Rumah Sejuk Tanpa Aircond? Ini Cara Bijak Guna Louvers Untuk Pengudaraan Semula Jadi

Dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, ramai pemilik rumah bergantung sepenuhnya kepada penghawa dingin bagi memastikan rumah kekal sejuk dan selesa. Namun, penggunaan aircond yang berlebihan bukan sahaja meningkatkan bil elektrik, malah memberi kesan kepada alam sekitar.

Tapi tahukah anda, ada cara yang jauh lebih mesra alam, jimat dan praktikal untuk menyejukkan rumah secara semula jadi? Salah satunya adalah dengan pemasangan louvers di bahagian tertentu dalam rumah.

Apa Itu Louvers?

Rumah Sejuk Tanpa Aircond? Ini Cara Bijak Guna Louvers Untuk Pengudaraan Semula Jadi

Louvers ialah struktur bilah-bilah yang dipasang secara bersudut, biasanya pada tingkap atau dinding, untuk membolehkan udara keluar masuk sambil menghalang air hujan dan cahaya matahari yang terik daripada terus memasuki ruang dalaman. Louvers membolehkan pengaliran udara silang (cross ventilation) yang membantu menyejukkan rumah tanpa keperluan sistem penyejukan elektrik.

Kelebihan Pemasangan Louvers:

  1. Pengudaraan Semula Jadi

Louvers membolehkan udara panas keluar dari dalam rumah dan udara segar masuk dari luar, mewujudkan aliran udara yang selesa sepanjang hari.

  1. Kurangkan Kebergantungan Pada Aircond

Dengan pengudaraan yang lebih baik, anda tak perlu terlalu bergantung pada kipas atau aircond. Ini sekaligus menjimatkan bil elektrik.

  1. Reka Bentuk Mesra Alam

Louvers tidak memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Ia sejenis sistem pasif yang menyumbang kepada rekaan rumah lebih lestari.

  1. Privasi & Keselamatan

Louvers boleh direka agar sukar untuk dilihat dari luar, memberi privasi tanpa mengorbankan aliran udara.

Ads
  1. Boleh Dipasang Bersama Mosquito Net

Mosquito net boleh dipasang di bahagian dalam louvers untuk mengelakkan serangga dan nyamuk masuk ke dalam rumah.

Lokasi Strategik Untuk Pemasangan Louvers:

– Bahagian dinding sisi rumah yang menghadap angin

Rumah Sejuk Tanpa Aircond? Ini Cara Bijak Guna Louvers Untuk Pengudaraan Semula Jadi

– Bilik air atau ruang dapur yang mudah berwap

Rumah Sejuk Tanpa Aircond? Ini Cara Bijak Guna Louvers Untuk Pengudaraan Semula Jadi

Ads

– Ruang loteng atau attic untuk mengeluarkan udara panas terkumpul

Rumah Sejuk Tanpa Aircond? Ini Cara Bijak Guna Louvers Untuk Pengudaraan Semula Jadi

– Bilik tidur untuk keselesaan malam tanpa aircond

Tip Tambahan Untuk Rumah Lebih Sejuk Secara Semula Jadi:

– Gunakan cat warna cerah yang memantulkan haba

– Pasang ventilation fan di bahagian atap atau dapur

Ads

-Letakkan pokok indoor untuk kawalan suhu semula jadi

– Guna langsir blackout pada waktu tengah hari

Pemasangan louvers adalah satu langkah bijak bagi mereka yang mementingkan keselesaan rumah, penjimatan tenaga dan keseimbangan dengan alam. Ia bukan sahaja berfungsi dari segi praktikal, malah boleh menambah nilai estetik kepada rumah anda.

Kalau anda baru nak ubahsuai rumah atau dalam proses membina rumah idaman, pertimbangkan untuk masukkan elemen louvers dalam rekaan. Mungkin rumah anda boleh jadi lebih sejuk tanpa perlu bergantung kepada mesin.

Mesti Baca: Tampil ‘Bold & Vibrant’, Terjemahan Konsep ‘Mixed Culture’ Serlah Keunikan Dekorasi ‘House de Verde’
Baca Lagi Di Sini: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’
Artikel Menarik: Perancangan Teliti Pemilik Realisasikan Kediaman Konsep Terbuka Inspirasi Modern Mediterranean

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads