Wanita dan bag tangan berpisah tiada. Tak cukup 2 biji beg, himpunanya boleh menyebabkan anda membuka sebuah galeri. Namun, semahal mana pun beg tangan anda, jika tidak disimpan dengan baik ia akan rosak begitu sahaja. Jadi ia perlu disusun dan disimpan dengan sebaik mungkin.
Impiana cadangkan, anda susun atau pamerkan koleksi beg anda untuk memudahkan ia dipilih untuk dipakai. Tak perlu beli rak mahal, Boleh guna rak atau penggantung murah pun dan sesuan secara kreatif. Tip untuk elak beg anda dari kerangka atau bentuk fizikalnya rosak, masukkan surat khabar sehingga ia kembung. Berikut antara cara anda simpan beg tangan:
IMPIANA nak tanya, bila kali terakhir anda mencuci karpet atau permaidani di rumah? Tahu kah anda, selain dapur, tempat atau habitat terbaik pembiakkan kuman dan bakteria di dalam kediaman adalah karpet. Jadi, vakum sahaja tidak memadai. Jika dahulu, mak-mak kita akan jemur dan tepuk karpet tersebut menggunkan penyapu untuk membuang habuk yang terperangkap.
Kepanasan matahari yang di terima ketika di jemuran sedikit sebanyak dapat membasmi kuman yang terperangkap atau bertapa di dalam karpet. Sekarang agak mustahil untuk dilakukan tambahan bagi yang mendiami apartmen. Jadi apa cara yang paling mudah untuk anda lakukan. Puan Syariah Farhana Syed Fadzil atau lebih mesra dikenali fana berkongsi teknik membasi kuman dengan menggunkan mop untuk karpet.
Siapa yang pernah mop karpet? kelakar kan mop karpet. Fana tahu karpet boleh di mop dari seorang pembantu rumah. Bila di sedang mop karpet, fana tanya. Karpet boleh mop ya? Dia jawab boleh untuk nyah habuk. Sebab lepas vakum, masih ada habuk dan kuman pada karpet.
Dari peristiwa itu, puan fana akan pastikan setiap seminggu sekali karpet di dalam kediamannya akan dimop. Namun, karpet perlu di mop mengunkan air campuran khas garam dan detol. Tambahan puan fana, sebaiknya sediakan mop baru dan khaskan untuk kegunaan mengemop karpet.
Bahan-bahan:
Air satu baldi
2 sudu besar garam
1 tutup cecair detol asli
Cara-cara:
1. Jerang air sehingga mendidih
2. Setelah mendidih, tuangkan nya ke dalam baldi dan campurkan garam bersama detol. Kacau rata.
3. rendamkan mop di dalam air campuran tadi seketika dan perah sehingga hampir kering dan tiada air yang menitik
4. mop keseluruhan permukaan karpet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Subway tile antara jenis jubin yang tengah “in” dan menjadi pilihan ramai terutamanya bagi kediaman berkonsepkan moden dan scandinavian. Menjelang 2019, penggunaan subway tile masih menjadi pilihan namun pemasanagan atau sesuanannya berevolusi. Jika umumnya, susunan subway tile di letakkan dalam posisi melintang (horizontal), 2019 kelihatan susunan subway tile secara menegak (vertical) menjadi pilihan.
Ini kerana, susunan subway tile secara menegak berupaya memberi impak atau kesan visual sesuatu ruang kelihatan lebih tinggi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sinki tersumbat atau air mengalir perlahan? Kebiasaanya, selain menggunakan pam getah manual, ada juga memilih menggunkan garam atau asid pembersih saluran. BNak-nak, yang jenis berlesen. Sinki tersumbat sahaja pun boleh cas sampai ratusan ringgit.
Ini disebabkan saliran air keluar yang menyimpit akibat sisa atau kumbhan yang membeku pada dinding saluran di samping sisa pepejal yang terperangkap seperti rambut, tulang ikan dan sebagainya. Jadi, bagi mengatasi masalah ini secara keseluruhan. Ini yang anda perlu lakukan.
1. Ambil secawan baking soda dan taungkan ke dalam lubang saliran. 2. Siramkan pula satu botol cuka ke dalam lubang saliran tadi. 3. Biarkan 15 minit dan anda akan mula dengar tidak balas baking soda dan cuka 4. Tuangkan lagi satu botol cuka ke dalam lubang saliran dan biarkan lagi 15 minit 5. Setelah itu, siramkan air panas ke dalam lubang saliran dan ulang 2-3 kali proses tersebut 6. Jika air panas yang di siram tidak mengalir, gunkan pam getah dan pam beberapa kali sehingga aliran lancar 7. Terakhir, cuci atau bilas beberapa kali lubang saliran dengan air bersih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.