photo_2021-05-28_13-09-27

Nama tempatan adalah pokok selasih dandi, pokok ekor ular, pokok jolok cacing, blue snake weed dan juga blue porter weed. Manakala nama saintifik pula ialah Stachytarpheta jamaicensis. Pokok ini di dalam kelopok famili Verbenaceae

Pokok yang dikatakan berasal dari Amerika Latin, ini banyak dijumpai hidup liar di kawasan semak dan kawasan yang terbiar di negara kita. Karakter pokok yang menarik dan berbunga biru yang terserlah di tangkai bunga muda yang berukuran 4-5 inci itu, sedikit sebanyak memberikan gambaran seperti ‘ekor ular’.

Sebalik Pokok Selasih Dandi, Apa Khasiatnya

Namun, disebalik morfologinya yang menarik dan nama tempatan yang sangat unik, pokok ni mempunyai dalam khasiat perubatan yang sangat bagus antaranya mampu merawat cirit-birit, luka-luka kecil, bengkak, sakit gigi, merawat dari gigitan haiwan berbisa, bisul juga bertindak sebagai antioksidan yang baik.

Mengikut hasil kajian yang dilakukan secara saintifik dan klinikal, pokok ini juga merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam menghasilkan ubat bius.

Sebalik Pokok Selasih Dandi, Apa Khasiatnya

IKLAN

Pokok yang paling mudah dibiakan melalui biji benih ini, ianya merupakan tanaman saka yang edibel (boleh dimakan) tetapi hendaklah diproses dahulu sebelum digunakan untuk dimakan ataupun dimasak. Ada yang menggunakan daunnya di potong hancur dan kemudian digunakan dalam masakan.

Apapun, kita perlulah mendapakant nasihat dari mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan pokok ini dan juga pakar perubatan, sebelum menggunakannya dalam perubatan.

Sebalik Pokok Selasih Dandi, Apa Khasiatnya

IKLAN

Pokok yang banyak khasiat ini, kita boleh tanam dalam bekas tanaman seperti pasu dan ianya boleh menjadi salah satu elemen hiasan yang menarik untuk laman kita. Selain daripada itu, pokok ini juga sesuai untuk dijadikan pokok pagaran di laman kita.

Dengan keunikan dari segi nilai estetikanya yang ada pada pokok ini dan juga mempunyai fungsi yang menarik, pokok yang dahulunya tumbuh meliar di sekeliling kita, boleh menjadi salah satu pokok hiasan yang cantik di laman kita dan boleh dijadikan sebagai koleksi tanaman yang mesti ada dalam membina taman bertema seperti Taman Herba dan juga Taman Rempah -ratus.

Ini secara tidak langsung dapat memastikan agar tanaman ini tidak pupus pada masa akan datang dan boleh menjadi rujukan kepada generasi muda. Bersama kita menghayati keindahan tanaman yang ada di sekeliling kita.

IKLAN

Sebalik Pokok Selasih Dandi, Apa Khasiatnya

Rencana Oleh : Muhamad Adli Salihin bin Samsudin @ Abg Edd
Jabatan Pertanian Malaysia

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI