Baja butiran yang amat terkenal dikalangan petani dan pekebun kecil adalah yang dipanggil BAJA NPK. Tapi, adakah anda tahu selengkapnya apa itu baja NPK dan keperluannya? Kebiasaanya, baja NPK dijual dengan satu nisbah atau rumusan tertentu antaranya 15-15-15 atau 12-12-17. Apa beza setiap nisbah berikut dan apa peranannya terhadap tanaman.

Apa itu NPK?

N bermaksud Nitrogen untuk daun
P bermaksud Posphorus untuk baja akar
K Bermaksud Kalium atau Potassium untuk kegunan buah dan bunga

Sebelum Beli Baja Butiran NPK WAJIB Tahu Kandungan Yang Betul Untuk Tanaman

IKLAN

Jika pada pembungkus baja butiran tertera NPK 12-12-17, ini menunjukkan campuran baja tersebut mengandungi 12% Nitrogen, 12% Posphorus dan 17% Kalium. Keseluruhan kandungan ketiga-tiga bahan ini adalah 51% di dalam baja. Manakala selebihnya 49% adalah bahan lengai yang digunakan untuk memagang dan mengikat bahan antara satu sama lain dan mengurangkan kadar kepanasan baja apabila digunakan pada tanaman.

Untuk tujuan tumbesaran tanaman, Sahabat Laman digalakkan menggunakan baja butiran yang mengandungi nilai N (Nitrogen) yang tinggi atau dari nisbah yang sama seperti 15-15-15, 16-16-16 atau 18-18-18

Untuk mendapatkan akar tanaman yang kuat, Pilih baja yang mempunyai P (posphorus) yang tinggi seperti baja CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) kerana ia mengandungi kadar P 28-32%

IKLAN

Untuk hasilkan kualiti buah atau bunga yang baik dan kuantiti yang banyak, Baja yang mempunyai nilai K (Kalium) yang tinggi perlu di gunakan seperi baja yang mempunyai kandungan PN (Potassium Nitrat) di mana kandungannya 46% atau baja NPK 12-12-17

IKLAN

Ini bermakna, setiap tempoh atau tahap tumbesaran tanaman memerlukan baja yang berbeza. Jadi, kenal pasti objektif dan keperluan tanaman anda sebelum membeli sebarang baja NPK yang terdapat dipasaran

Sebelum Beli Baja Butiran NPK WAJIB Tahu Kandungan Yang Betul Untuk Tanaman

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI