Rumah bahang walau sudah pasang kipas siling dan juga kipas stand.
Ini masalah biasa bagi kebanyakan kediaman. Malah bahang ini boleh terasa sampai ke malam.
Bagi yang ada aircond boleh rasa selesa, tapi tak boleh juga sentiasa menggunakannya. Bil letrik boleh mencanak naik.
Jadi mahu tak mahu kena gunalah kipas. Dalam keadaan rumah yang panas sebenarnya ada teknik meggunakan kipas stand yang boleh kita praktikkan untuk menyejukkan suhu dalam rumah.
Ambil kipas stand dan letak berdekatan dengan pintu atau tingkap yang dibuka sedikit.
Ads
Halakan bahagian depan kipas ke luar rumah dan belakang kipas di dalam.
Rasionalnya
Cara ini akan menurunkan panas dalam rumah kerana bahagian belakang kipas berfungsi akan menyedut udara bahang dari dalam rumah dan mengeluarkannya.
Sebab itulah bahagian depan kipas mesti dihalakan keluar.
Ads
Boleh tengok video ini ya.
INFO
Spider plant sejukkan suasana rumah
Kelebihan meletakkan spider plant dalam rumah ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Bina rumah di kampung untuk habis masa tua di sana. Ini mungkin perancangan sebahagian daripada kita. Tambah lagi memang sudah tanah di kampung tinggalan orang tua.
Bila sudah pencen bolehlah berhijrah di kampung pula, terutama bila anak sudah ada keluarga sendiri. memandangkan anak-anak dah besar. Tinggal di kampung lebih tenang, kos pun kurang. Ini antara yang dalam fikiran ramai.
Tapi sebelum melaksanakan perancangan ini, mungkin boleh baca dulu perkongsian daripada Zaini Naim di laman X ini. Bimbang kediaman yang tenang kita impikan itu jadi satu bebanan pula nanti.
“Perkongsian pengalaman parent sendiri yang dah buat rumah dekat kampung.
Pelan asal nak jadikan rumah pencen untuk duduk kat rumah ni dengan ayah. Buat rumah guna duit KWSP lepas umur cecah 55 tahun.
Ayah yang design pelan rumah. Lepas rumah siap, ayah dapat rasmikan. Buat majlis kesyukuran untuk masuk rumah.
Tahun 2018 ayah aku meninggal. Lepas ayah meninggal, perancangan untuk pindah kampung terpaksa dibatalkan. Yela, takkan mak nak duduk sorang-sorang kan? Jatuh dalam bilik air nanti siapa pulak nak bantu.
Selaku anak lelaki sulung, saya ambil tanggungjawab jaga mak. Kami adik beradik pun memang tak setuju mak tinggal seorang diri kat kampung sebab hati tak tenang nanti.
Biar mak kita sentiasa ada depan mata kita. Dari segi kesihatan, syukurlah mak ni takde masalah 3 serangkai. Cuma ada masalah kolesterol tinggi.
Tempat tinggal kami sekarang ni dekat dengan fasiliti hospital & klinik kesihatan. Mudah untuk aku uruskan mak. Nak check up semuanya mudah sebab dekat.
Bila mak duduk sekali, dia mudah jumpa kawan-kawan dia. Makan minum semuanya saya uruskan. Dia sendiri pun duduk rumah penuhkan masa dengan kelas mengaji online. Kat taman perumahan ada surau yang aktif dgn macam aktiviti. Mak tak selalu join sebab dia dah ada program lain, kalau dia free dia akan join.
Sekali sekala mak rindu kampung, saya yang akan teman dia balik. Balik dua beranak je. Tapi nak maintain rumah bukan mudah. Mak terpaksa menggaji kontraktor yang buat rumah dia tu dengan bayaran RM500 sebulan untuk uruskan rumah tu dari segi kerja-kerja pembersihan.
Dulu masa mak kerja lagi, dia tak nak buat homestay. Tapi lepas dah bersara, dia sendiri berminat buat homestay. Sekarang ni setiap bulan dia bayar RM500 dekat kontraktor dan RM80 tambahan setiap kali ada guest masuk.
Tapi biasalah, orang lain jaga rumah kita tak macam kita jaga sendiri. Sekarang ni rumah tu hanya jadi rumah inap kami sekeluarga setiap kali balik kampung.
Nilailah sendiri kebaikan dan keburukan bina rumah kat kampung. Ambillah pengalaman ini sebagai pedoman. Orang yang untung ialah orang yang belajar daripada pengalaman orang lain.
Rancang Bina Mini Surau, Ruang Solat Di Rumah PENTING Pertimbangkan Perkara Ini. Bagi pemilik kediaman yang beragama Islam, boleh jadikan ruang atau bilik yang ada di rumah sebagai tempat solat atau mini surau. Ia dapat memberi keselesaan dan lebih fokus ketika beribadah serta dapat mengeratkan lagi sillahturahim antara keluarga dengan melakukan solat berjemaah, mengaji bersama, ta’alim mahupun mengadakan majlis ilmu.
Bagi pemilik kediaman yang merancang untuk membina mini surau atau deko ruang solat boleh pertimbangkan aspek penting ini.
Untuk membina ruang solat atau mini surau di rumah tak semestinya memerlukan kawasan yang besar. Boleh juga pilih bilik kecil di rumah yang tidak digunakan untuk dijadikan mini surau. Kebiasaannya jika rumah bertingkat, pilih bilik di tingkat bawah. Ia memudahkan juga tetamu yang datang untuk menggunakan bilik tersebut sebagai ruang solat.
Selain itu boleh juga, menjadikan ruang keluarga di tingkat atas sebagai ruang solat. Ruang terbuka di tingkat atas tersebut, menghubungkan semua bilik dan memudahkan akses untuk ke ruang solat. Namun demikian, jika keluasan rumah kecil, boleh sahaja cari satu sudut khas di dalam bilik tidur, dihias indah untuk dijadikan ruang ibadah.
Boleh dapatkan khidmat Jurufalak bertauliah untuk datang ke rumah bagi menentukan arah kiblat dengan tepat, supaya menunaikan ibadah dengan yakin dan sempurna. Pastikan sudut ini tidak menghadap ke arah pintu bilik, pintu tandas atau laluan utama dalam rumah.
Sebaiknya untuk ruang solat pilih warna pastel, lembut nak menenangkan. Seperti rona putih, off white, beige, cream untuk kemasan cat dinding atau perabot. Warna-warna ini dapat membantu mewujudkan suasana yang damai dan boleh fokus dalam beribadah.
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
Sediakan karpet atau sejadah khas yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
Pastikan, rekaan ruang solat berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh. Sebaiknya, elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat. Boleh juga bina, tempat mengambil wuduk berhampiran mini surau yang dibina.
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai. Pastikan kitab suci Al Quran tidak diletakkan terlalu rendah agar tidak mudah dilangkah atau letak terlalu tinggi dan sukar dicapai.
Tumbuhan hijau di surau dapat menyerikan kediaman dengan menyuntik kesegaran semula jadi serta pengudaraan oksigen. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad. Antaranya seperti;
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, jam waktu solat atau gambar semula jadi yang tenang. Ia bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
Jangan lupa untuk letak semburan pewangi dengan aroma lembut dan tidak terlalu menusuk di ruang solat ini, supaya lebih selesa dalam beribadah. Antaranya seperti bau vanila, sweet floral, oud dan sebagainya.
Akhir sekali, semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita mewujudkan ruang solat atau mini surau yang selesa di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
Semoga bermanfaat!Sama-sama kita mewudukan ruang solat atau mini surau di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba ini.
Idea ‘Entryway Cabinet’ Drop Zone Ruang Anak-Anak Simpan Beg & Buku Sekolah. Apabila anak-anak mula bersekolah, perlu ruang yang praktikal dan mudah digunakan untuk mereka menyimpan segala buku-buku dan beg sekolah.
Idea membuat kabinet pada bahagian ‘entryway’ pintu masuk rumah ini cukup praktikal, supaya barang-barang keperluan sekolah anak-anak elok tersimpan kemas dan tak berselerak. Anak-anak boleh boleh terus simpan buku-buku dan beg sekolah sejurus masuk pintu rumah.
Perkongsian daripada Puan Salwa Abu Bakar ini boleh dijadikan rujukan. Memang kreatif ibu ini yang menggunakan suai padan perabot Ikea dalam membina ‘Entryway Cabinet’ yang bukan sahaja cantik, kemas dan bergaya.
Memandangkan ramai yang pm tanya pasal entryway cabinet Salwa ni, (ramai la kalau lebih dari 5 kan hahaha), Salwa share kat sini la senang.
Ni la ruangan anak-anak simpan beg sekolah dan buku-buku sekolah. Drop zone jugaklah kiranya kat sini. Ada 4 cabinet tu sebab ada 4 penghuni rumah. Sorang 1 cabinet untuk simpan segala bag dan personal item yang lain.
Setakat ni sangat membantu untuk organize barang personal. Sebab masuk je rumah akan jumpa ruang ni dulu.
Ni adalah gabungan 4 unit Billy dari Ikea. Sebelum ni guna Kallax, jenis open shelf. Agak sakit mata memandang bila bersepah. Ikea boleh mix and match ikut citarasa kita.
Ni saya guna yang Ikea punya je. Boleh beli kat ikea. Tahan jugak sebab dekat rumah ni ada yang kami buat rak buku since 2018 sampai sekarang masih elok.
IMPIANA: Menarik idea entryway yang dikongsikan ini. Memang praktikal, anak-anak boleh terus letak bag dan buku-buku sekolah apabila masuk rumah. Jadi taklah letak merata dan bersepah.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...