Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajam’.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!

1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk memudahkan proses pencernaan.

4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

IKLAN

5. Jika memakan secawan nanas, ia mampu membekalkan 73% keperluan manggan yang diperlukan oleh badan.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.


7. Buah nanas mengandungi beta karoten yang amat baik untuk penglihatan.


8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. ia juga mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

IKLAN

Rupanya Buah Nanas Banyak Khasiat Pada Tubuh Dan Tulang Yang Ramai Tak Tahu  10. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan muka.

11. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

12. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

Rupanya Buah Nanas Banyak Khasiat Pada Tubuh Dan Tulang Yang Ramai Tak Tahu

IKLAN

13. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

14. Buah nanas memiliki kandungan bromelain dan vitamin C yang tinggi, dengan kaya antioksidan, yang bermanfaat untuk melawan radikal bebas yang menyerang tubuh.

15. Vitamin C juga bermanfaat untuk mencegah penumpukan plak pada arteri atherosclerosis yang dapat menimbulkan penyakit jantung.

Rupanya Buah Nanas Banyak Khasiat Pada Tubuh Dan Tulang Yang Ramai Tak Tahu

 

Sumber: petuaibu.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI