Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli secara online kerana bukan hanya memudahkan, malah ia jauh lebih jimat kerana ditawar dengan harga lebih murah.
Baru-baru ini viral satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000 menerusi laporan Sinar Harian.
jual rumah teres
Menariknya lagi apabila pemilik rumah berkenaan turut membenarkan penggunaan SPayLater yang mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian dengan beberapa kaedah.
Ads
Difahamkan menerusi SPayLater pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut kadar kemampuan pengguna yang berminat.
Perkongsian tersebut sudah semestinya menjadi berita gembira buat bakal pemilik rumah pertama yang bertuah memiliki rumah terlebih dahulu dan membayar di kemudian hari.
Ads
IMPIANA : Menariknya boleh beli rumah bayar kemudian ni…hehe
Membeli hartanah bukan perkara asing bagi selebriti di Korea Selatan, terbaru pelakon cantik Han So Hee dilaporkan membeli sebuah penthouse di Achiu-dong, Guri, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan dengan harga 5.2 bilion Won (RM16.3 juta).
Menurut laporan Herald Economy, So Hee menyelesaikan pembayaran dan memindahkan pemilikan pada 30 September lalu.
Kediaman baharunya iaitu Arcadia Signature, hanya terdiri daripada lapan unit dalam sebuah bangunan dengan dua tingkat bawah tanah dan empat tingkat atas tanah.
Penthouse ini menawarkan pemandangan Gunung Achasan, Sungai Han, dan susun atur dupleks berkenaan membolehkan penggunaan ruang yang fleksibel.
Hartanah ini mempunyai empat bilik tidur, tiga bilik mandi, loteng dan teres atas bumbung.
Untuk info ini bukan hartanah pertama milik So Hee, sebelum ini pelakon drama Gyeongseong Creature ini menetap di Villard de Gréum W berdekatan, yang dibelinya dengan harga 1.95 bilion Won (RM6.1 juta) secara tunai pada Disember 2021.
Malah apa yang mencuri tumpuan, aktres itu baru-baru ini mendedahkan dia tinggal di sebuah hotel sementara tunggu proses berpindah ke rumah baharunya selesai.
Selain itu, kawasan kejiranan So Hee itu juga dikelilingi selebriti terkenal seperti aktres Oh Yeon Seo, pemain bola sepak Kim Min Jae serta pasangan pelakon Hyun Bin dan Son Ye Jin.
IMPIANA : Tahniah So Hee atas kejayaan baru ini, untungnya muda-muda dah ada banyak hartanah.
Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam pernah kongsikan beberapa sudut dekorasi di rumah mereka.
Tapi siapa sangka, Syatilla Melvin mendedahkan bahawa ketika umurnya mencapai 33 tahun, baru dirinya dapat merasa duduk rumah sendiri.
Video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anis.pana yang peroleh perhatian ramai. Malah, video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 79 ribu, tanda suka sebanyak 2,719 dan sebanyak 44 komen.
Menurut Syatilla, beliau selama ini duduk menyewa dan hanya ketika usia menjangkau 33 tahun dapat duduki rumah sendiri.
Malah, ibu kepada tiga cahaya mata ini sempat menasihatkan golongan muda agar tidak rasa terbeban dengan desakan orang luar mahupun ibu bapa untuk membeli rumah selagi kewangan tidak kukuh.
” Saya umur 33 tahun depan baru saya rasa duduk rumah saya sendiri. Jangan rasa terbeban, jangan rasa malu nak mengaku duduk rumah sewa.
“Kita hidup berpijak di bumi nyata even jangan dengar cakap orang-orang luar, cakap jiran, cakap ibu bapa sendiri. Saya percaya ramai mak bapa yang mendesak anak-anak nak ada rumah sendiri sedangkan mereka ( ibu bapa) tak tahu pun financial anak-anak macam mana. tak tahu pun struggle anak-anak cari duit.”
Netizen sokong kenyataan Syatilla
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga menyokong apa yang dikatakan oleh Syatilla Melvin itu ada benarnya juga.
Apa-apa pon, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Malaysia adalah negara yang kaya dengan budaya dan warisan, termasuklah rumah-rumah tradisional yang unik di setiap negeri.
Rumah-rumah ini mencerminkan keunikan seni bina, adat resam, dan cara hidup masyarakat tempatan. Di sini, kita akan mengenali sembilan rumah tradisional di Malaysia yang penuh dengan sejarah dan keindahan.
Rumah Melayu Melaka adalah antara rumah tradisional paling ikonik di Malaysia. Rumah ini biasanya dibina tinggi dari tanah menggunakan tiang-tiang kayu. Ia mempunyai tangga batu di hadapan, dan reka bentuk bumbung yang curam membantu air hujan mengalir dengan cepat. Hiasan dinding rumah ini juga dihiasi dengan ukiran kayu yang indah, mencerminkan pengaruh budaya dan kesenian masyarakat Melaka.
Rumah Minangkabau terkenal dengan bumbung yang berbentuk melengkung seperti tanduk kerbau. Seni bina ini dipengaruhi oleh adat Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Rumah ini dibina daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran yang rumit. Keunikan bumbung ini memberikan rumah tersebut daya tarikan yang tersendiri dan amat dikenali.
Rumah Panjang adalah rumah tradisional yang didiami oleh suku kaum Dayak di Sarawak. Rumah ini merupakan tempat tinggal beramai-ramai, di mana setiap keluarga akan mempunyai bilik sendiri, tetapi mereka berkongsi ruangan umum yang panjang. Ia biasanya dibina di atas tiang kayu, dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kayu belian dan buluh.
Rumah Bajau adalah rumah tradisional masyarakat Bajau yang tinggal di kawasan pesisir pantai di Sabah. Rumah ini biasanya dibina di atas tiang di atas air untuk melindungi daripada banjir dan arus laut. Ia diperbuat daripada kayu dan dilengkapi dengan bumbung yang rata serta jendela-jendela besar untuk pengudaraan.
Rumah Kutai adalah rumah tradisional yang paling tua di negeri Perak. Ia terkenal dengan reka bentuk bumbung yang curam serta mempunyai ukiran-ukiran halus di sekelilingnya. Rumah ini biasanya mempunyai serambi luas dan tangga di bahagian hadapan. Bahan binaannya terdiri daripada kayu keras seperti cengal atau meranti.
Rumah Melayu Pahang terkenal dengan bumbung perabung panjang yang berbentuk segitiga dan dibina tinggi di atas tiang. Rumah ini sering dihiasi dengan pelbagai ukiran kayu dan mempunyai pintu gerbang yang megah. Bahagian dalam rumah biasanya mempunyai serambi luas yang digunakan untuk menerima tetamu.
Rumah tradisional Perlis, juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Lima, dinamakan sempena reka bentuk bumbungnya yang berbentuk lima segi. Rumah ini menggunakan bahan kayu tempatan dan dibina di atas tiang tinggi untuk mengelakkan banjir. Ia mempunyai susunan ruang yang sistematik, termasuk anjung dan dapur di bahagian belakang.
Rumah Limas merupakan rumah tradisional yang popular di Johor. Ia mempunyai reka bentuk bumbung yang bertingkat-tingkat dan simetri. Rumah ini biasanya dibina daripada kayu cengal, dengan ukiran kayu yang halus di bahagian pintu dan jendela. Serambi rumah ini luas dan menjadi tempat untuk bersantai dan menerima tetamu.
Seperti rumah panjang, Rumah Iban juga adalah rumah tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Rumah ini dibina menggunakan kayu keras dan buluh, serta biasanya terletak di tepi sungai atau di atas tanah tinggi. Setiap bilik di rumah panjang ini dimiliki oleh keluarga tertentu, tetapi mereka berkongsi ruang tengah yang panjang untuk aktiviti sosial.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.