MENJUAL hartanah terutama rumah bukan sesuatu yang dapat diselesaikan dengan mudah kerana perlu melalui pelbagai proses.
Sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim,35 dikatakan menjual rumah kediamannya yang terletak di Cyberjaya.
Saharul Ridzwan jual rumah
Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya, pelakon drama Hati Perempuan itu memberitahu yang rumahnya kini susah ada pembeli. Akui bapa kepada tiga cahaya mata itu, biarpun rumah itu mempunyai banyak kenangan indah namun, beliau tetap mahu menjualnya.
“Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain,” ujarnya.
Saharul Ridzwan Jual Rumah, 8 Tip ‘Lepaskan’ Rumah Tanpa Pertolongan Ejen
Pun demikian, beliau bersyukur kerana segala urusan jual beli berjalan lancar dan dipermudah.
Ads
Pada masa sama, aktor itu berharap pengorbanan yang dilakukan itu dapat memberi hikmah buat dirinya dan keluarga.
Tip Jual Rumah Tanpa Ejen
Jual beli rumah ni, bukan sebarangan. Ini kerana ia melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan surat hitam putih dan hal undang-undang lain. Menurut perkongsian propertyguru.com, sebelum jual rumah hadam dulu 8 langkah ni
Jual rumah
Persediaan
Ads
Semak status rumah dalam geran (master title, strata/individual title).
Semak keluasan tanah, luas rumah, dan maklumat lain untuk iklan.
Buat carian di pejabat tanah untuk pastikan tiada kaveat.
Melantik Peguam
Lantik peguam yang berpengalaman dalam hartanah.
Peguam yang mahir dapat mempercepatkan proses jualan.
Cari peguam yang sesuai dengan jenis dan lokasi hartanah.
Iklan
Iklankan rumah di laman web seperti Propertyguru, iProperty, dan media sosial.
Gunakan kain rentang untuk menarik perhatian pembeli.
Balas mesej dan panggilan pembeli dengan segera.
Pastikan gambar rumah kelihatan cantik dan kemas.
Sesi Melawat Rumah
Sediakan masa untuk membawa pembeli berpotensi melihat rumah.
Atur sesi lawatan pada masa yang sesuai untuk pembeli.
Promosikan kelebihan kawasan, kemudahan, dan suasana kejiranan.
Rundingan
Tetapkan harga paling rendah yang boleh diberikan.
Lakukan kajian harga pasaran dan pesaing.
Sedia untuk proses rundingan harga dengan pembeli.
Dokumentasi & Serah Kunci
Wang pendahuluan diberikan kepada peguam sebagai pemegang amanah.
Pastikan pembeli lulus pinjaman rumah sebelum serahkan kepada peguam.
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda untuk membeli dan miliki rumah di zaman sekarang. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti seperti Bunga Isme.
Bunga Isme, atau nama sebenar dia Noor Ayu Fatini, kongsi momen tunjuk rumah baru yang dia dah tunggu sejak tahun 2021.
“Kena Usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak.”
Demikian perkongsian penyanyi Rap, Bunga Isme yang berjaya merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah.
“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ni, tunggu dari tahun 2021, tahun ni siap! Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak 🥲💸.”-kongsi Bunga Isme
Tambahnya lagi, penyanyi ini turut menitipkan doa buat mereka yang melihat posting-nya itu agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan olehNya.
“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita. Jadi, jalan terus! No simpang-simpang! Kita je tahu diri kita.-titip Bunga
Membeli rumah pertama adalah satu pencapaian besar dalam hidup. Bagi anak muda, proses ini mungkin kelihatan rumit, tetapi dengan panduan yang betul, ia boleh menjadi lebih mudah. Berikut adalah 10 tip untuk membantu anda memulakan perjalanan memiliki rumah:
Dengan mengikuti tip-tip ini, anda akan lebih bersedia untuk membeli rumah pertama anda dan membuat keputusan yang bijak dalam proses tersebut. Selamat maju jaya dalam miliki rumah impian anda!
Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck kini menjadi perbualan hangat kerana dilaporkan tidak tinggal serumah. Sebelum ini, pasangan ini tinggal bersama di sebuah rumah mewah di Los Angeles.
Menurut laporan House and Home, Jennifer Lopez dan Ben Affleck membeli sebuah rumah mewah di tengah-tengah Beverly Hills pada Jun 2023. Kediaman itu diperoleh dengan harga AS$ 61 juta atau sekitar RM300 juta.
Khabarnya juga pasangan itu juga dikatakan bagal menjual banglo mewah tersebut selepas sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka. Sebelum itu mari kita intai rumah mewah ini,
Rumah ini berkeluasan 38,000 kaki persegi atau bersamaan 3,530 meter persegi di atas tanah seluas 5.2 hektar. Terdapat 12 bilik tidur dan 24 bilik air. Memasuki kediaman tersebut, anda akan melalui pintu pagar besar yang benar-benar melindungi privasi pemilik rumah.
Bilik itu tersergam indah dengan siling tinggi dan lampu langit yang besar. Bahagian dalam rumah kelihatan monokrom dengan sentuhan pencahayaan jingga yang hangat.
Ruang tamu berdinding putih yang luas sangat kontras dengan lantai bercorak gelap. Banyak sofa putih memenuhi ruangan tersebut.
Ruang makan pula mempunyai empat pintu tinggi yang menghubungkan ke bilik luar. Menariknya, tempat duduknya berwarna coklat-oren muda yang berbeza dengan nuansa monokrom bilik ini.
Selain itu, terdapat bilik hiburan untuk berehat di ruang istirahat atau menikmati sukan dalaman. Sudah tentu terdapat juga bilik gim yang dilengkapi dengan TV.
Bilik keluarga pula mempunyai ciri unik dengan dinding yang boleh dibuka, membolehkan ruang tamu disambungkan dengan teres luaran.
Di luar, terdapat kolam infiniti sepanjang 155 kaki atau sekitar 47 meter. Kolam renang yang indah ini dikelilingi oleh rumput dan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur, memberikan privasi untuk pasangan selebriti terkenal ini.
Untuk rekod, Lopez dan Affleck pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000. Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003. Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian
‘Xanadu 2.0’ Mahligai Mewah Berteknologi Tinggi Milik BILL GATES. William Henry Gates III atau lebih dikenali sebagai Bill Gates,68 antara individu terkaya di dunia. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang teknologi di Amerika Syarikat yang juga pengasas perisian Microsoft Corporation.
Mengikut laporan terkini Forbes 2024, kekayaan Bill Gates dianggarkan bernilai RM607.25 billion, sekaligus menjadikan beliau individu ketujuh terkaya di dunia!.
Bill Gates,68 telah mendiami mahligai mewah yang dinamakan ‘Xanadu 2.0’ berkonsep Mid-Century Modern selama hampir satu dekad.
Mencintai bidang teknologi maka tidak hairanlah kediaman mewah beliau yang terletak di Lake Washington di Medina, Washington ini dipenuhi dengan ‘feature’ berteknologi tinggi.
Xanadu 2.0 mempunyai keluasan 66,000 kaki persegi dan mengambil masa selama 7 tahun untuk disiapkan dengan kos bernilai RM662 juta.
Mengutamakan privasi kediaman dan alam semulajadi, laman rumah Bill Gates dikeliling dengan pepohon merimbun yang memberi rasa nyaman dan ketenangan.
Untuk keselamatan, kemasan lantai di setiap kawasan rumah Bill Gates dilengkapi dengan aplikasi teknologi ‘Cloud’. Ia merupakan sistem sensitif tekanan dan sentiasa dipantau. Ini akan memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti sesiapa sahaja yang berada di dalam rumah dan di mana mereka berada hanya dari derapan langkah kaki.
Xanadu 2.0 juga dilengkapi dengan sistem untuk mengenal pasti setiap tetamu/ pelawat yang datang. Setiap pelawat akan diberikan satu mikrocip yang telah diprogramkan supaya peka terhadap suhu dan pencahayaan mengikut pilihan citarasa mereka.
Sebagai contoh jika sukakan pencahayaan yang terang dan suhu 27 darjah selsius, sistem ini akan mengikut kehendak dan ke mana sahaja pergi ketika berada dalam mahligai tersebut. Hebat sungguh!
Gates juga ingin memberi sentuhan estetik pada rumahnya. Xanadu 2.0 dilengkapi dengan skrin beresolusi tinggi yang dipasang di merata kediaman bagi membolehkan tetamu untuk mengubah sendiri lukisan, fotografi, atau artwork sesuai dengan pilihan mereka masing-masing dengan hanya satu sentuhan.
Bill Gates membuat kolam renang di rumahnya dan terletak di dalam bangunan berasingan seluas 362 meter persegi. Menariknya ia juga dilengkapi dengan sistem muzik dalam air yang boleh diselaraskan mengikut citarasa sendiri.
Bill Gates mempunyai sepohon pokok kegemaran yang terletak di jalan masuk rumahnya. Ia merupakan sebuah pokok maple yang berusia 40 tahun dan dipantau oleh komputer 24 jam sehari. Jika pokok terlalu kering ia akan disiram secara automatik!
Xanadu 2.0 juga memiliki ruang rekreasi iaitu bilik trampolin seluas 2.500 m² dengan ketinggian bumbung 20 kaki atau 6 meter. Malah turut menempatkan sauna, bilik stim serta bilik persalinan lelaki dan wanita secara berasingan.
Xanadu 2.0 juga dilengkapi dengan ‘mini theatre’ yang direka dengan gaya Art Deco. Berkeluasan 450 m², pawagam mini ini dapat menampung seramai 20 tetamu dan turut mempunyai dengan mesin pembuat popcorn automatik.
Meskipun mempunyai kawasan yang luas, Xanadu 2.0 hanya mempunyai 7 bilik tidur dan 24 bilik air. Namun setiap bilik dikatakan mempunyai keluasan melebih sebuah apartmen. Disamping itu turut mempunyai 6 dapur, 7 ruang makan dan 24 buah garaj kereta.
Pemandangan ruang paling atas rumah Bill Gates menempatkan ruang santai untuk melihat permandangan indah. Dilengkapi dengan pencahayaan rona biru menghadap pemandangan tasik Washington dan Seattle.
Terdapat anak sungai buatan yang dipenuhi dengan ikan salmon dan ikan trout yang berenang-renang di kawasan rumahnya.
Minat mendalam dengan ilmu, The Codex Leicester, penulisan saintifik yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci turut tersimpan di perpustakaan peribadi milik Bill Gates. Beliau membeli manuskrip tersebut dengan harga RM129 juta pada tahun 1994.
IMPIANA: Canggih sungguh teknologi yang digunakan di mahligai mewah milik Bill Gates ini. Kagum dengan kehebatan rekaan dan teknologi yang digunakan di rumah beliau.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.