Kualiti tumbuhan berpasu bergantung pada jenis tanah atau medium yang digunakan. Oleh sebab itu pemilihan jenis medium tanaman yang bakal digunakan adalah penting. Jika anda lebih gemar membeli medium tanaman yang terdapat di kedai atau nurseri, kenal pasti kandungan bahan yang terdapat pada pembungkus produk. Hal ini penting untuk memastikan tanah yang dibeli sesuai dengan keperluan tanaman. Terdapat dua perkara yang perlu dikenal pasti sebelum pembelian dilakukan.

  1. Kandungan.

Kebanyakan medium tanaman yang terdapat di pasaran mengandungi bahan seperti sphagnum peat moss, perlite atau vermiculite dan beberapa bahan kompos yang lain. Sphagnum peat moss berfungsi untuk mengekalkan kelembapan medium kerana ia mempunyai kadar resapan air yang tinggi. Perlite berfungsi sebagai serat yang memastikan kandungan medium sentiasa poros di samping menyeimbangkan kandungan keseluruhan tanah. Kebiasaannya 10%-15% kandungan medium terdiri dari perlite. Manakala vermiculite mempunyai fungsi seperti perlite dan berupaya mengekalkan kelembapan tanah. Bahan kompos yang dicampurkan ke dalam medium tanaman memberi nutrien tambahan kepada tanah. Terdapat juga sebahagian medium tanaman yang terdapat di pasaran mengandungi ekstrak limau untuk menyeimbangkan pH tanah. Dengan teknologi terkini, terdapat segelintir pengilang menggunakan ejen pelembap yang di adunkan ke dalam medium tanaman untuk mengekalkan kelembapan tanah.

2. Jenis Tanah

Terdapat empat jenis medium tanaman berpasu di pasaran antaranya ialah medium serba guna (all purpose), premium, profesional dan mengikut jenis tumbuhan (plant specific). Setiap satu mempunyai harga dan kandungan yang berbeza. Medium serba guna (all purpose) memerlukan tambahan baja (plant foods) untuk dibekalkan kepada tumbuhan. Medium tanaman dari jenis premium mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik kerana kandungan perlite dan vermiculite yang tinggi. Manakala untuk campuran medium daripada jenis profesional mengandungi bahan medium lengkap yang diperlukan oleh tumbuhan dan berkualiti tinggi. Terdapat juga jenis medium yang direka khas mengikut jenis tanaman. Ia merupakan campuran   premium yang direka khas dan khusus untuk keperluan tumbuhan tertentu seperti kaktus.

Salah Pilih Tanah Hasilnya Pokok Kurus Tak Bermaya, Ini Panduan Mudah Buat Newbie

Jenis-jenis medium tanaman (tanah)

Acid-loving plant mix

Campuran tanah berasid. Untuk tanaman yang memerlukan asid yang tinggi

IKLAN
–          4 bahagian bahan organik

–          1 bahagian pasir dan perlite atau vermiculite

All purpose mix

Campuran serba guna. Seusai untuk digunakan hampir kepada semua jenis tanaman

–          3 bahagian organik

–          1 bahagian pasir, perlite atau vermiculite

–          I bahagian sphagnum peat moss

IKLAN
Cactus and succulents mix

Tanah yang sesuai untuk tumbuhan sukulen dan kaktus

–          3 bahagian bahan organik

–          2 bahagian pasir dan perlite

Seedling  starting mix

Medium untuk semaian biji benih.

–          1 bahagian sphagnum peat moss

–          1 bahagian vermiculite

IKLAN
Seedling mix

Tanah yang sesuai untuk pemindahan anak pokok dari bekas semaian

–          2 bahaian bahan organik

–          1 bahagian vermiculite

–          1 bahagian sphagnum peat moss

 

Tip memilih medium tanaman berpasu

 

  1. Harga bukan ukuran. Walaupun terdapat pelbagai jenis, saiz dan harga medium tanaman di pasaran, medium yang dijual pada harga yang sedikit tinggi kebiasaannya tidak menjadi pilihan utama pembeli. Walhal, medium tanaman tersebut mempunyai kualiti yang cemerlang dan lengkap untuk memastikan tumbesaran pokok yang sihat.
  2. Perhatikan senarai isi kandungan medium pada plastik pembungkus untuk memastikan medium yang dibeli bersesuaian dengan jenis tanaman yang bakal ditanam. Pastikan kandungan utama seperti sphagnum peat moss, perlite dan vermiculate terdapat di dalam senarai bahan.
  3. Kenal pasti bahan kompos yang digunakan terdiri dari bahan semula jadi seperti habuk kayu dan daun. Berhati-hati dengan medium tanaman yang dijual pada harga murah tetapi menggunakan hasil buangan pepejal.
  4. Jika dibenarkan untuk membuka plastik pembalut untuk melihat dan merasai sendiri tekstur medium yang terdapat di dalam plastik tersebut. Elakkan dari membeli medium yang mengandungi bahan campuran berskala besar yang terdiri daripada kayu, sabut kelapa dan sebagainya.
  5. Hindari dari membeli medium tanaman yang berketul. Medium tanaman daripada jenis ini kebiasaannya mempunyai masalah saliran dan udara yang tidak cukup hingga boleh menyebabkan akar pokok lemas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI