Fishball atau bebola ikan memang makanan kegemaran anak-anak tidak kira di dalam apa jua juadah yang sesuai. Sama ada dibuat sup, campuran bahan dalam mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Namun, bebola ikan yang dibeli di pasaran agak was-was bukan sahaja dari segi kebersihan, malah kandungan yang digunakan.
Apa kata, kita buat sendiri. Tak susah pun. Terdapat banyak perkongsian resepi bebola ikan ni di laman sosial. Namun, kebanyakannya menggunakan ikan-ikan mahal seperti tenggiri, todak, dorry, ikan merah dan sebagainya. Tapi, IMPIANA tertarik dengan resepi bebola ikan dari Bonda rozita kerana ia menggunakan ikan selayang atau kembung je. Jom kita saksikan bahan dan cara-cara membuat bebola ikan di dalam video yang telah disediakan
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Makeover atau kerja ubahsuai kediaman tidak semestinya memerlukan anda untuk upah kontraktor atau melibatkan tugas-tugas memecah. Lebih-lebih lagi, bagi anda yang suka tukar konesp kediaman.
Zaman serba mudah ni, nak tukar kemasan seperti jubin pun dah ada cara cepat dan jimat seperti menggunakan pelekat, Nak buat dinding kayu guna gam je tak perlu paku dan pelbagai lagi.
Seperti perkongsian dari Nur Natasha Abdullah. Dapur berkeluasan 12×17 kaki yang pada asalnyanya bertemakan hitam putih, diberi nafas baru dengan mengetengahkan elemen kayu atau rona earthy. Inspirasi Puan Natasha kebanyakannya dari pinterest dan minatnya kepada dekor gaya minimalis.
1. Shiplap + gam silicon RM 200 Beli dekat Shopee RM 3.50 sekeping. Lepas tampal, cat dengan KCC paint
kena, jangan sayang nk buang barang yang tak perlu & jarang guna. Minimize kan barang atas kabinet utk letak barang y selalu guna je. Kalau barang tak selalu guna kena letak dalam kabinet. Setiap kali lepas guna dapur, terus bersihkan lap kemas balik supaya dapur sentiasa nampak kemas & tersusun
Bahan ringkas, boleh je hasilkan menu yang sedap dan pasti akan menajdi kegemaran seisi keluarga. MCO 3.0 ni mesti mak-mak pening kepala nak fikir menu apa. Lebih-lebih lagi untuk juadah minum petang. Hari ni, Impiana nak kongsikan resepi Kuih Bom yang popular di Pantai Timur. Yang penting, bahan-bahannya tak rumit dan tak mahal pun
Bahan-Bahan:
1 Cawan Air
1 Sudu Kecil Yis
1/2 Cawan Gula
1 Sudu Besar Marjerin
2 1/2 Cawan Tepung Gandum
Untuk cara penyediaan, apa kata tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
SEMBANG DEKOR bersama pelakon yang satu ketika dahulu menjadi kegilaan ramai di luar sana dengan raut wajah tampan dan ketinggian beliau. Siapa lagi kalau bukan Dazrin Kamarudin yang kini telah melebarkan sayapnya ke dunia hiasan dalaman. Dazrin dan isteri, Nur Fazulin Razali kini bergabung tenaga untuk memajukan perniagaan Al-Aqsa Carpets Factory Outlet. Sebagai Pengarah Urusan Inovasi Al- Aqsa Carpets banyak pasangan ini lakukan untuk memastikan kualiti dan perkhidmatan yang mereka berikan pada pelanggan memuaskan.
Sesungguhnya, bukan sekadar karpet yang murah banyak lagi barang kelengkapan rumah yang lengkap di Al-Aqsa ini, kalau anda pergi melihat dengan mata anda sendiri pastinya rambang mata. Tapi kali ini, IMPIANA bukan ingin kongsikan tentang Al-Aqsa Carpet, tetapi rumah Pengarah Urusan Inovasi Al-Aqsa ini. Kata Dazrin, buatlah apa sekali pun di rumah anda, asal kan anda dan keluarga selesa dengan gaya dan cara kediaman anda.
Betul apa yang di katakan Dazrin ini, kerana rumah adalah miliki peribadi seseorang itu jika kita terlalu mendesak dengan sesuatu yang mungkin diluar kemampuan akan membuatkan kita menjerat diri. Jadi hiaslah rumah anda mengikut citarasa tersendiri dan kepuasan ahli keluarga. IMPIANA ambat berbesar hati kerana Dazrin dan isteri sudi berkongsi ruang dalam kediaman mereka.
Jika anda ingin tahu pasangan ini mempunyai minat yang berbeza dalam dekorasi, Dazrin gemarkan konsep yang agak klasik manakala Zulin pula lebih gemarkan konsep moden dalam penataan. Tetapi pasangan ini tidak mempunyai masalah dalam menghias rumah mereka, kerana bijak mengabungkan dua citarasa ini dalah satu kediaman yang cukup harmoni.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang cukup comel, Dasuki Dazrin, 3 tahun yang selesa dengan susun atur dalam kediaman rumah ini. Bijak Zulin mengayakan tata rias dalam rumah yang lebih lapang dan luas untuk si manja bermain tanpa perlu risau akan kecederaan yang mungkin kita tidak mahu seperti terhantuk pada meja, kabinet atau pasu hiasan dan sebagainya. Bagi Dazrin dan Zulin selagi mempunyai anak kecil ini memang tak boleh ada hiasan yang banyak, takut bahaya kepada si comel.
Setiap sudut dan ruang pastinya hamparan permaidani yang cukup cantik menjadi hamparan pada lantai kediaman mereka, mana lagi kalau bukan karpet Al-Aqsa manjadi pilihan mereka. Terdapat juga ruang santai outdoor, rumput karpet tiruan jadi kemasan agar lebih selesa dan sejuk mata memandang. Dazrin dan isteri banyak menghabiskan masa di rumah jika waktu cuti, jadi bagi Dazrin dan Zulin rumah adalah syurga untuk meraka dan anak kesayangan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.