Dikala tempoh PKP, stok makanan memang perlu sentiasa ada di rumah. Sesetengah ketua keluarga, akan menyediakan stok makanan untuk tempoh lebih dari 3-7 hari untuk mengurangkan risiko terdedah kepada wabak covid-19 yang semakin mengganas.
Antra stok makanan penting adalah roti. Adakalnya untuk keluarga yang besar, sekali beli 2-3 bantal. Tapi, perlu diingat tempoh tamat roti. Kebaisaanya, pasti ada yang terlupa dan bila melapasi tamat tempoh, kulat mula menunjukkan kehadiran.
Ads
Dalam situasi begini, pasti ramai rasa masih selamat makan bahagian yang tak ada kulat kan? paling tidak pun, hanya kepingan yang berkulat akan dibuang dan bahagian lain terus dikonsumsi. Sedar tak anda sedang membahayakan diri anda? Untuk penjelasan lengkap, tonton video yang disediakan oleh Science Insider ni
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jumlah mereka yang menyewa kediaman pada hari ini masih lagi tinggi. Ia berikutan harga pasaran rumah yang membebankan masyarakat kita untuk membeli kediaman sendiri. Jadi, pilihan yang terbaik adalah dengan menyewa.
Walaupun menyewa, keinginan dan niat untuk mendekor kediaman sentiasa menjadi halangan. Ia disebabkan oleh peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik seperti tidak boleh mengecat, memaku, menebuk lubang dan sebagainya.
Namun, itu bukanlah halangan kerana penyewa punya pilihan yang lain. Oleh itu, IMPIANA mencadangkan beberapa item dekorasi yang boleh anda terapkan di dalam rumah tanpa melanggar sebarang terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik.
Gunakan langsir yang bercorak
Kebanyakan rumah pada hari ini sudah dilengkapi dengan rel langsir yang mana penyewa hanya perlu mencangkukkan langsir bercorak pilihan anda. INGAT, pastikan anda memilih warna yang sesuai mengikut tema warna dinding rumah.
Troli hidangan
Solusi terbaik untuk mereka yang cemerkap, anda boleh gunakan troli ini sebagai elemen hidangan buat tetamu serta membantu anda menjaga kebersihan terutamanya daripada lauk yang berkuah tumpah ke atas lantai. Bayangkan hidangan lazat anda yang disediakan di dapur, diarak dengan megah dari dapur ke meja makan ruang tamu. Selain itu juga, troli hidangan ini boleh berfungsi sebagai rak hiasan atau meja konsol
Wallpaper mudah tanggal
Cat antara perkara yang paling tidak diendahkan oleh pemilik. Walaupun sudah beberapa kali bertukar penyewa, rumah yang disewakan tetap begitu. Walaupun ada tawaran dari penyewa untuk mengecat kediaman tapi perlu di tolak harga sewaan bulanan, ada pemilik tidak sanggup kerugian. Apa kata gunakan wallpaper yang mudah untuk ditanggalkan, hasilnya anda tidak perlu membazir tenaga mengecat rumah sewa kerana bila sampai masa untuk anda angkat kaki, anda perlu tepekkan semula dinding kediaman menggunakan warna yang sama seperti warna asal.
Lapisan bercorak
Untuk penyewa yang tidak mahu membazirkan tenaga menggantung serta membuat lubang untuk menggantung langsir pada tingkap, apa kata tampal sahaja film cermin bercorak ke atas tingkap rumah anda. Pastikan pilihan anda itu berupaya melindungi privasi tanpa menghalang kemasukan matahari pada waktu siang.
Lampu lantai
Pencahayaan tidak mencukupi. Nak letak lampu disiling tidak dibenarkan melakukan sebarang ubah suai. Apa kata, lengkapkan kediaman anda dengan tambahan lampu lantai. Lampu sebegini boleh diubah alih mengikut kesesuaian. Anda tidak perlu pening kepala nak drill dinding, gantung lampu bagai, nanti nak pindah, satu kerja nak tampal balik dinding yang ditebuk. Kalau dapat pemilik baik hati, tidak mengapa. Kalau jenis cerewet dan tidak mahu pulangkan deposit, anda sendiri yang rugi. Sentiasa bijak dalam mendekor.
Lampu Chandelier
Jika anda perasan, di tengah ruang tamu utama terdapat cangkuk khas. Ianya sama ada digunakan untuk menggantung kipas ataupun lampu. Jika kediaman anda sudah menggunakan air-conditioner, mungkin anda boleh gantikan bahagian siling yang kosong dengan meletakkan lampu chandelier sebagai hiasan utama. Jangan risau, anda tidak akan pening untuk mengalihkannya di kemudian hari apabila berpindah ke rumah baharu nanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Fishball atau bebola ikan memang makanan kegemaran anak-anak tidak kira di dalam apa jua juadah yang sesuai. Sama ada dibuat sup, campuran bahan dalam mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Namun, bebola ikan yang dibeli di pasaran agak was-was bukan sahaja dari segi kebersihan, malah kandungan yang digunakan.
Apa kata, kita buat sendiri. Tak susah pun. Terdapat banyak perkongsian resepi bebola ikan ni di laman sosial. Namun, kebanyakannya menggunakan ikan-ikan mahal seperti tenggiri, todak, dorry, ikan merah dan sebagainya. Tapi, IMPIANA tertarik dengan resepi bebola ikan dari Bonda rozita kerana ia menggunakan ikan selayang atau kembung je. Jom kita saksikan bahan dan cara-cara membuat bebola ikan di dalam video yang telah disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Waktu PKP ni, seronok lihat rakan IMPIANA rajin berkebun. Yang tak minat pun, kini semakin rancak dan seronok kerana ia adalah antara aktiviti yang menarik dilakukan untuk mengisi masa lapang. Melihat hasil tanaman yang diusahakan, menambah minat untuk terus berkebun walaupun di ruang yang sangat sempit dan terbatas.
Salah satu cara atau solusi terbaik untuk memaksimumkan ruang tanaman adalah penggunaan pasu gantung. Kali ni, IMPIANA kongsikan cara untuk hasilkan pasu gantung comel dari botol plastik minuman terpakai. Jom saksikan video yang tealh disediakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.