Dalam kehidupan berjiran, isu sampah sering menjadi punca ketegangan. Sampah yang tidak diurus dengan baik bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah boleh menjejaskan hubungan sesama jiran.
Setiap pagi, Cik Salmah akan menyapu hadapan rumahnya, bukan kerana dia cerewet, tapi kerana sampah dari rumah sebelah sering bersepah ke halamannya. Bau sisa makanan, plastik bertaburan dan tong sampah yang melimpah… semua itu sudah jadi pemandangan harian. “Saya dah tegur, tapi tak jalan. Sekarang kami dah tak bertegur sapa,” luahnya kecewa.
Di sebalik pagar rumah yang tersusun rapi, ada hubungan kejiranan yang semakin renggang – hanya kerana isu yang dianggap kecil: SAMPAH. Namun, kesannya besar. Bila tanggungjawab bersama diabaikan, yang tinggal hanyalah rasa tak puas hati, sindiran halus dan jiran yang kini bagaikan orang asing.
Punca-Punca Konflik Berkaitan Sampah:
![]()
- Pembuangan Sampah Sembarangan: Ada jiran yang membuang sampah di luar waktu kutipan atau tidak menggunakan tong sampah yang sesuai.
![]()
2.Tong Sampah Terbuka: Tong sampah yang tidak bertutup boleh menarik perhatian haiwan perosak dan menyebabkan bau busuk.
![]()
3.Longgokan Sampah di Kawasan Awam: Meletakkan sampah di kawasan awam atau di hadapan rumah jiran boleh menimbulkan rasa tidak selesa.
4.Kurangnya Kesedaran Mengenai Kitar Semula: Tidak mengasingkan sampah boleh menyebabkan peningkatan jumlah sisa pepejal.
Kesan Terhadap Komuniti:
Kesihatan: Sampah yang tidak diurus dengan baik boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus, meningkatkan risiko penyakit.
Keselamatan: Longgokan sampah boleh menghalang laluan kecemasan dan membahayakan keselamatan penduduk.
Hubungan Sosial: Isu sampah boleh menyebabkan pertelingkahan dan merenggangkan hubungan sesama jiran.
Langkah-Langkah Penyelesaian:
- Pendidikan dan Kesedaran: Mengadakan kempen kesedaran mengenai pengurusan sampah yang betul.
![]()
- Penguatkuasaan Peraturan: Pihak berkuasa tempatan perlu menguatkuasakan peraturan berkaitan pembuangan sampah.
![]()
- Gotong-Royong Komuniti: Menggalakkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kejiranan.
- Penyediaan Kemudahan: Menyediakan tong sampah yang mencukupi dan sesuai di kawasan perumahan.
Kesimpulan:
Masalah sampah mungkin nampak remeh, tapi bila dibiarkan, ia boleh mencetus konflik yang memudaratkan hubungan sesama jiran. Hakikatnya, kebersihan bukan hanya tanggungjawab individu, ia cerminan komuniti. Jiran yang prihatin bukan sekadar menjaga kawasan sendiri, tapi juga menghormati ruang orang lain.
Bayangkan jika semua penduduk ambil langkah kecil, buang sampah di tempat sepatutnya, tutup tong dengan kemas, dan saling menegur dengan hikmah. Suasana kejiranan pasti jadi lebih harmoni.
Akhirnya, bukan besar kecil rumah yang jadi ukuran, tapi besar kecil rasa hormat dan tanggungjawab sesama kita. Sebab dalam komuniti yang bersih dan saling menghormati, tak ada ruang untuk bermasam muka yang ada cuma senyuman dan sapaan mesra setiap kali berselisih di laman.
Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak
Follow kami diWEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




