
Tak ada tanah luas bukan alasan untuk tak tanam pokok buah sendiri. Dengan pasu besar (minima 50 liter), cahaya yang cukup dan sedikit kesabaran, buah tetap boleh lebat walaupun kita duduk di rumah teres, apartmen atau ada porch kecil berbumbung.
Berikut IMPIANA kongsikan 8 jenis buah yang terbukti sesuai hidup subur dalam pasu besar, siap ada tip ringkas penjagaan! Semoga bermanfaat.
1. Limau (Kasturi, Purut, Nipis, Lemon)
Pokok limau antara paling senang nak bela. Pokoknya tak besar, tak cerewet, dan kalau cukup cahaya, cepat sangat berbuah! Bonus: daun limau purut dan lemon boleh buat rumah berbau segar!
2. Jambu Batu & Jambu Air
Jambu ni cepat matang. Nak lagi syok, pilih varieti jambu madu. Pangkas selalu dan jangan lupa siram. Hasilnya, pokok rimbun & berbuah sepanjang tahun!
3. Buah Tin (Fig)
Ikut trend! Pokok tin bukan je cantik, tapi juga sesuai sangat dengan pasu. Akarnya tak liar dan tahan panas. Sesuai sangat untuk balcony atau porch rumah moden.
4. Anggur
Nampak macam sukar tapi sebenarnya anggur boleh hidup elok dalam pasu jika ada para atau trellis. Pastikan kena matahari 5–6 jam sehari, dan pangkas selalu.
5. Mangga Kerdil (Contoh: Chokanan Dwarf)
Serius boleh tanam mangga dalam pasu! Pilih jenis kerdil, pangkas ikut bentuk dan sabar sikit. InsyaAllah berbuah dan boleh makan hasil dari halaman sendiri.
6. Delima
Pokok delima ni tahan panas, tak besar sangat dan bunga dia cantik! Kalau konsisten jaga, pokok ni bukan je hiasan tapi juga boleh berbuah lebat.
7. Strawberi
Sesuai untuk mereka yang suka tanaman comel. Tanam dalam pasu bertingkat atau gantung, dan letak di kawasan yang redup tapi masih terang. Manja sikit, tapi hasilnya sweet!
8. Ceri Barbados (Acerola)
Kalau nak pokok buah yang tak tinggi dan rajin berbuah, ceri Barbados ni pilihan menarik. Buah dia kaya vitamin C, warna pun cantik merah-merah.
Tip Tanam Pokok Buah Dalam Pasu:
- Gunakan media tanaman poros & subur (tanah hitam + cocopeat + kompos).
- Siram secara konsisten jangan biar kering atau bertakung.
- Baja sebulan sekali (organik atau baja buah).
- Letak pasu di tempat cahaya matahari minimum 6 jam sehari.
IMPIANA: Nak laman kecil jadi ‘mini orchard’? Mulakan dengan 2-3 jenis pokok dulu, susun cantik-cantik ikut cahaya. Pokok buah dalam pasu bukan je hasilkan buah, tapi juga naikkan mood dan nilai estetik rumah kita!
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Cara Tanam POKOK ANGGUR Dalam Pasu Menjadi, Lebat Berbuah Boleh Petik Sendiri!
Baca Lagi Di Sini: RASPBERRY Segar Dari Tepi Rumah, Berbaloi Tanam Hari-Hari Kutip Buah
Artikel Menarik: Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI