Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting

Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting. Terbaru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan Notis Berhenti Kerja (SWO) terhadap projek pembinaan sebuah kondominium mewah The Cedar di Bukit Damansara.

Jubin Granit Jatuh Terpelanting

Ia susulan insiden yang berlaku baru-baru ini beberapa keping jubin granit jatuh terpelanting, menyebabkan kerosakan pada bumbung rumah tersebut sekaligus telah mencederakan penghuni rumah bersebelahan.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, kejadian dilaporkan pada jam 5.55 petang apabila beberapa keping jubin granit berukuran 600 milimeter (mm) x 800mm sedang diangkat menggunakan kren menara berlanggar dengan penghadang di aras tiga.

“Pelanggaran menyebabkan beberapa keping jubin jatuh ke pelantar perangkap dan terpelanting ke arah sebuah rumah di Jalan Setiakasih 6, Bukit Damansara.

“Insiden menyebabkan kerosakan pada bumbung rumah dan mencederakan penghuni kediaman berkenaan,” katanya.

Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh TerpelantingSekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting

Ads

Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting

Pihak Kontraktor Harus Bertanggungjawab

SWO ini berkuat kuasa sehingga pihak kontraktor menyiapkan pembaikan rumah yang terkesan dengan persetujuan pemilik dan menanggung kos rawatan perubatan mangsa cedera. Selain itu, pihak kontraktor juga perlu menambah baik pelantar perangkap di sempadan pembangunan komdominium dan kediaman bersebelahan.

“Pihak kontraktor sudah mengambil tindakan awal dengan membantu membersihkan sisa dan membaiki kerosakan di lokasi terjejas,” katanya.

Ads

Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting Sekeluarga TRAUMA! Bumbung Rumah ‘Bocor’ Jubin Granit Projek Pembinaan Jatuh Terpelanting

Persoalannya bagaimana pemaju boleh membina projek kondominum terlalu hampir dengan perumahan kediaman? sekaligus mengancam nyawa dan keselamatan pemilik kediaman.

Apa pun semoga dipermudahkan urusan buat para penduduk dan pemilik kediaman yang terlibat.

Ads

Projek kondominium The Cedar merupakan projek kondominium Mewah 7 Tingkat oleh pemaju Satin Magic Sdn Bhd. Ia mempunyai 70 unit serendah haga RM4.45 juta – RM18.8 juta. Pelan bangunan diluluskan pada 28 April 2021 dan sudah hampir 75-80% siap.

IMPIANA: Bagi pemilik kediaman yang berdepan dengan situasi begini, sila buat laporan polis dan laporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Malaysia dengan segera, sertakan bukti yang ada. Saman pihak terlibat dan tuntut ganti rugi sewajarnya.

Baca Di Sini: Tak Fikir Panjang, Ramai Pemilik Kediaman Menyesal Beli RUMAH KONDOMINIUM
Artikel Menarik: Beli Rumah Letak Dua Nama, Ini Kesan Yang Ramai Yang Tak Tahu
Mesti Baca: Fikir Masak-Masak SEBELUM Buat Keputusan Beli 3 Jenis Kediaman Ini

Sumber: Bharian
Kredit Video TikTok: ezraha

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads