Pokok berbuah lebat. Tapi, kenapa buahnya tak berapa sedap macam beli kat kedai ye? Baja dah macam-macam letak. Tapi hasinya sama je. RUpanya, bukan baja jawapannya, Cuba tabur garam. Ari tu aji no moto. La ni garam pula? Garam yang dimaksudkan bukan lah yang digunakan dalam masakan. Tetapi garam pertanian.
Nak tahu apa kebaikan garam epsom ni, Jom baca artikel perkongsian oleh Fig Farm yang dikongsikan di dalam FB page milik nya
1.Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel Benih
📍CARA GUNA:
1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah
atau campuran 1 – 2 sudu gaul dgn tanah semaian
2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah Epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
📍CARA GUNA
1sudu 1pokok tabur pada tanah sekelilng pokok
Ads
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu @ ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari Pasu ke tanah…Pokok akan layu (terkejut) kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna Epsom salt
📍CARA GUNA:
Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah
4. .Daun kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.
📍CARA GUNA:
Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
5. Elak Daun kerinting (POKOK CILI)
Mencegah Leaf Curling dengan Epsom Salt, daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
📍CARA GUNA :
2sudu + 4ltr air Siram pada daun sebulan sekali
Ads
6. Mengelak Perosak Tanaman
Elak Siput,ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik didalam bekas hydroponic
Perlu diingat bahawa Epsom garam larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan epsom salt
📍CARA GUNA:
TABUR tempat yg bermasaalah
7. Manis Buah
Tabur Epsom Salt pada pokok buah-buahan ,pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
POKOK ANGGUR Dan Pokok buah buahan
📍CARA GUNA
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
Tabur 1sudu setiap pokok 1bulan sekali
8. Baik untuk Pokok Tomato menjadikan buah lebih Manis
📍CARA GUNA:
2 sudu setiap 4ltr siram setiap 2 minggu.
Ads
9. Untuk Melebatkan Buah (CILI) Buah lebih besar, lebih pedas,
Pokok cili Perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
📍CARA GUNA:
Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2minggu sekali
10.POKOK ROSE lebih cantik Bunga lebih besar
Guna Epsom Salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap
Guna ketika awal penanaman , ketika Nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Terdapat lebih 5000 jenis mangga yang di tanam di seluruh dunia. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 32 meter bergantung kepada jenis dan boleh hidup hampir 100 tahun dengan penjagaan yang rapi.
Di beberapa negara Asia seperti Thailand dan Indonesia, menggunakan kaedah tanaman pokok mangga di dalam pasu atau dikenali dengan nama Tabulampot. Ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya juga lumayan.
Sebenarnya, tak susah tanam mangga dalam pasu. Hanya 3 langkah
1. Pemilihan benih.
Pilih benih dari mangga jenis mangga Chuk Anan, Epal, dan Nam Dok Mai. 3 jenis mangga ini adalah jenis senang berbuah. Manakala jenis seperti mangga Harum Manis pun boleh, cuma tidak sekerap 3 jenis ini.
Pemilihan benih pula boleh didapati dalam bentuk anak pokok yang sudah siap dikawinkan atau di “tut” dari pokok induk yang berkualiti dari nursery-nursery berdekatan anda. Kalau diambil dari biji buah, akan memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan buah. Jadi beli terus di nursery, lebih mudah dan cepat.
2. Cara penanaman.
Dapatkan pasu plastik/tanah liat bersaiz besar lebih kurang diameter 60cm, atau tong drum (bahagi 2, tebuk lubang kecil dibawah supaya air boleh mengalir keluar). Masukkan selapis serbuk kayu gergaji ataupun cocopeat 1/3 pasu. Selepas itu masukkan tanah campuran top soil + cocopeat atau tanah topsoil sahaja (mana-mana tanah yang nursery jual pun boleh). Jangan lupa masukkan pokok sebelum siap isi tanah dalam pasu ya. Fungsi masuk serbuk kayu/cocopeat adalah untuk air mengalir keluar dari pasu, supaya pasu tidak menakung air. Kalau air bertakung, pokok boleh rosak.
3. Pembajaan.
Dari segi pembajaan pula, boleh pakai baja buah yang terdapat di nursery berdekatan anda. Untuk perkongsian kandungan NPK baja yang boleh digunakan adalah 15:15:15 atau 17:17:17:2, atau baja tahi ayam sahaja. Baja perlu diletak lebih kurang 2/3 kali sebulan. Siram sehari dua kali untuk tanah kekal lembab dan tempatkan pokok di bawah cahaya matahari terus.
Ramai yang cakap kalau nak tanam pokok mawar atau ros, jangan tanam yang jenis memanjat sebab ia susah untuk dijaga dan memerlukan kawasan yang luas. Ia mungkin sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Namun, perkara ini dapat diselesaikan dengan mudah dengan melakukan teknik yang diberi nama self-pegging.
Kaedah ini bukan sekadar membantu membentuk rimbunan ros anda kelihatan lebih menarik dan cantik, malah ia lebih menggalakkan dan mempercepatkan proses penghasilan bunga. Kebiasaanya kelihatan ros mekar di hujung-hujung ranting, tetapi kaedah ini ia mampu menghasilkan bunga di sepanjang ranting.
Self-pegging sesuai dilakukan ketika tugas-tugas penyelenggaraan secara menyeluruh pokok ros di lakukan ataupun selesai berbunga. Kerana ia akan melibatkan rombakan besar-besaran terhadap rumpun rose yang menjalar. Tambahan, hanya batang yang sederhana matang sahaja sesuai untuk dilakukan proses ini bagi mengelak ranting patah ketika melentur.
1. Pilih ranting
Pertama, kenal pasti ranting yang tidak terlalu matang tapi dalam keadaan baik dan menghasilkan bunga yang banyak. Cantas dan buang semua rantin-ranting yang telah tua, rosak dan tidak mendatangkan hasil. Untuk memudahkan proses self-pegging, buang 70% daun. Hanya daun-daun muda sahaja yang di tinggalkan.
Selesai mencantas dahan yang telah dikenal pasti untuk tujuan sel-pegging tadi, pilih 4-6 ranting sahaja yang betul-betul dalam keadaan baik dari pangkal pokok hingga ke pucuknya. Sebagai tambahan, tinggalkan bebarapa ranting yang mempunyai lebih kurang separuh dari ketinggian self-pegging yang dipilih untuk menjadikan rumpun ros tadi kelihatan lebih menarik.
Ranting utama dalam membentuk self-pegging harus mempunyai ketinggian 8 hingga 10 kaki. Jika tiada ranting yang mempunyai ketinggian ini, ini bermakna rumpun ros anda belum bersedia untuk proses self-pegging. manakala untuk dahan tambahan pula ia memerlukan ketinggian antara 3-4 kaki.
Tip:
Untuk lebih mudah dan selamat, minta batuan dari pasangan atau rakan anda dalam membantu proses self-pegging. sementara anda melentur ada yang dapat membantu memegang dan mengikat ranting yang telah siap. Atau paling tidak, ada yang membantu memegang peralatan.
2. Melentur dan ikat pada pangkal
Mulakan lenturan dari ranting yang paling tinggi. Perlahan-lahan lenturkan bahagian pucuk ke pangkal ranting. Gunakan keratan buluh, PVC atau sebagainya untuk sokongan tempat untuk mengikat pucuk ros yang telah dilentur tadi. Jangan khuatir, batang sokongan tersebut tidak akan kelihatan apabila pokok ros mula merimbun.
Gunakan pita pertanian yang tidak terlalu ketat untuk mengukuhkan kedudukan pucuk yang telah diluntur pada batang sokongan. Lakukan pada ranting-ranting yang lain juga dan pastikan jarak atara ikatan self pegging lebih kurang 2-3 inci pada sokongan yang disediakan.
3. Penyelenggaraan
Setelah selesai musim berbunga self- pegging perlu dilakukan. Paling tidak, gantikan ranting-ranting lama yang telah di self-pegging dengan yang lebih baru. Secara tidak langsung, ia menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang lebih produktif.
sumber: http://www.finegardening.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
10 Tip WAJIB Tahu Untuk Yang Baru Nak Mula Bina ‘Kitchen Garden’. Ramai pemilik kediaman kini sudah mula ada kesedaran untuk menjadikan ruang balkoni atau pun ruang laman sebagai tempat untuk mereka bercucuk tanam sayur-sayuran. Sebenarnya ia tidak lah memerlukan ruang yang banyak kerana semua pokok sayuran ini boleh ditanam di dalam pasu seperti pandan, kunyit, kobis, cili dan sebagainya. Bagi newbie yang mula berjinak untuk tanam sayur atau kitchen garden, LAMAN kongsikan tip mudah sebelum anda mula.
Kenal pasti tempat yang sesuai untuk membina edible garden. Tidak semestinya ruang yang diperuntukkan untuk membinanya perlu besar. Yang penting ia mudah untuk dicapai dan berhampiran dengan water tap untuk memudahkan penyiraman.
Tempat yang bakal dipilih perlulah mempunyai pengamatan cahaya sekurang-kurangnya lapan jam untuk tumbuhan jenis berbuah dan empat jam untuk yang berdaun.
Lakar sebuah pelan reka bentuk untuk mudah mengenal pasti jenis dan kuantiti tanaman yang boleh ditanam. Ini penting untuk memastikan tumbuhan dapat membesar dengan sihat dan rapi. Jika tumbuhan yang disemai tumbuh terlalu rapat, ia akan menyebabkan tumbuhan tersebut bantut.
Tanam tumbuhan bercampur untuk memberi kepelbagaian terhadap edible garden. kawal penanaman tumbuhan yang cepat untuk di tuai seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya untuk mengelak dari berlakunya lambakkan.
Pastikan tumbuhan kegemaran di tanam terlebih dahulu. Ada antara pemilik gemar menanam tumbuhan yang kelihatan menarik dan cantik. Ini akan menyebabkan lambakkan tumbuhan yang tidak dimakan hingga memberi masalah untuk melakukan penyemaian benih tumbuhan lain.
Untuk ruang sempit, pilih bekas atau pasu yang ringan untuk memudahkan penyelenggaraan. Bahan terbuang seperti botol plastik, kotak kayu dan sebagainya boleh digunakan sebagai bekas tanaman.
Edible garden memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Ia perlu dilakukan setiap hari untuk memastikan tiada sarangan penyakit datu serangga yang terdapat di dalam kebun.
Tumbuhan perlu di siram pada awal pagi dan lewat petang. Untuk mereka yang tidak mempunyai masa terluang untuk melakukannya, sediakan sebuah sistem penyiraman automatik untuk memastikan tumbuhan sentiasa mendapat keperluannya.
Siraman perlu dilakukan terus ke permukaan tanah. Jika di siram di atas daun, ini akan menyebabkan air bertakung dan boleh melemahkan daun.
Gunakan semua sisa dapur seperti kulit telur, sayuran yang telah rosak, serbuk kopi atau teh yang telah digunakan dan sebagainya sebagai baja organik.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.