekala sekitar enam bulan sekali misalnya. Jadi pastikan anda membuat perancangan rapi terutama dari aspek kemasan dinding. Adakah mahu dicat atau disempurnakan dengan kertas dinding. Apa pun pilihan anda jangan sampai ruang yang ada tidak boleh keluar masuk kerana terlalu sesak. Simple-simple je di IMPIANA.
Jika dahulu emas bagaikan satu kemestian dalam hiasan kediaman. Malah ramai yang bermati-matian menjadikan elemen emas ini sebagai satu material wajib ada di dalam kediaman. Kalau tak nanti dikata orang tidak mewah atau kaya. Begitu hebatnya penangan emas pada kita semua. Ada apa dengan emas ini sampai begiitu hebat di pandang tinggi dalam dunia dekorasi?
Itu mungkin selera lama namun kini, masih ada lagi sedikit elemen emas dalam kediaman. Ia sememangnya tidak boleh lari dari selera masyarakat kita. Pun begiitu pereka cuma mengadunkan elemen emas ini dengan gaya dekorasi moden dengan lebih kemas dan tidak keterlaluan.
Emas cuba diselit tanpa keterlaluan. Cukup untuk menyerlahkan seri ruang dan nampak elegan. Malah adakala ia digunakan begitu minimum tetapi impaknya sungguh dramatik dan cantik sekali. Gandingan hitam dan putih bersama emas dan sebagainya menjadikan ruang lebih menarik di pandang berbanding semua disalutkan dengan emas. Suai padan bijak dan kreatif menjadikan gaya kediaman anda tampil berbeza. Simple-simple je di IMPIANA
Jika di Malaysia, laman Instagram milik Nur Syamimi jadi perhatian kerana beliau menampilkan sisi kreatif menghias kediaman flat miliknya. Di Indonesia pula, nama Tiranissya...