Rumah kampung dari ‘luar,’ bila masuk dalam, tengok ruang tamu dah macam kondominium. Gambar rumah kampung ini mungkin nampak ‘terlalu biasa’ namun bila masuk sahaja ke dalam rumah, terus terpegun dengan dekorasi moden persis di bandar.
Rumah kampung ini jika dilihat dari luarannya cukup sinonim dengan rumah-rumah kampungyang lain. Pendek kata tiada apa yang istimewa atau mampu menarik perhatian untuk ‘mencuci mata.’
Nanti dulu. Bak kata simpulan Bahasa Inggeris, ‘don’t judge a book by its cover’ jangan hanya tengok luaran sahaja terus buat andaian. Bila masuk dalam rumah, wow! terus mata terpegun. Memang lain sangatlah dengan ‘look’ yang dipamerkan dari luarannya.
Gua Kelam Chalet, Perlis, lokasi percutian eksklusif dengan ‘nafas’ dekorasi Inggeris moden. Bagi warga kota yang mahu lari daripada hiruk-pikuk bandar, bercuti di kawasan berbukit-bukau boleh membuatkan jiwa kembali tenang.
Gua Kelam Chalet yang terletak di Kaki Bukit, Perlis di kelilngi dengan ladang pokok getah seluas 8,500 meter persegi. Walaupun agak tersorok dari jalan utama, lokasi penginapan serba eksklusif itu pantas mencuri perhatian orang ramai walaupun baru dibuka sejak Jun tahun lalu.
Dengan aura suasana kedesaan, chalet berkenaan merupakan salah satu pilihan lokasi percutian terbaik. Berlatar belakangkan Bukit Gua Kelam, ia juga membuatkan pengunjung terpanggil untuk lebih berlama-lama di situ.
Pada waktu pagi, puncak bukit diselumuti kabus. Suhu sejuk dan berangin juga akan membuatkan rehat dan tidur lebih lena. Chalet ini juga dilengkapi dengan infrastruktur seperti bilik karaoke, permainan snuker dan pingpong.
Lokasi ke Gua Kelam pula hanya mengambil masa lima minit dari chalet. Tersedia 17 unit kamar dengan empat desain iaitu Junior Suite, Presidential Suite dan Family Suite yang masing-masing boleh memuatkan dua hingga empat orang.
Bilik tersebut lengkap dekorasi stail Inggeris moden dengan konsep minimalis. Tingkap yang luas menampakkan keindahan alam semula jadi. Tersedia juga sebuah big house (rumah besar) yang mana bahagian bawah menempatkan ruang libur yang luas. Di tingkat atas pula, terdapat empat buah lagi bilik jenis standard, deluxe dan superior.
Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, influencer bijak suai padan perabot. Pempengaruh (influencer) yang dikenali dengan nama Nur Syamimi ini nyata bijak menghias kediamannya walaupun hanya sebuah rumah flat.
Menggunakan latar rona putih untuk segenap ruang kediaman, ruang terhad kediaman ini kelihatan lebih luas dan bersih. Nur Syamimi juga bijak membuat pilihan perabot untuk kediamannya manakala dari segi perhiasan pula, dia hanya memilih yang minimalis tetapi moden.
Hasil kreativiti Nur Syamimi menghias rumah flatnya, dekorasi hasil cetusan idea wanita ini kelihatan mewah dan eksklusif. Kediaman yang berkeluasan 850 kaki persegi tidak menjadi halangan untuk Nur Syamimi menghias kediamannya.
Nur Syamimi sebelum ini pernah dikecam kerana warga maya kerana dianggap tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini tidak mudah melatah. Malah wanita ini giat menghias kediamannya yang dihuni bersama keluarga tercinta.
LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) memperkenalkan era baharu penulenan air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet. Dilengkapi teknologi penulenan yang termaju, produk inovatif ini menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.
Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet menerajui konsep baharu dalam teknologi penulenan air di mana reka bentuk dan warna bertemu untuk menggubah sesuatu yang luar biasa yang turut menyerlahkan lagi keindahan ruang rumah. Dengan lima pilihan warna yang cantik – Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink*, and Calming Cream Sky* – koleksi ini memperkasakan pemilik rumah untuk mencipta ruang yang mencerminkan personaliti mereka yang istimewa dan unik.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia berkata, “Penulen Air Tanpa Tangki terbaharu ini memainkan peranan yang penting dalam ruang kediaman moden di mana ia bukan sahaja memanfaatkan kesihatan keluarga, ia turut mengindahkan ruang kediaman.”
“Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet melambangkan komitmen LG untuk mentakrif semula keperluan harian. Kami telah menggabungkan teknologi penulenan air yang canggih dengan reka bentuk yang menawan untuk menghasilkan produk yang dapat melengkapkan keperluan setiap isi rumah.”
Didatangkan dalam reka bentuk yang menawan, produk revolusioner ini menyalurkan air yang ditulenkan terus dari sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikoorganisma. Dengan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus, dan pelbagai bahan pencemar berbahaya. Produk ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi mudah alih LG ThinQ™ untuk kemudahan yang dipertingkatkan yang membolehkan pengguna membuat kawalan dengan satu sentuhan.
Apa yang membezakan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet ini daripada penulen air yang lain ialah Langganan Penapis Layan Diri yang disediakan dengan setiap pembelian, satu kemudahan eksklusif yang hanya ditawarkan oleh LG. Langganan ini didatangkan dengan penapis baharu setiap enam bulan yang akan dihantarkan terus ke pintu rumah anda supaya penukaran penapis dapat dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat tanpa perlu menunggu Juruteknik professional LG. Konsep layan diri ini juga dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan.
Bentuk dan fungsi lain yang meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk:
Sebagai sebahagian daripada komitmen LG terhadap kelestarian alam sekitar, penulen air tanpa tangki layan diri ini melengkapkan gaya hidup hijau dengan mengurangkan sisa plastik dan ini menjadikannya pilihan terbaik untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar. Selain itu, kecemerlangan produk revolusioner ini juga telah diiktiraf dengan penerimaan 2022 Energy Winner Award dan 2022 GOOD DESIGN Award – membuktikan lagi dedikasi LG terhadap inovasi dan kualiti.
Untuk menggalakkan minat pengguna, LG kini menawarkan promosi eksklusif bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober di mana pelanggan akan menerima satu (1) Penutup Hadapan (Biru/Merah Jambu) secara percuma dengan pemasangan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare™ | Koleksi Objet. Penambahan bergaya ini meningkatkan estetika produk dengan ciri warna yang mencantikkan lagi persekitaran dapur. Mulai hari ini, pelanggan boleh melengkapkan kediaman mereka dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare™ | Koleksi Objet terbaharu pada harga berikut:
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.