Lazimnya, bagi mendapatkan cucian yang wangi dan lembut, kita akan gunakan pelembut fabrik. Tetapi tahukah anda, bahan ini tidak saja boleh digunakan untuk cucian malah terdapat pelbagai lagi kegunaan lain yang dapat membantu kerja-kerja rumah yang lain.

Disini, IMPIANA kongsikan 7 lagi kegunaan lain pelembut fabrik yang boleh anda cuba di rumah.

  • Menghilangkan kesan hangus pada periuk belanga

Kesan hangus pada kuali tidak muda untuk di cuci. Anda boleh menggunakan pelembut kain untuk menghilangkannya. Caranya, anda perlu rendam kuali anda dengan sedikit pelembut kain yang telah dilarutkan bersama dalam air suam. Kemudian, biarkan semalaman.

  • Membersihkan perabot kayu

Pelembut kain yang digunakan atas permukaan kayu dapat menghilangkan kekotoran dengan lembut tanpa merosakkan permukaannya. Tambahan pula, pelembut kain akan meninggalkan aroma yang segar.

  • Menanggalkan pelekat dengan mudah

Pelekat yang terdapat pada permukaan kaca adalah kekal dan sukar untuk ditanggalkan. Oleh itu, pelembut kain yang telah dicampurkan dengan air dapat membantu menanggalkan pelekat lama yang berada pada permukaan kaca.

  • Menghilangkan bekas/kesan air di tandas

Anda tidak dapat menghilangkan noda air yang kering dan meninggalkan kesan di tandas hanya dengan menggunakan air sahaja. Anda perlu mencampurkan setengah cawan pelembut kain dengan setengah cawan air suam dan sembut kepada permukaan. Kemudian, lap dengan span dan biarkan dia kering.

  • Menyegarkan langsir dan tirai

Anda boleh membuat penyegar anda sendiri. Caranya, anda perlu tambahkan pelembut kain dengan setengah sudu soda penaik yang telah dicampurkan dengan air dan dimasukkan ke dalam botol penyembur.

  • Melembutkan permaidani baru anda

Untuk menjadikan permaidani baru anda lebih selesa dan lembut. Anda boleh mencampurkan air panas dengan pelembut kain. Kemudian, sembur ke atas permaidani. Biarkan selama, beberapa dan basuh menggunakan pembersih karpet wap. Anda perlu mencucinya dengan baik jika mempunyai anak kecil atau haiwan periharaan.

  • Semburan anti nyamuk

Anda boleh membuat semburan untuk menjauhi nyamuk anda sendiri. Caranya, campurkannya dengan sedikit baking soda dan air ke penghalau nyamuk buatan anda sendiri. Semburan nyamuk yang anda buat akan meninggalkan aroma yang lebih segar berbanding dengan semburan nyamuk yang anda beli di kedai.